BAB 20

2.6K 105 12
                                    

LONDON

DUA bulan berlalu, usia kandungan hanya menunggu Hari. Kaki aku bengkak tak boleh Bawa bincang. Perut aku juga aku rasa Besar sangat, tapi baby ada seorang saja. Selama dua bulan, Tuan Christopher tiada datang melihat atau bertanya khabar. Iyalah, aku ni dah tak berguna pada Dia lagi. Lagi pun, Erwina Ada beritahu Tuan Christopher sedang rapat dengan Seseorang.

Mungkin Seseorang itu adalah wanita yang aku lihat bersama Tuan Christopher di mall Hari itu. Satu keluhan aku lepaskan. Menangis? Aku Sudah puas menangis. Aku pasrah, semua ini berpunca dari aku. Aku nekad, lepas anak ini lahir. Aku tak Akan serah kan Dia pada Tuan Christopher. Aku Akan berkerja untuk menyara anak ni.

Andai rasa sayang pada ku Sudah tiada, Andai rasa cinta padaku Sudah tiada. Andai segalanya Sudah bukan untuk aku lagi. Aku terima dalam terluka. Aku menyesal mementingkan diri sendiri Dan membuat orang termasuk suami aku terluka Dan kecewa. Waktu Sudah tidak boleh di undur. Aku hanya boleh menyesali kesilapan yang telah aku lakukan.

"Cinta.." Aku menoleh. Kelihatan Edward sedang tersenyum melihat ke arah aku.

"Along.." ucapku. Aku bangkit lalu menghampiri Edward.

"Adik Along." Ucap Edward lalu memeluk aku erat. Dahi aku di kucup penuh kasih.

Melihat Cara Edward melayan aku. Tiba-tiba aku menangis. Tubuh Edward aku peluk kuat.

"Hei, kenapa ni?" Soal Edward risau.

"Cinta rindu semua. Ayah sihat? Bila Along sampai?" Soal ku bertubi-tubi.

"Along pun rindu Cinta. Ayah sihat alhamdulilah, Along Baru sampai lah ni." Ucap Edward.

Tangan ku di Tarik. Punggung di labuhkan di sofa. Perut ku di usap lembut.

"Cinta dah tahu?" Tanya Edward.

"Tahu apa?" Ucapku.

"Tuan Christopher?" Kata Edward.

"Nak kahwin lain?" Ucapku. Edward angguk.

Aku Senyum lalu mengangguk. Sudah aku agak, Tuan Christopher bila Dia Mahu melakukan sesuatu, Dia Akan lakukan. Well, Dia kan Tuan Christopher Chriss Lee. pemilik Empire Lee. Petik Jari berpusu wanita datang.

"Sabar ya Cinta.. Along dah nasihat, tapi Itulah Dia tak Mahu dengar. " Ucap Edward.

"Tak apa, semua ni Salah Cinta. Cinta yang mulakan semua ni. Cinta yang lukakan Hati suami Cinta sendiri. Orang macam Cinta tak layak untuk orang macam Tuan Christopher." ucapku.

Edward memeluk bahu aku. Entah kenapa, aku menangis semahunya.

"Tapi Cinta sayang Dia. Cinta menyesal Along. Cinta masih Nak dengan suami Cinta.. Hati masih Cintakan Dia.." rintih ku seakan anak kecil.

"Sabar.. Jadikan semua ini sebagai satu pengajaran. Lepas ni, Nak buat keputusan fikir akibat Dan kesan pada keadaan Dan orang sekeliling." Ucap Edward. Aku angguk.

"Along.. Cinta Nak minta tolong." Ucapku. Pelukkan aku leraikan.

"Tolong apa?" Ucap Edward.

"Cinta tak Nak Tuan Christopher ambil anak ni bila lahir nanti. Please Along.." Ucapku Mahu menangis lagi.

"Hmm, macam mana ea. Sebab itu perjanjian kamu berdua." Ucap Edward.

"Along.. Please. Cinta janji. Cinta Akan kerja dengan Along. Belajar pasal perniagaan. Cinta Akan jadi wanita yang matang. Please.. Please.. Please..." kataku bersungguh-sungguh.

"Baik, Along tolong mana yang mampu." Ucap Edward. Aku tersenyum suka.

"Terima kasih." Ucapku. Edward tersenyum.

Suami & Isteri (☑️) Where stories live. Discover now