. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
Bunyi ketukan seseorang dari luar bilik mesyuarat itu membuatkan Raja Sooman terkejut. Dia mengarahkan orang itu masuk dengan segera.
" Ada apa wahai tok penghulu? " taya Raja Sooman.
" Ampun tuanku. Patik datang kemari untuk menghantar baju ini kepada tuanku. Kiriman dari puteri Jihyo katanya " serah penghulu itu kepada Raja Sooman.
" Terima kasih wahai tok penghulu " ucapnya. Penghulu itu terus berlalu pergi.
" Wah, cantik sungguh jahitannya. Beta suka sekali " pujinya terhadap baju tersebut.
Tiba-tiba kedengaran suara seseorang dari luar istana menjerit nama Raja Sooman. Raja Sooman terus menjenguk ke luar tingkap.
" Tuanku Sooman! " panggil orang itu lagi.
" Oh, Raja Kim. Ada apa kamu mencari beta kemari? " tanya Raja Sooman.
" Beta mahu berjumpa dengan kamu wahai Raja Sooman. Ada benda yang perlu saya bincangkan. Segera! " katanya. Raja Sooman pun turun keluar istana untuk berjumpanya.
" Iya tuanku Kim. Ada apa yang hendak dibincangkan itu " tanyanya lagi. Mereka berdua duduk disebuah pondok yang dihiasi bunga-bunga yang cantik.
" Beta datang kemari mahu memberitahu kamu bahawa kerajaan Khisfire sudah diancam oleh musuh. Kami semua berada dalam bahaya sekarang. Kami perlukan bantuan " terang Raja Kim.
" Benarkah?! " tanya Raja Sooman tidak percaya. Tidak lama selepas itu, tiba pula raja dari kerajaan Kikoro dan Ellesmere. Muka mereka sangat cemas sekali.
" Tuanku Sooman! Bantu kami. Kerajaan kami berada dalam bahaya! " terang mereka pula. Dan berpusu-pusu dari kerajaan yang lain datang keistana Luciana meminta bantuan. Raja Sooman sudah cuak.
" Nampaknya kita semua dalam bahaya. Kita perlu mencari seseorang untuk bantu selamatkan dunia Amaris! " kata Raja Sooman.
" Saya ada idea! " kata Raja Jeon dari kerajaan Zariya. Semua memandang kearahnya.
" Kita hantar semua anak-anak kita ke sebuah academy yang terkenal dihujung kampung dunia ini. Disitu sudah banyak anak-anak yang berjaya mendapatkan kuasa terbaik mereka. Apa kata kita hantar anak-anak kita ke sana? " jelas Raja Jeon.
" Tetapi tuanku, lupakah tuanku bahawa anak-anak kita semuanya perempuan belaka? " balas Raja Shin dari kerajaan Gantrick.
" Betul tu. Mahukah mereka pergi kesana? " balas Raja Kim dari Belryna pula.
" Jangan risau tuanku sekalian. Academy itu menerima semua jenis jantina. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Janjinya mereka akan mengajar anak-anak kita memperbaiki semua kuasa mereka " terang Raja Jeon lagi.
" Betul kata Raja Jeon. Kita boleh hantar anak gadis kita kesana untuk memperbaiki kuasa mereka. Malah mungkin juga mereka boleh membantu kita menyelesaikan masalah didunia Amaris ini. Betul kan? " sambung Raja Kim dari kerajaan Findara itu.
Setelah berkata sedemikian, baru lah yang lain bersetuju dengan cadangan yang diperkatakan.
" Baiklah kalau begitu, beta pun bersetuju dengan cadangan yang diajukan itu. Beta akan hantar orang-orang beta untuk berunding dengan pemilik akademi tersebut. Harap tuanku sekalian boleh bersabar " akhirnya Raja Sooman bersuara.
Semua raja-raja kembali ke kerajaan masing-masing untuk menunggu keputusan dari Raja Sooman.
" Penghulu! " panggil Raja Sooman.
" Ada apa tuanku? " tanya penghulu itu.
" Beta arahkan kamu untuk pergi ke Academy Skye untuk berunding dengan pemilik disitu. Ini suratnya. Serahkan sahaja kepadanya " arah Raja Sooman. Penghulu itu terus mengambilnya dan segera berlalu ke Skye Academy.
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
okay ke tak tu? macam mana bab kalini? masih okay ke tak oky? cliche en😵 maafkan saya. harapnya korang suka lah
YOU ARE READING
[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙
Fantasy《 CLOSED 》ᵃᶠ ᵐᵘˡᵗⁱ ❝ 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒂𝒈𝒊𝒄 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒉𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊, 𝒊𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏. 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒕𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒂𝒏...