[ FINAL : GHOST BRIDE ]
- 10 MINUTES -
Lemah.
Jungkook hanya mampu duduk saja di luar wad kecemasan di saat menunggu keputusan pemeriksaan Hyujin. Tak senang hati, Jungkook mula berjalan mundar mandir di hadapan wad tersebut.
Jarum jam yang hampir mengena detik 12 tengah malam semakin menambah kerisauan. Hanya tinggal sepuluh minit saja lagi, dia benar- benar ingin berbicara dengan Hyujin buat kali terakhir.
Mendengar suara kesayangannya,
Membelai lembut rambutnya,
Mengatakan hasrat hati yang lama terbuku di jiwa.Namjoon, Taehyung dan Jimin turut ada di situ, setia menemani Jungkook. Mr Han tak mampu tunggu berjam-jam, lelaki berusia itu cepat kepenatan dan pastinya mesti pulang menemui keluarga di rumah.
Air mata Jungkook kini tidak lagi mengalir. Lebih tepat, dia sudah tak mampu menangis kerana sejak beberapa jam yang lepas cecair jernih itu asyik mengalir ke pipinya.
Penat.
Ya, dia sudah penat.
Mereka semua berwajah muram, Namjoon menepuk bahu Jungkook berkali-kali cuba untuk menyalurkan semangat apabila tinggal lima minit saja lagi. Namjoon sendiri sememangnya sudah tahu pengakhiran Jungkook.
"hyung, kook tak akan sempat. Tak sempat dah... tak akan sempat" kali ini memang tak mampu ditahan, Jungkook menangis buat kali terakhirnya. Jejaka itu penat menahan sebak yang kian mencengkam dada. Rasa sakit yang semakin menjalar amat menyakitkan.
Akhirnya, dia hanya mampu bangkit dari duduk. Berjalan perlahan-lahan lalu jatuh terduduk di hadapan wad tersebut.
"aku mohon selamatkan Hyujin. Tolong.... tolong dia. Aku dah tak mampu lakukan apa-apa... tolong selamatkan dia. Biarlah dia hidup bahagia, aku merayu... aku betul-betul merayu. Tolong lah ... kali ini saja"
5 minit.
Namjoon segera bergerak menuju ke arah Jungkook. Rambut jejaka itu dibelai penuh kasih sayang. Jungkook sudah dianggap sebagai seorang adik, sejak kematiannya.. Jungkook yang banyak menemani Namjoon.
"aku bangga dengan kau, kook. Berehat lah dengan tenang ya. Aku juga akan dihapuskan beberapa hari lagi. Aku tahu.. ada percaturan yang lebih indah untuk kau nanti. Kook, aku baru periksa semula. Nama Hyujin sudah terpadam dari buku kematian.. aku juga tak tahu penyebabnya. Mungkin semangat Hyujin juga kuat untuk bertemu kau"
YOU ARE READING
Ghost Bride | Jeon Jungkook
Fanfic[2021] + marrying a good-looking ghost? [ THE DIMENSION SERIES: ONE ] Jeon Jungkook, roh yang tidak aman terpaksa melalui ghost marriage bersama seorang gadis yang bekerja sebagai penulis komik. Ahn Hyujin, gadis itu memang sukar nak percaya yang d...