𝙿𝚛𝚘𝚕𝚘𝚐𝚞𝚎 𝙸

16.3K 488 33
                                    

5 𝙰𝚙𝚛𝚒𝚕 20** . . .

Remaja perempuan yang berusia 14 tahun itu pantas melarikan diri daripada 2 orang penjahat yang pantas mengejarnya. Sungguh dia takut!

"Hoi budak! Kau ingat kau boleh pergi mana hah?!" Penjahat botak itu ketawa besar.

Andrea terus melarikan diri tanpa menghiraukan kakinya yang sudah luka akibat berlari dalam keadaan berkaki ayam. Apa yang berada di dalam fikirannya hanyalah MELARIKAN DIRI.

Tiba-tiba, kaki Andrea tersadung sebuah kayu yang agak besar menyebabkan di jatuh. Dia cuba untuk bangun tetapi kakinya sakit.

2 orang penjahat itu mula mendekati Andrea sambil memberikan senyuman mengejek. "Kau ingat kau boleh lari mane budak? Tunggu lepas aku dapat duit, aku lepaskan kau lah! Tu pun kalau aku tak terasa nak bunuh kau."

Penjahat botak itu mencengkam rahang Andrea. Muka Andrea berkerut menahan sakit. "Tapi disebabkan kau menyusahkan aku, aku akan bunuh kau!"

Rahang Andrea dilepas kasar. Sakit sangat. Andrea cuba mengundurkan diri apabila penjahat yang bermisai cuba mendekatinya.

"Sinilah sayang. Meh dekat abang. Sayang nak pergi mana?" Andrea pantas menggelengkan kepalanya.

Penjahat bermisai itu mencengkam tangan Andrea. Andrea meronta-ronta untuk melepaskan diri. "Perempuan lemah macam kau memang takkan dapat kalahkan aku!"

"Lepaskan akulah jantan tak guna!!" Semakin kuat Andrea menarik tangannya, semakin kuat cengkaman lelaki bermisai itu.

Andrea menggigit lengan lelaki itu hingga dia meraung kesakitan. Lelaki itu melepaskan pautannya. Andrea cuba berdiri meskipun badannya terasa sakit. Lelaki botak itu cuba mendekati Andrea tetapi Andrea pantas menghayunkan tendangan di perut serta 'tut' lelaki itu. Andrea cuba melarikan diri apabila melihat kedua lelaki itu sedang menahan kesakitan.

"Hoi betina! Aku bunuh kau!!"

Kaki Andrea pantas berlari dalam hutan itu. Peluang semakin cerah apabila dia ternampak jalan raya. Dia berlari ke arah jalan raya itu.

Kosong. Memang tiada kenderaan pada waktu Subuh begini. Dia berlari di sepanjang jalan raya, cuba mencari bantuan.

Andrea berhenti sebentar untuk merehatkan diri. Sungguh dia penat. Tiba-tiba dirinya dipeluk dari belakang.

"Kau takkan boleh lari, Andrea Filsen."

Andrea cuba meronta-meronta melepaskan diri. Apakan daya, kekuatan seorang perempuan tidak boleh ditandingi oleh kekuatan seorang lelaki.

"Ikut aku dan kau takkan tersakiti. Aku bagi kau pilihan. Ikut aku dan kau akan mati tanpa kesakitan atau mati disini dan mayat kau akan dibaham oleh haiwan liar."

Andrea memejamkan matanya. Dia rindukan keluarganya. Apa salah dia sehingga dia diperlakukan begini?! Dia tidak mahu kematiannya sadis.

Lelaki itu melepaskan pelukannya dan memusingkan badan kecil Andrea. Tangannya dihulurkan.

Andrea memandang tangan lelaki itu. Kedua-dua pilihan itu berakhir dengan kematian. Dia tidak mahu mati awal, tapi dia juga tidak mahu mayatnya dibaham.

"Aku tahu kau bijak. Pilihlah kematian macam mana yang kau nak." Lelaki itu bersuara.

Tangan Andrea mula bergerak menuju ke tangan lelaki botak itu. Belum sempat tangan mereka bersatu, badan lelaki itu jatuh menyembah jalan. Andrea kaget.

Dia memandang lelaki di hadapannya. Hoodie hitam melindungi muka lelaki itu. Tangannya memegang pistol rejatan elektrik.

"Girl, kau okey tak?"

Andrea mengangguk. "Ikut aku. Kau perlukan rawatan." Apabila lelaki itu memegang tangan Andrea, pantas Andrea menepis.

"Awak siapa?" Walaupun dia lelaki yang telah menyelamatkannya, dia masih perlu berhati-hati. Mana tahu penjahat juga?

"Kita takda masa nak berkenalan. Ikut aku cepat sebelum diorang sedar." Tangan Andrea ditarik menuju ke sebuah kereta yang berhampiran.

Pintu kereta Honda City itu dibuka lalu badan Andrea ditolak masuk ke dalam kereta itu. Lelaki itu masuk ke tempat pemandu sebelum memandu kereta itu.

"Awak nak bawak saya pergi mana?" Andrea memandang lelaki yang tidak dikenalinya.

"Mana-mana tempat yang selamat." Kereta itu mula memasuki sebuah kampung. Matahari yang mula terbit memancarkan keindahan kampung tersebut. Kereta itu masuk ke dalam sebuah kawasan rumah.

"Rumah siapa ni?" Lelaki itu tidak menjawab dan hanya fokus. Dia memberhentikan keretanya.

"Someone's house that you don't know."Lelaki itu menghulurkan Andrea sebotol air minuman.

Andrea mengambil memandangkan dia sangat dahaga. Penutup botol dibuka sebelum air itu diteguk.

"Terima kasih."

Seketika kemudian, Andrea berasa sangat penat dan mengantuk. Dia cuba untuk menahan matanya daripada terlelap tetapi semakin lama, dia semakin mengantuk.

Andrea jatuh di atas bahu lelaki itu. Pandangan mereka bertaut sebelum Andrea menutupkan matanya. Tidur.

My Hero, Mr. Bad Boy [C]Where stories live. Discover now