[ In The Rain ]
- 8 HOURS LEFT -
"sayang, dah ready?"
Jungkook menyarungkan kot hitam pada tubuhnya. Tali leher hitam yang berada di atas katil terus dicapai. Baru saja dia ingin memakai tali leher itu, suara Hyujin menghentikan perbuatannya.
"Jungkook, sekejap" Hyujin menguntum senyum lebar. Tali leher itu bertukar tangan, jemari Hyujin mula bergerak ingin membuat simpulan. Hujung bibir Jungkook turut ternaik membentuk senyuman tatkala anak mereka bertemu.
"barulah handsome suami saya" kedua-dua bahu Jungkook digosok perlahan. Jungkook berdehem sebelum dia segera mencapai tangan Hyujin apabila gadis itu ingin memusingkan tubuh. Serta merta, tubuh Hyujin kembali menghadap dirinya. Kedua-duanya tidak dapat menahan diri dari tersenyum kecil.
"nak morning kiss" Jungkook menggoyangkan tubuhnya perlahan sambil mencebik manja. Matanya sengaja dibulatkan, raut wajah berubah muram. Harapnya Hyujin akan menerima pujukannya.
"gedik betul, tak nak. Bluek!" Hyujin menjelirkan lidahnya ke arah Jungkook, tawa meletus dari bibir gadis tersebut. Baru saja dia ingin melarikan diri, Jungkook lebih pantas memegang kedua-dua tangan Hyujin, memakan jarak antara mereka lalu menghadiahkan satu kucupan ringkas pada bibir Hyujin.
Serta-merta pipi gadis itu memerah akibat diserang rasa malu. Hyujin terkebil-kebil, hanya menatap wajah Jungkook yang masih rapat dengannya. Sengaja jejaka itu kembali merapatkan diri, menyatukan dahi mereka. Pegangan tangan masih tak dilepaskan.
"Saya sayang isteri saya tau" kini Jungkook mendaratkan bibirnya pada dahi Hyujin sebelum rambut panjang isterinya dibelai penuh kasih sayang.
"Awak demam ke?" Hyujin menyoal dengan nada bergurau.
"demam sebab cintakan awak" Jungkook tersengih manja. Hidung isterinya dicuit manja sebelum dia kembali terkekeh ketawa.
" eiii cringenya! dahlah, jom kita pergi. nanti lambat" kata-kata Hyujin mematikan senyuman Jungkook. Namun jejaka itu masih lagi memegang tangan Hyujin erat ibarat tak mahu dilepaskan.
"awak lupa ke yang saya boleh teleport? sekarang, bagi saya masa 2 minit untuk peluk isteri saya puas-puas"
"semalam dah peluk puas-puas kan? awak ni extra gatal harini, lain macam"
"apa salahnya? Gatal dengan isteri sendiri. Bukannya saya gatal dengan isteri orang lain"
"iyalah, sayang" laju saja Jungkook menarik tubuh isterinya ke dalam dakapan hangat. Pelukan dieratkan sewaktu Jungkook mencium ubun-ubun isterinya. Senyuman tak lekang dari bibir Jungkook manakala Hyujin juga dapat merasakan degupan jantung suaminya yang berentak tenang.
YOU ARE READING
Ghost Bride | Jeon Jungkook
Fanfiction[2021] + marrying a good-looking ghost? [ THE DIMENSION SERIES: ONE ] Jeon Jungkook, roh yang tidak aman terpaksa melalui ghost marriage bersama seorang gadis yang bekerja sebagai penulis komik. Ahn Hyujin, gadis itu memang sukar nak percaya yang d...