'Andrea.'
'Andrea.'
'What?'
Andrea meletakkan pensil tekannya lalu memandang wajah Archer yang sedang menongkat dagu memandangnya. Senyuman lebar terhias di wajah kacak itu.
'Tadi mata aku tiba-tiba gelap. Tapi sekarang dah okay.'
'Kenapa pulak?'
'Entah. Mungkin sebab ada cahaya kot di depan aku.'
Andrea menahan senyumannya dari melebar. Haih, hari-hari ada sahaja ayat-ayat manis yang diberikan kepadanya.
'Andrea..'
'Apa lagi? Buat soalan matematik tu.'
Andrea kembali melakukan kerja sekolah. Kalau melayan Archer ni, sampai esok belum habis!
'Andrea.'
'Hmm..' Fokus Andrea masih lagi pada buku latihan.
'If someday we broke a part, promise me that you will wait for me.'
"Penipu."
Andrea mengesat air mata yang berada di di tubir matanya. Mengapa dia perlu membazirkan air matanya pada perkara yang sia-sia?
Oh, mungkin sebab dia terlalu percaya akan lelaki itu..
"Penipu. Sekali penipu, selamanya penipu."
Hatinya makin sakit setiap kali mindanya melayarkan kembali segala momen manis mereka bersama. Dari awal pertemuan sehingga malam di mana dia diculik. Malah momen itu dimainkan berulang kali seperti mindahnya mahu mengejeknya.
"Tunggu konon. Jantan keparat. Mata biru macam alien. Sombong. Hidung tinggi naik ke langit. Kau ingat kau hensem sangat." Andrea menguis gaun merahnya. Dahla lantai ni berjenis simen, dia pula hanya memakai gaun semalam. Sejuk!
Andrea makin mengutuk Archer. Mulutnya terkumat-kamit melemperkan segala sumpah seranah. Daripada dia menangis, baik dia mengutuk lelaki tu!
Ha, jangan contohi Andrea!
"Urmm.. urgh.."
Mulut Andrea berhenti dari berkata apabila terasa pergerakan di riba. Di lihat mata Adrian yang sedang terbuka tapi tidak terlalu luas. Cuba menyesuaikan cahaya yang masuk ke dalam retinanya.
"Ad dah bangun? Adrian okay tak?"
Adrian melihat wajah kakaknya. Kepala masih sakit. Entah berapa lama dia tidur, dia pun tak pasti. Ubat itu terlalu kuat baginya.
"Ad kat mana ni, kakak?" Adrian bangun dari pembaringan. Dia melihat sekeliling. Kosong.
"Adrian okay tak? Ada cedera kat mana-mana?"
Wajah Andrea dipandang pelik oleh Adrian. Kenapa wajah kakaknya ada kesan comot dan luka?
"Kepala Adrian sakit. Tapi, kenapa muka kakak cedera? Kakak bergaduh dengan siapa? Sakit tak kalau Ad sentuh?" Jari kecil Ad menyentuk lebam di pipi Andrea. Walaupun kecil sentuhannya, tapi masih terasa pedihnya sehingga Andrea mendesis.
"Eh, sorry kakak! I'm hurting you. Ad tiup eh? Fuhh.." Adrian meniup perlahan pipi Andrea seperti mana yang mamanya selalu buat kalau dia cedera.
"Dah okay?"
"Nope. Use another method."
"Urmm? Ppo ppo (kiss) ?"
Cup!
YOU ARE READING
My Hero, Mr. Bad Boy [C]
Ficção AdolescenteDia kasar.. Dia ganas.. Dia misteri.. Aku benci dia! Tapi.. Dia baik.. Dia lembut.. Dia romantik.. Yang paling penting.. dia hero aku.. "By hook or by crook, you'll love me soon, dear. Just prepare your heart and soul and I'll give you everything." ...