t h i r t y

229 47 14
                                    

[ Blue Flame ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Blue Flame ]

Termenung.

Taehyung ralit memerhati luar tingkap cafe sesekali menghembus nafas gelisah. Dia kemudiannya menghirup sedikit caffe mocha.

"neo gwaenchana? "

Suara Jimin berjaya menghentikan lamunan Taehyung. Jejaka itu hanya tersenyum kecil tatkala Jimin memegang bahunya. Jelas Jimin juga agak risau dengan keadaan bossnya itu.

"aku okay"

"tak perlu nak tipu. Lately aku nampak kau asyik sedih aje. Bagitahulah aku. Mungkin aku boleh tolong kau? "

Taehyung berdecit lalu tertawa pelan. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Takkan dia nak bagitahu yang dia ialah anak kepada seorang grim reaper?  Hyujin dah lama kahwin dengan hantu? Dan dia pula boleh hapuskan hantu tu sekelip mata kalau dia nak?

Gila.

"yah aku tengah tanya kau" Jimin masih tampak risau.

"tak apalah, aku tengah fikir tentang eomma sebenarnya" Taehyung sengaja menipu lalu menguntum senyum palsu.

"wae gurae? Eomma kau masih uruskan rumah kebajikan tu ke? Dia kan dah tua... kesian dia"

"tak, ada seorang budak perempuan yang tawarkan diri untuk bantu eomma uruskan. Dia pun membesar dekat rumah kebajikan tu jadi tak hairanlah kalau dia nak bantu eomma"

Jimin sekadar mengangguk namun terbit rasa gelisah di hatinya. Nak tanya tapi takut pula. Haih!

"Taehyung-ah, maaf kalau soalan aku menganggu privasi kau tapi aku betul-betul nak tahu, eomma kau yang sebenar dekat mana? Kau tak mahu cari dia ke?"

Jimin menyoal dengan berhati-hati. Dia memang tahu eomma Taehyung yang menjaga jejaka itu selama ini bukanlah ibu kandung Taehyung.

"huh.. dia dah mati--"

Tergamam.

Jimin tak jadi meneruskan soalan apabila tubir mata Taehyung mula kemerahan namun lelaki itu masih boleh ketawa palsu.

"--di..dia mati sebab bunuh diri lepas saja lahirkan aku. tch! Aku memang bawa malang. Kalau aku tak wujud dalam rahim dia waktu itu, mungkin dia masih lagi hidup kan? "

Taehyung pantas menyeka tubir matanya lalu ketawa kecil.

Jimin jadi serba salah dan dadanya terasa sedikit sesak bila melihat keadaan Taehyung begini. Lelaki itu jarang meluahkan perasaan apatah lagi ingin menangis.

Ghost Bride | Jeon Jungkook Where stories live. Discover now