PROLOG

9.3K 153 8
                                    

Lampu suram di tepi jalan, di renung dengan mata yang berkaca. Setitik Dan Setitik hujan mulai turun. Hati pilu mengenangkan anak yang Sudah di serahkan seperti dalam perjanjian. Satu keluhan di lepaskan.

"Cinta.."

Mendengarkan suara lemah yang memanggil namanya, membuat Wanita itu berpaling dan mengatur langkah mendekati katil lusuh yang terletak di dalam bilik itu.

"Mama.." sahut bibir mungkil itu. Airmata kembali bergenang. Hati semakin sedih.

"Cinta Lestari anak mama, mama Sudah tidak lama lagi. Sebelum mama pergi, kamu perlu tahu satu rahsia." ucap Lestari iaitu ibu kandung pada Cinta Lestari.

Lestari menderita kanser Dan Sudah berada di tahap empat. Sudah banyak duit yang dihabiskan untuk merawat, tapi. Penyakit itu Makin ganas Dan masih menyerang dengan aktif.

"Cinta, mama minta maaf kerana telah banyak menyusahkan kamu. Bila mama Sudah pergi, kamu harus berjanji pada mama." ucap Lestari sambil menatap wajah cantik milik anaknya Cinta Lestari.

"apa Mak? Mama jangan banyak cakap, mama rehatlah, esok kita boleh bercerita lagi." Kata Cinta bimbang melihat Ibunya yang sukar untuk bernafas.

Lestari menggeleng. Bagai mana pun, rahsia ini perlu di beritahu sebelum dirinya menutup mata.

"Ayah kamu masih hidup. Di mana? Mama pun tidak tahu, mama di tinggalkan begitu saja semasa mengandungkan kamu." sayu saja mata Lestari menatap anaknya.

"Cinta, Bila mama Sudah tiada, kamu pergilah cari anak kamu. Jaga Dia Dan diri kamu sebaik-baiknya. Mama minta Maaf, kerana Mahu merawat mama. Kamu sanggup Menjadi ibu tumpang. Mama.. Ma.." Lestari tidak dapat menahan sebak.

"Mama, jangan fikir Dan cakap macam tu. Mama Akan sembuh juga. Kita doa ya?" pujuk Cinta pada Ibunya.

"baik sungguh Hati mu anakku. Semoga hidup kamu bertuah anak ku." Lestari mencium dahi anaknya.

"mama, Ayah Saya orang mana?" Tanya Cinta ingin tahu.

"bukan orang Malaysia. Dia datang ke Malaysia atas sebab kerja Dan hubungan kami juga sangat singkat. Berkahwin Dan tidak sampai setahun, Dia terpaksa balik ke luar negara Dan sampai sekarang tidak kembali." jawab Lestari.

"Cinta, Bila kamu hidup sendiri. Jangan tonjolkan kecantikkan yang kamu Ada. Biarlah nampak hodoh dimata orang." sambung Lestari lagi. Tangannya naik mengusap rambut milik Cinta Lestari.

"Saya faham Mak. Biarkan waktu menentukan semuanya. Cinta hanya Mahu jumpa anak Cinta saja." JAWAB Cinta dengan suara yang sebak.

Lestari angguk. Wanita itu menutup mata ingin berehat, Cinta menarik selimut hingga paras pinggang. Meningkatkan tentang anaknya yang di serahkan, hatinya kembali di palu pilu. Mama mana Mahu serahkan anak?

Kerana kekurangan duit untuk merawat penyakit Lestari, Cinta tidak berfikir panjang Dan menerima tawaran dari satu keluarga Kaya yang datang ke kampung mereka untuk Menjadi ibu tumpangan. Dan perjanjiannya, anak itu harus diserahkan pada keluarga itu setelah kanak-kanak itu berumur 2 tahun.

Tiada perjanjian lain, hanya itu saja. Tapi, Cinta bimbang Jika Dia pergi Dan mencari anak itu, dirinya Akan di Hina, dan tidak di terima oleh anaknya sendiri. Kerana kini, Sudah 5 tahun berlalu. Anak itu Sudah pun berusia 7 tahun.

Charles.. Macam mana keadaan anak itu sekarang? Wajah Dia macam mana? Dan ayah Dia? Christopher? Orang Dia macam mana? Cinta mengeluh sendiri. Semoga, Ada harapan untuk dirinya bertemu dengan Charles anaknya sendiri.

Bersambung

VOTE YA!

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now