. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
⁂ 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐧𝐭𝐫𝐢𝐜𝐤
Hyein bersiar-siar dihadapan istana. Dia mengenakan gaun barunya yang dibuat oleh pembuat gaun diraja.
Dia berjalan kearah pekebun-pekebun yang ditugaskan untuk mencuci dan menjaga persekitaran istana.
" Annyeong-haseyo " sapanya.
Pekebun disitu terkejut dengan kehadiran Hyein. Lalu mereka menunduk hormat. Hyein ketawa.
" Maafkan beta sebab buat kamu terkejut. Beta menganggukah? " tanya Hyein. Pekebun itu menggeleng dengan laju.
" Tuan puteri sudah makan? " tanya salah seorang pekerja.
" Belum lagi. Saya sedang menunggu kedatangan penghulu untuk menjemput ayahanda ke pekan " balas Hyein. Pekebun itu hanya mengangguk.
Mereka kembali menyambung membuat kerja. Manakala Hyein pula bermain-main dengan rama-rama disitu.
Tiba-tiba mata Hyein tertumpu pada seorang pekebun yang kelihatan seperti gelisah akan sesuatu. Lalu dia datang mendekatinya.
" Kenapa dengan kamu wahai gadis? " tanya Hyein kepada gadis pekebun itu.
" Wahai tuanku, pokok yang ditanam oleh tuanku ini tidak mahu tumbuh sejak minggu dulu. Patik juga tidak tahu bagaimana untuk membuatnya tumbuh dengan segera " ujar gadis itu.
Lalu Hyein mengeluarkan kuasanya untuk membantu penyuburan pokok itu. Serta merta, pokok itu mula tumbuh menjadi benih. Makin lama makin membesar menjadi sebuah pokok buah epal yang rimbun. Gadis itu serta pekebun yang lain turut teruja melihat kehebatan Hyein. Hyein tersipu malu dibuatnya.
" Kalian dibenarkan untuk memetik buah-buah disini. Saya izinkannya. Jangan risau dengan Raja Shin. Nanti saya akan jelaskan kepadanya " ujar Hyein. Pekebun itu sudah berasa gembira mendengar ulasan Hyein.
Tiba-tiba bunyi loceng istana berbunyi. Menandakan kedatangan penghulu untuk menjemput Raja Shin.
" Beta pergi dulu " kata Hyein dan berlalu kedalam istana.
" Selamat petang wahai puteri Hyein " ujar Ketua penghulu itu sambil menunduk hormat. Hyein membalas kembali.
Tidak lama selepas itu, Raja Shin turun dari biliknya. Ketua penghulu itu sudah menunduk hormat kepadanya.
" Disini kamu anakandaku. Risau ayahanda tadi " kata Raja Shin.
" Hyein ada sahaja ditaman belakang bersama pekebun disitu. Ayahanda mahu kepekan hari ini? " tanya Hyein. Raja Shin mengangguk.
" Hati-hati ya ayahanda. Nanti Hyein temankan bonda membuat kerjanya " kata Hyein lagi.
" Baiklah kalau begitu. Nanti ayahanda pulang ya. Jaga diri Hyein puteriku " ujar Raja Shin dan berlalu pergi mengikuti ketua penghulu ke pekan.
Raja Shin telah kembali ke istana pada lewat malam. Suasana diistana sudah sunyi sepi. Permaisuri Shin sudah ketiduran kerana kelihatan bercucuk tanam bersama pekebun.
Raja Shin berjalan naik kebilik Hyein. Diketuknya perlahan-lahan. Akhirnya Hyein membuka pintu.
" Oh? Ayahanda baru pulang? " tanya Hyein. Raja Shin mengangguk.
" Izinkan ayahanda untuk masuk " ujar Raja Shin. Hyein mengalukan kemasukan ayahandanya.
Raja Shin duduk dibirai katil milik Hyein. Sekeping kertas yang tertulis utusan diraja diserahkan kepada Hyein. Lalu Hyein membacanya.
" Pembelajaran kuasa baru di Skye Academy. Nama peserta, Puteri Shin Hyejin ? Apa maksudnya ayahanda? " tanya Hyein.
" Utusan ini telah dikeluarkan oleh Raja Sooman dari kerjaan Luciana. Kamu tahu kan dunia kita sekarang telah diserang oleh musuh. Ayahanda tidak mahu perkara ini berleluasa. Ayahanda juga sudah tidak mampu untuk melawan musuh. Hanya kamu sahaja nyawa ayahanda yang terakhir. Ayahanda mohon kamu untuk menerima utusan ini Hyein " kata Raja Shin panjang lebar.
Tanpa berfikir panjang, Hyein terus menyetujui utusan itu. Dia juga berfikir bahawa dia takut untuk kehilangan orang yang tersayang. Jadi dia rela untuk korbankan dirinya demi mereka.
" Ayahanda jangan risau. Demi keluarga kita serta rakyat kita, Hyein rela. Hyein akan bantu ayahanda untuk halau musuh-musuh dari terus menganggu dunia dan kerajaan kita ini " kata Hyein semangat.
Tangan Hyein digenggam erat oleh Raja Shin. Terharu juga mendengar kata-kata semangat anak gadisnya.
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
Oky, done udpate bab 11😘 Maaf jika banyak sangat typo diatas. Jangan tanya kenapa part dia sorang sahaja. Anda semua tahu jawapannya🤭 Teruskan membaca gais💕
YOU ARE READING
[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙
Fantasy《 CLOSED 》ᵃᶠ ᵐᵘˡᵗⁱ ❝ 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒂𝒈𝒊𝒄 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒉𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊, 𝒊𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏. 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒕𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒂𝒏...