e i g h t e e n

256 60 14
                                    

[ School Fight ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ School Fight ]

[ High School Flashback ]

"yah Ahn Hyujin! Kau dengar sini eh hubungan kau dengan Jungkook sunbae kesayangan tu takkan kekal lama. Kau ingat kalau kau rapat dengan dia, kau akan jadi famous lah?"

Hyujin sekadar mengendahkan suara Saemi, langsung tak menjentik hatinya. Paip air dibuka lalu dia segera mencuci tangan. Malas nak lama-lama.

"kisah pula aku" Hyujin sekadar berbisik pelan pada diri sendiri.

"kau pura-pura tak dengar atau kau pekak huh? " tindakan Saemi menarik kuat rambut panjang Hyujin membuatkan gadis itu spontan mendongak.

Tangannya cuba mencapai tubuh Saemi tetapi terbatas. Terus dia mengambil keputusan untuk memusingkan tubuhnya lalu rambut Saemi pula yang ditarik kuat.

"Ahn Hyujin lepaslah!"

"siapa yang mulakan dulu huh? " Hyujin tersenyum sinis.

Dua lagi rakan Saemi masih lagi kaku,   sekadar memerhati. Sebenarnya tak berani sebab Hyujin ada blackbelt taekwondo. Memang cari nahaslah kalau mereka pun join sekali.

"Haih! Ada orang gaduh lagi ke? Aku nak guna tandas pun tak senanglah" suara seseorang kedengaran serentak salah satu pintu tandas dibuka.

"Minhee unnie"

"Saemi-ah, kau jangan nak berlagak sangatlah. Lepaskan Hyujin sekarang" gadis bertubuh sedikit gempal itu bercekak pinggang.

"unnie, dia ni yang banyak susahkan Saemi. Kenapa unnie nak bela dia pula? "

"bukan apalah tapi kalau dah gaya kau macam ini, memang jauh lagi masa depan kau dengan Jungkook. Hey, dengar sini. Jungkook tu cinta mati dekat Hyujin tau. Setakat budak hingusan acah samseng macam kau, sebelah mata pun dia tak pandang"

"sekurang-kurangnya Saemi tak gemuk macam unnie" gadis itu dengan berani menjeling ke arah Minhee.

"BWO?! KAU ULANG BALIK! SEKURANG-KURANGNYA AKU NI ATLET, BERGUNA UNTUK SEKOLAH! KAU TU MELEPAK SAJA DEKAT RUMAH LEPASTU BULI ORANG LAIN! ADA HATI PULA NAK JELING AKU! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BWO?! KAU ULANG BALIK! SEKURANG-KURANGNYA AKU NI ATLET, BERGUNA UNTUK SEKOLAH! KAU TU MELEPAK SAJA DEKAT RUMAH LEPASTU BULI ORANG LAIN! ADA HATI PULA NAK JELING AKU! "

Tak tunggu lama, Minhee terus meluru ke arah Saemi. Tubuh gadis itu ditolak kuat ke dinding sekaligus meleraikan pegangannya pada rambut Hyujin.

Bunyi jeritan dan erangan masing-masing kuat kedengaran menyebabkan  ramai pelajar yang sudah mula berkumpul di depan tandas tersebut.

Saemi yang bertindak menarik kolar baju Hyujin membuatkan Hyujin pantas menumbuk di bahagian perut Saemi. Rasain luh!

Minhee pula sedang menahan pergerakan dua orang rakan Saemi dengan mudah. Kedua-duanya hanya mampu meraung kerana Minhee yang sememangnya lebih kuat dari mereka.

" geumanhae! Berhenti! " Minhyuk saem yang tiba-tiba saja muncul membuatkan semua pelajar memberi laluan kepadanya. Hujung rotan panjang yang terseret membuatkan masing-masing terus gerun.



"kau fikir kau cantik sangat ke? "

"yang kau dengki sangat kenapa?"

"dengki? Lambat lagi lah. Buat apa aku nak dengki dengan orang macam kau? Euw! "

"lepastu apa? Busuk hati? Cemburu? Saemi-ah, kau bernasib baik sebab aku tak pukul kau habis-habisan"


"saya cakap berhenti! " laungan kuat milik Minhyuk saem membuatkan pergerakan mereka terhenti serta merta.

Masing-masing dengan rambut serabai, baju selekeh dan make up entah ke mana.

"kamu berlima pergi bilik guru sekarang! Pelajar lain tercegat apa lagi?! Nak ikut sekali ke? Balik kelas!"

"goodluck pertahankan diri" Hyujin berbisik lalu tersenyum sinis ke arah Saemi. Lidahnya menolak ruang dalam pipi sebelum mengenyitkan sebelah mata.

Saemi yang sudah mulai cuak terus menghentak kaki tanda geram dengan Hyujin.

Hyujin pula mengikat rambutnya semula kemudian terus merangkul lengan Minhee. Mereka terus memulakan langkah menuju ke bilik guru.

"unnie the best! "

******

" Taehyung-ah, tolong bagi dekat Hyun boleh? Aku tak sempat nak jumpa dia sebab ada perjumpaan dengan cikgu " satu kotak kecil dihulur bersama senyuman yang meniti di bibir Jungkook.

"hadiah ke? uuuuu~ hyung dah pandai eh nak bagi hadiah sekarang" Taehyung menyakat dengan mencucuk-cucuk pipi Jungkook berulang kali.

Jungkook menggosok belakang lehernya apabila merasakan telinganya kian memerah.

Ewah!

"bagi tau! Jangan lupa pula, gomawo" Jungkook mengusutkan rambut Taehyung sebelum menepuk-nepuk bahu jejaka itu.

Usai Jungkook meninggalkan Taehyung bersendirian di hadapan kelasnya, jejaka itu spontan mengepal penumbuk.

Pandangannya bersilih ganti antara hadiah dalam genggaman dengan tong sampah besar di luar kelas.

Firasatnya kuat meminta Taehyung untuk membuang hadiah tersebut jauh-jauh. Namun, dalam masa yang sama, ini saja cara untuk dia move on dari Hyujin secepat mungkin.

" Kim Taehyung! Ige mwoya? Ada orang bagi kau hadiah ke? " suara yang dikenali tersebut membuatkan Taehyung pantas menoleh. Genggaman tangannya dieratkan apabila bayang Jaehyun makin mendekat.

"nothing " jejaka itu menggelengkan kepalanya laju lalu terus mengorak langkah meninggalkan Jaehyun.

"Taehyung dah kenapa? "

____________________

sorry for the short and hambar update 😭♥

Ghost Bride | Jeon Jungkook Where stories live. Discover now