. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
⁂ 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐭𝐡𝐢𝐥𝐨𝐫
( keluarga Choi )
" Aerin anak ayahanda " panggil Raja Choi kepada Aerin yang sedang bermain dengan burung-burung berterbangan ditepi balkoni biliknya.
" Eh, ayahanda. Kenapa? " tanya Aerin. Dia turun dari balkoni dan berjalan kearah ayahandanya.
" Semalam ayahanda dapat berita baik dari Raja Sooman " kata Raja Choi dengan senyuman. Aerin juga teruja untuk mendengarkan penjelasan ayahandanya.
" Apa dia ayahanda? " tanya Aerin.
" Pihak Skye Academy telah menyetujui cadangan yang diajukan oleh Raja Sooman baru-baru ini " ujar Raja Choi.
" Benarkah? Wah, cepat sekali mereka menerimanya " kata Aerin gembira.
" Mahukah kamu pergi kesana? " tanya Raja Choi. Aerin menganggukkan kepalanya dengan laju.
" Mestilah Aerin setuju ayahanda. Kalau Aerin pergi, nanti boleh Aerin mempelajari teknik-teknik yang baru untuk berlawan dan boleh berlatih sampai menjadi seorang pahlawan yang berguna untuk kerajaan sendiri " ujar Aerin.
Raja Choi tersenyum bahagia apabila mendengar olahan dari anak gadisnya yang bersungguh untuk menjaga kerajaan mereka.
════════════════════════
( keluarga Kim )
" Ayahanda, ayahanda! " panggil Haraa kepada Raja Kim.
" Kenapa Haraa? Ayahanda ada disini sahaja " ucap Raja Kim pula.
" Ini apa ayahanda? Kenapa ada nama Haraa tertulis disini? " Haraa menghulurkan sekeping kertas utusan yang diberi oleh pihak kerajaan Luciana. Raja Kim mengambilnya.
" Oh ini. Nasib baik kamu menjumpainya. Surat ini surat undangan dari Skye Academy. Jadi ayahanda masukkan nama kamu untuk mengekori mereka semua kesana. Akan ada ramai lagi puteri-puteri yang lain akan mengikuti " terang Raja Kim. Haraa menganggukan kepalanya tanda faham.
" Haraa pelik juga bila ternampak nama Haraa pada surat ini. Ingatkan surat utusan apa " kata Haraa.
" Jadi, kamu setuju ke? " tanya Raja Kim. Dia ragu-ragu kerana takut Haraa tidak akan menyetujui cadangan itu.
" Haraa okay sahaja ayahanda. Tak kisah. Nanti pengajar disana mesti yang hebat-hebat belaka. Boleh lah Haraa belajar mempersiapkan diri nak hadap musuh. Lagipun, memang lama dah Haraa berniat nak belajar ilmu-ilmu berlawan dan mempertahakan diri dengan lebih mendalam " terang Haraa panjang lebar.
" Okay, nanti kamu siapkan barang-barang kamu ye " arah Raja Kim kepada anak gadisnya.
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
Okay, kalini jalan cerita pendek sikit. Maafkan saya. Banyak sangat ayat nak difikirkan😅 Okay kan? Jangan lupa vote and comment tau🤗
YOU ARE READING
[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙
Fantasy《 CLOSED 》ᵃᶠ ᵐᵘˡᵗⁱ ❝ 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒂𝒈𝒊𝒄 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒉𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊, 𝒊𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏. 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒕𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒂𝒏...