Part 16

2.8K 211 14
                                    

"Nanti aku nak keluar ni. Nak pergi mall." Kata Andrea setelah selesai bersarapan. Air susu yang berada di dalam gelas diteguk sedikit.

"Pergi dengan Ell?" Tanya Andrew.

"Yup, sekali dengan kawan-kawan lain."

"Siapa? Classmate? Lelaki ke perempuan? Aku kenal tak?" Andrew laju bertanya. Ketika itu mereka sekeluarga masih lagi berada di meja makan.

"Iya. Classmate. Lelaki. Entah, aku tak tahu kau kenal ke tidak."

"Nak aku ikut tak?" Tanya Andrew prihatin. Hmmm, sejak bila ni?

"Tak payah. Aku keluar sebagai Ryana. Buat ape kau ikut?"

"Sebagai abang yang menyayangi dan mengasihi adiknya, aku kenalah menjaga kau bak menjaga sebutir permata yang berharga. Kau kan kesayanan atuk." Andrew menjongketkan keningnya.

Andrea yang mendengar ayat 'manis' dari Andrew itu membuat muka jijik. Geli! "Tak payah. Aku pergi dengan Ell. Pandai-pandailah aku jaga diri. Well, I'm Andrea Raihana Filsen. I can do everything."

"Hmm, iyelah tu. Kena pegang sikit dah gelabah." Kali ini, Andrew pula mebuat muka jijik.

"Pegang lipas pun suruh Ad." Sambung Ad. Sama dengan abang dan kakaknya, dia membuat muka jijik.

Haa, eloklah tu.

"Kau budak, diam! Mandi kolam pun kaki tak sampai."

"Ooo. Mengata. Tunggu Ad besar nanti, Ad jadi lagi tinggi pada kakak! Masa tu, Ad berenang tempat dalam, tinggal kakak sorang-sorang." Kata Adrian dengan bersungguh-sungguh. Budak ni even umur 11 tahun, dia dah berada di paras bahu Andrea.

"Eleh, buat apa nak berenang dengan kau." Andrea menjeling Adrian. Ni kalau sehari tak bergaduh memang tak sah!

"Ha, btw kau keluar ni mama papa tahu tak?"

"Ya, aku dah call mama papa semalam. Diorang izin selagi aku bawa 'pendamping'. Aku dah cekau 2 orang pengawal kat depan tu. Pandai-pandailah diorang cover." Roti Gardenia yang berintikan Nutella itu digigit sedikit.

"Ni, mama papa bagitahu tak bila diorang balik?"

"2 minggu lagi."

"Oi, lamanya! Kerja ke tambah anak?"

Pap!

"Mulut! Biarlah diorang! Yang kau dengki ni kenapa?" Andrea menjeling abangnya itu. Suka sangat menyibuk hal orang!

Nak mengorat girlfriend sendiri pun tanya orang.

Hampeh!

"Macam mana diorang tambah anak?" Tanya Adrian polos. Budak 11 tahun apa dia tahu. Sekeji-keji Adrian ni, otaknya masih suci.

Andrew dan Andrea terkedu.Ha, sudah. Nak jawab apa dengan budak ni?

"Jawab, Andrew. Adik kau tanya." Arah Andrea.

"Okay. Macam ni." Posisi dibetulkan. Dia menghadap Adrian disebelahnya. Kedua belah tanggannya diletak atas meja.

"Proses ini melibatkan 2 jantina, iaitu lelaki dan wanita. Apa yang membentuk kita semua ni adalah hasil daripada pencantuman ovu--- erghh!!"

Andrea terus bangun dan menyumbat roti kosong ke dalam mulut Andrew. Ajar budak benda tak elok! Umur 23 tahun, perangai macam 13 tahun!

"Kau, abang buat cara abang! Ape benda ajar adik benda tak elok. Dah, jom Ad. Duduk dengan abang kau ni memang tak boleh pakai!" Andrea terus menarik Adrian keluar dari tempat makan meninggalkan Andrew yang sedang mengunyah roti tang disumbat itu.

My Hero, Mr. Bad Boy [C]Where stories live. Discover now