. 𝓦𝓲𝔃𝓪𝓻𝓭 𝓚𝓲𝓷𝓰𝓭𝓸𝓶 .
𖡼.𖤣𖥧 𖥧𖤣.𖡼
⁂ 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐢𝐧𝐠𝐨𝐫𝐚
( keluarga Jung )
" Chaera, ada nampak ayahanda kamu kemana? Dari tadi bonda mencarinya tidak muncul-muncul juga " tanya permaisuri Jung kepada Chaera.
" Chae pun tidak jumpa kemana ayahanda pergi, bonda. Mungkin dia keluar bersama penghulu " jawab Chaera. Permaisuri Jung menganggukkan kepalanya tanda faham.
Chaera berjalan menuruni tangga ruang tamu istana. Kedengaran bunyi ketukan dari luar. Chaera bergegas mendekati bunyi itu. Apabila dia keluar dari istana, dia terlihat Raja Jung sedang membaiki sesuatu. Chaera datang mendekatinya.
" Apa yang ayahanda buat ini? Kemana ayahanda pergu sejak pagi tadi? Bonda sedang mencari ayahanda " ujar Chaera risau melihat Raja Jung kelihatan keletihan.
" Hah~ oh puteri ku. Ayahanda baru pulang dari pekan. Ayahanda mencari gerobok kecil ini tadi. Maaf, ayahanda lupa untuk memberitahu kamu " kata Raja Jung termengah-mengah. Chaera membantu Raja Jung duduk dikerusi.
" Untuk apa semua ini ayahanda? " tanya Chaera melihat gerobok itu.
" Oh ini, ayahanda mahu menukarnya menjadi sebuah kenderaan untuk hantar kamu ke Skye Academy itu nanti " ujar Raja Jung. Chaera memandang ayahandanya dengan pandangan tidak faham.
" Maksud ayahanda? " tanya Chaera.
" Begini puteriku Chaera, ayahanda
════════════════════════
( keluarga Kwon )
" Bosan nya! " keluh Saehoon dibucu katilnya. Rambutnya didandan kemas oleh gundik istana.
" Wahai puteri Hoon yang jelita, adakah puteri bosan hari ini? Tidak kamu seharusnya berlatih? " tanya gundik itu. Saehoon menggelengkan kepalanya.
" Saya bosan lah gundik. Kalau lah boleh saya keluar dari istana ni berjalan-jalan ataupun merantau kan bagus " kata Saehoon.
Selesai rambutya didandan, gundik itu tersenyum lalu berjalan keluar untuk mengambil baju Saehoon.
Baju gaun itu disarung pada badan Saehoon. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk beberapa kali. Gundik itu membukakan pintu untuk Raja Kwon. Raja Kwon melihat anka gadisnya dengan wajah yang gembira.
" Cantik sungguh kamu wahai anakanda " puji Raja Kwon. Saehoon senyum tersipu malu.
" Terima kasih ayahanda " balas Saehoon.
" Mari, ayahanda bawa kamu berjumpa dengan kawan ayahanda " ujar Raja Kwon. Saehoon mengangguk.
Raja Kwon memimpin Saehoon berjumpa dengan sahabat lama Raja Kwon. Lelaki itu menunduk hormat apabila melihat Saehoon.
" Apa khabar wahai Puteri Saehoon? Sudah lama kita tidak berjumpa " ujar lelaki itu dikenali sebagai ketua penghulu dikerajaan Abingora
" Beta khabar baik sahaja tok ketua. Tok ketua sihat? Bagaimana dengan pekan? " giliran Saehoon pula bertanya.
" Semuanya baik-baik sahaja tuanku " jawab lelaki itu.
Seusai petang, ketua penghulu itu telah pulang semula kerumahnya. Katanya mahu menyelesaikan urusannya dipekan. Tinggal lah Raja Kwon dan Saehoon yang masih berbual-bual.
" Oh ye anakanda. Ayahanda ada sesuatu perkara yang ingin diperkatakan kepada kamu " ujar Raja Kwon.
" Apakah itu ayahanda? " tanya Saehoon ingin tahu.
" Ayahanda telah masukkan nama kamu kedalam senarai pengambilan pelajar baru di Skye Academy. Tujuannya untuk melatih kuasa kamu menjadi lebih bagus " terang Raja Kwon. Muka Saehoon sudah berubah ceria.
" Betul kah ayahanda? Wah! Tak sabar rasanya ingin pergi kesana. Mesti menarikkan ayahanda " kata Saehoon teruja. Raja Kwon tersenyum.
" Jadi, kamu mahu pergi? " tanya Raja Kwon meminta kepastian dari anak gadisnya. Dengan pantas sekali Saehoon mengangguk.
" Mestilah mahu ayahanda. Hoon mahukan sesuatu yang baru untuk belajar. Lagipun, sudah naik bosan Hoon berada diistana ini " ujar Saehoon.
Raja Kwon mengangguk faham dengan ulasan Saehoon itu. Lalu dia mengarahkan orang orang istana untuk menyediakan barang-barang untuk Saehoon bergerak ke Skye Academy itu.
🏻🏼🏽🏾🏿🏻🏼🏽🏾🏿
Hi gais. Maaf kelewatan update bab kalini. So macam mana dengan jalan cerita diatas? Menarik? Dan jangan lupa untuk komen & vote sekali tau😘✨
YOU ARE READING
[ © ] 𝗪𝗜𝗭𝗔𝗥𝗗 𝗞𝗜𝗡𝗚𝗗𝗢𝗠 - 𝗔𝗙
Fantasy《 CLOSED 》ᵃᶠ ᵐᵘˡᵗⁱ ❝ 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒂𝒈𝒊𝒄 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒉𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊, 𝒊𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏. 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒕𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒂𝒏...