. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
Setelah mengambil masa untuk sampai ke istana Luciana, akhirnya sampai juga.
Istana Luciana yang berdiri megah dihadapan pandangan para puteri dan pihak academy mencuit hati mereka untuk masuk kedalam.
Bunyi keriuhan dari pelbagai kerabat menaikkan lagi suasana diistana itu.
" Ayuh kita masuk " ujar Kim. Kim berjalan terlebih dahulu. Sayapnya yang besar itu disorokkan disebalik gaunnya yang labuh itu.
Pengawal-pengawal yang menjaga pintu gerbang itu gerun sekali melibat Kim dan pengikutnya. Serta merta wajah mereka ditundukkan kebawah kerana takut untuk memandang Kim.
Kim hanya tersenyum dan mulakan langkah kaki masuk kedalam istana.
Apabila Kim masuk, suasana terus menjadi senyap. Hanya kedengaran bunyi lagu sahaja yang dimainkan. Manusia yang melihat Kim seperti mahu mengelak. Teruk sangat kah wajah Kim pada mereka?
Bayangkan sahaja wajah Kim. Dikepalanya bertanduk panjang. Bertaring. Bersayap warna hitam gelap dan besar. Membawa tongkat sakti yang besar. Dan memakai baju yang ditunjuk tadi. Gerun sangat kah?
" Selamat datang wahai Guru Kim! " sapa Raja Sooman mesra. Dia menghulurkan salaman untuk berjabat tangan dengan Kim. Kim hanya menyambut hujung sahaja.
" Maaf, kotor " kata Kim selamba. Muka Raja Sooman sudah berubah. Tetapi saja ditujukkan wajah gembiranya.
Apabila para puteri masuk, semua orang yang ada didalam itu terpegun melihat kecantikan mereka mengenakan gaun putih tersebut. Ada yang memuji dan ada yang tidak puas hati. Biasalah manusia kan.
" Silakan masuk. Ayuh kita makan-makan dahulu. Putera-putera pun sudah tiba diruang makan. Ayuh kita " ajak Raja Sooman. Kim dan yang lain mengikut sahaja langkah Raja Sooman kedewan makan.
YOU ARE READING
[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙
Fantasy《 CLOSED 》ᵃᶠ ᵐᵘˡᵗⁱ ❝ 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒂𝒈𝒊𝒄 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒉𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊, 𝒊𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏. 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒕𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒂𝒏...