. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
⁂ 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐯𝐚𝐫𝐲𝐧
( keluarga Park )
" Kay, ayahanda ada sesuatu perkara nak cakap dengan kamu. Penting " kata Raja Park setelah tiba masuk kedalam istana. Kayla yang asyik bermain dengan haiwan ciptaan kuasa magicnya terus memandang kearah haluan Raja Park.
" Aku ada buat salah ke? Haduh takut lah " kata Kayla pada dirinya. Dia bangun dan mengikuti ayahandanya.
Sebuah gazebo terbina cantik oleh Raja Park menggunakan kuasanya. Kayla tergamam. Hebat sungguh ayahandanya.
" Ada apa ayahanda? " tanya Kayla setelah tiba disitu. Raja Park menyuruhnya duduk terlebih dahulu. Kayla hanya mengikuti.
Kayla berasa takut juga apabila melihat muka Raja Park yang berubah kepada serius sekali. Dia meneguk air liurnya kesat.
" Kay " kepala Kayla terus memusing menghadap muka Raja Park.
" N-Nae? "
" Ayahanda nak kamu setuju dengan keputusan ayahanda ni. Tak kira suka atau tidak, ini keputusan ayahanda " kata Raja Park dengan nada serius.
' Asudah. Habis lah aku kali ini kena kahwin paksa pula. Dah lah aku belum masih bersedia dengan semua itu. Tolong Kay bonda.. ' desis hati Kayla. Air matanya mula bertakung. Fikirannya mula bermain perkara itu. Akhirnya Raja Park nampak air muka Kayla seperti mahu menangis. Adakah dia terlalu kasar?
" Kenapa kamu menangis Kay? " tanya Raja Park.
" Hiks. Kay tidak bersedia lagi untuk berkahwin ayahanda. Berilah Kay peluang untuk berseorangan dahulu " kata Kayla dengan air mata yang mengalir. Raja Park terpinga-pinga.
" Bila masa ayahanda suruh kamu kahwin? " tanya Raja Park. Tangisan Kayla terhenti. Terus dia berpaling kearah ayahandanya.
" J-Jadi, benda apa yang ayahanda suruh Kay setuju itu? " tanya Kayla pula. Raja Park tertawa.
" Apalah kamu ni. Ayahanda suruh kamu setuju untuk pergi belajar di Skye Academy. Ayahanda nak kamu mantapkan lagi kuasa magic kamu tu. Bukannya ayahanda suruh kamu kahwin sayang " kata Raja Park. Kayla sudah malu. Mukanya memerah menahan malu.
" Cakap lah awal-awal tadi ayahanda ni " kata Kayla mencebik.
" Jadi kamu setuju kan? " tanya Raja Park lagi. Kayla mengangguk tanda setuju. Raja Park hanya tersenyum senang hati.
════════════════════════
( keluarga Jeon )
" Apa dia? Ayahanda nak Mel pergi belajar di Skye Academy tu? " tanya Mel kepada Raja Jeon.
" Betul sayang. Jika kamu perbaiki lagi kuasa kamu tu, boleh lah tolong ayahanda dan pengawal yang lain untuk menentang musuh akan datang " kata Raja Jeon.
" Tapi ayahanda, kuasa Mel sudah cukup stabil sekarang. Tidak perlu rasanya " kata Mel pula.
" Tolonglah. Ini semua demi kita semua. Demi Mel, ayahanda dan bonda serta rakyat kita. Tidakkah kamu berkata kamu mahu menjadi puteri yang kuat? " tanya Raja Jeon saja untuk mengumpan anak gadisnya itu.
" Ayahanda kenapa tak hantar sahaja pengawal-pengawal yang ada di istana ini? Kan ramai sahaja yang layak belajar disana " balas Mel lagi.
Dia bukannya tidak mahu, tetapi baginya kuasa dia sudah cukup untuk melawan musuh.
Raja Jeon mengeluh berat. Susah sungguh anak gadisnya itu untuk menerima arahannya. Dia jenis tidak suka memaksa. Bahaya untuk dirinya jika dia terlalu memaksa.
" Jadi, kamu tidak mahu pergi? " tanya Raja Jeon lagi. Mel menggelengkan kepalanya. Sekali lagi Raja Jeon mengeluh perlahan. Dia membawa dirinya keluar istana. Air mukanya sudah berubah sedih.
Mel yang melihat ayahandanya yang berubah air muka itu sudah rasa bersalah. Seharusnya dia menerima sahaja arahan ayahandanya. Namun dia telah menolak.
" Maafkan anakanda " kata Mel perlahan.
Petang itu, Raja Jeon baru pulang dari pekan bersama permaisuri. Memberi bantuan untuk rakyat-rakyat jelatanya.
Mel berjalan laju menuju kearah Raja Jeon. Raja Jeon hanya tersenyum pudar. Masih teringat akan perkara pagi tadi. Rasa bersalah dihati Mel semakin menggunung. Lalu dia membuat keputusan untuk menerima kenyataan.
" Baiklah ayahanda. Mel setuju dengan keterangan itu. Mel pun berasa ingin belajar cara lain menggunakan kemahiran yang baru " ujar Mel dengan sebuah senyuman manis.
" Terima kasih anakandaku " Raja Jeon juga turut tersenyum
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
Done update lagi. Semalam dah nak update, tetapi lupa nak tekan butang publish tu😂 Patut lah pelik semacam je bilangan Bab af ni. Btw, kalau ada apa-apa kesalah sila inform pada Kim. Typo semakin berleluasa ye kawan-kawan😂
YOU ARE READING
[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙
Fantasy《 CLOSED 》ᵃᶠ ᵐᵘˡᵗⁱ ❝ 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒂𝒈𝒊𝒄 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒉𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊, 𝒊𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏. 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒕𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒂𝒏...