BAB 10

3.9K 129 12
                                    

Dua minggu berlalu. Hubungan aku dan keluarga kandung aku semakin rapat. Ayah pula Sudah tidak Mahu duduk di kerusi Roda. Ayah banyak habis kan masa dengan aku. Di ajaknya aku berbual. Bercerita tentang kisah cinta bersama ibu.

AKU duduk bersama ayah di halaman rumah. Ketika ini hanya aku, Erwina Dan Eliana Ada di rumah. Ayah menyentuh lembut kekura tangan aku.

"Maafkan ayah Cinta." ucap Ayah.

"Sudahlah Ayah. Cinta dah maafkan Ayah." jawabku.

"Ibu kamu, Dia seorang wanita yang baik. Tidak pernah meninggi suara pada ayah. Sayang Dan mencintai ayah tanpa melihat siapa ayah yang sebenarnya." ucap ayah.

AKU tersenyum. Hebatnya cinta mereka berdua. Adakah cinta aku dan Tuan Christopher juga Hebat sebegini?

Ketika asyik berbual. Satu kereta BMW masuk ke halaman rumah agam itu Dan di ikuti beberapa kereta Perdana dari belakang. Aku merasa pelik. Wajah ayah aku pandang.

"Siapa mereka tu ayah?" tanyaku ingin tahu.

"pekerja ayah." jawab ayah tenang.

Beberapa orang lelaki lengkap bersut Hitam Dan bertali leher menghampiri ayah. Mereka tunduk hormat pada ayah. Ah, Cara ini Sama seperti guard di rumah tuan Christopher.

"Tuan," tegur Salah seorang lelaki itu.

"Rayyan.. Kenal kan anak Saya. Cinta Lestari." kata Ayah.

AKU dan lelaki yang bernama Rayyan itu saling berpandangan. Dia tunduk separas dada pada aku.

"Tuan, boleh kita berbincang?" kata Rayyan.

"silakan." jawab Ayah.

Rayyan memandang ke arah aku. Aku yang faham isyarat mata itu Mulai angkat punggung, tapi ayah menahan aku.

"Rayyan.. Teruskan." ucap ayah.

Rayyan angguk lalu memberi kan satu file Hitam kepada Ayah.

"Cik Noni, telah menjual separuh daripada Saham syarikat C&J pada pelabur luar." kata Rayyan.

"Hmm, tak apa. Kita tengok sejauh mana Dia boleh pergi." kata Ayah.

"Tuan.. Cik Noni juga di lihat sangat rapat pada Tuan Muda Christoper." report Rayyan lagi.

Mata Rayyan melihat kearah aku. Walau Hati ini terusik, tapi. Aku kawal riak wajah. Ayah menyentuh bahu aku dan bersuara.

"lelaki tahu, Dia tahu apa yang Dia sedang buat." ucap ayah.

"kalau begitu, saya pergi dulu Tuan, apa-apa. Saya Akan maklum pada tuan." kata Rayyan lalu tunduk separuh badan ke arah kami.

AKU melihat kereta itu berlalu. Tangan Ayah aku sentuh perlahan Dan bersuara.

"Ayah..ayah kenal dengan Tuan Christopher?" tanyaku. Ayah angguk.

"siapa tidak kenal dengan keluarga Lee, Cinta? Mereka ahli perniagaan yang sangat terkenal. Mereka juga Ada perniagaan jual beli senjata. Tapi perniagaan mereka bersih Dan melalui undang-undang." kata Ayah.

"Tapi Ayah, Cinta pernah nampak Tuan Christopher pukul orang." kataku.

"Cinta, manusia Akan bertindak Jika rasa terancam." kata ayah lalu berdiri.

"Dia suami Cinta, dan dah masuk dua minggu Cinta tidak hubungi Dia. Kenapa?" Tanya ayah.

"Dia kan sedang sibuk dengan Noni." kataku datar. Ada rajuk di situ.

"Cinta. Suami Dan Isteri kena sentiasa bersama. Memahami, saling sokong." kata Ayah.

"tapi ayah.." kataku tidak habis bila melihat kereta Edward yang baru tiba.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now