. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
⁂ 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐫𝐲𝐧𝐚
( Keluarga Kim )
" Puteri June " bunyi suara panggil. June yang sedang menukar kasutnya menoleh kearah suara itu.
" Ada apa wahai sang Kucing " tanya June kepada seekor kucing yang mengenakan pakaian pengawal istana.
" Ini ada pesanan dari tuanku Kim. Dia meminta saya untuk serahkan surat ini kepada puteri " ujar sang kucing.
" Letakkan sahaja dimeja itu. Nanti saya akan baca kemudian. Mahukah kamu menemani beta? " tanya June.
" Kemana wahai puteri? " tanya sang kucing.
" Ke tapak latihan beta " kata June. Sang kucing hanya mengikutinya sahaja.
Sang kucing memperlihat June sedang bermain-main dengan kuasanya.
" Alangkah indah jika beta ada kuasa yang lebih baik. Tahukah kamu dimana bolehnya beta memperkuatkan lagi kuasa beta ini? " tanya June kepada sang kucing.
" Saya tidak tahu tuanku. Tetapi saya pernah dengar yang Raja Sooman dari kerajaan Luciana itu mahu menghantar beberapa orang istana ke Skye Academy " ujar sang kucing. June terdiam buat seketika.
Dia menggunakan kuasanya untuk mengambil surat yang diberi oleh ayahandanya Raja Kim. June membuka surat itu lalu membaca isi kandungan surat tersebut.
" Sang kucing, kemari " panggil June. Sang kucing segera datang kearahnya. Dia menunjukkan isi kandungan surat itu. Sang kucing terlihat sangat terkejut.
" Adakah ini benar wahai puteri? " tanya sang kucing.
" Benarlah wahai sang kucing. Jika ianya palsu, takkan beta mahu bacanya " balas June. Sang kucing tersengih.
" Terima kasih kepada pihak istana Belryna kerana menyutujui penyata ini. Dengan ini, Puteri June akan dihantar ke Skye Academy pada hari yang ditetapkan. Sekali lagi, terima kasih. Yang benar, pihak diraja Luciana " June membaca satu persatu isi yang tertulis didalam surat itu.
Dan dia kembali ke istana bersama dengan sang kucing. Dicarinya ayahandanya iaitu Raja Kim.
" Ayahanda! Ayahanda! " panggil June. Kebetulan Raja Kim baru sahaja pulang dari luar. Terus June mendapati Raja Kim. Dipeluknya erat sekali. Raja Kim terkejut dengan kelakuan anak gadisnya.
" Terima kasih ayahanda " ucap June gembira. Raja Kim masih lagi terpinga-pinga. Dia memandang sang kucing yang turut tersenyum kearahnya.
" Kamu kenapa June sayang? " tanya Raja Kim. June terus tunjuk surat yang diberikan kepada gadis itu.
Kini barulah Raja Kim faham maksud June itu. Patutlah anak gadisnya gembira sekali.
" Kamu suka? " tanya Raja Kim. June mengangguk.
" Haruslah suka ayahanda. June sudah lama mahu belajar benda baru. Boleh lah lepasni June selamatkan orang yang dalam bahaya. Begitu juga dunia Amaris ini " ujar June.
Raja Kim tersenyum bahagia melihat celoteh June yang tak henti-henti berbicara tentang semangatnya.
════════════════════════
( Keluarga Park )
" Kemana sajalah si anak gadis kamu ini pergi sayangku " tanya Raja Park kepada isterinya.
" Mana lah saya tahu. Jika dia bersama saya, sudah lama saya beritahu kamu. Jangan ditanya lagi " marah permaisuri.
Tidak lama selepas itu, kelihatan tubuh Yura masuk kedalam istana. Ditangannya ada sejambak bunga mawar merah.
" Dari mana kamu anakanda? " tanya Raja Park
" Err, dari taman bunga ayahanda " balas Yura. Raja Park meragui anak gadisnya.
" Yang benar puteri Park Yura " tegas sekali suara Raja Kim. Yura mengeluh.
" Baiklah. Yura dari pekan dengan gundik tadi. Bosan lah duduk istana. Tiada apa yang boleh dibuatkan. Ayahanda bukannya mahu mencari guru untuk Yura berlatih kuasa " kat Yura sambil muncung dicebikkan.
" Bukan begitu sayang. Kemari dengan ayahanda kekolam ikan " ujar Raja Kim. Yura hanya mengikuti dari belakang.
" Yura mahu seperti puteri yang lain. Mereka kuat dan hebat. Yura pula masih lemah dalam mengawal kuasa " ujar Yura sedih.
" Tidak mahu berkata begitu anakandaku. Jangan risau, ayahanada telah bersetuju untuk menghantar kamu ke pusat pembelajaran dihujung pekan kerajaan Luciana. Kamu tahukan dunia kita dalam bahaya. Jadi hanya kamu sahaja pilihan terakhir ayahanda " kata Raja Park panjang lebar.
" Benarkah? Jika begitu Yura setuju sahaja. Tidak salahkan jika kita mahu belajar benda baharu. Senanglah Yura bantu ayahanda lepas ini " ujar Yura lagi.
Kedua beranak itu berbual hingga larut malam.
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
Done update! masih ada yang sudi baca dan vote lagi ke tu? tak hambar kan jalan cerita kalini? saya udah kekeringan idea nak buat. tapi still nak habiskan af ni😂 baca-baca juga, vote tu jangan lupa tekan😚
YOU ARE READING
[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙
Fantasy《 CLOSED 》ᵃᶠ ᵐᵘˡᵗⁱ ❝ 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒂𝒈𝒊𝒄 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒉𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊, 𝒊𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏. 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒕𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒂𝒏...