Part 60 [Ending]

5.8K 215 23
                                    

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Andrea apabila telinga menangkap bunyi enjin yang kuat. Bunyi seperti enjin kapal terbang. Ada juga bunyi-bunyi pengumuman tetapi sangat perlahan. Seperti mereka berada di kawasan lapangan terbang.

"Just follow me."

Andrea memegang kemas jaket Archer. Dari perkarangan rumah lagi matanya ditutup dengan sehelai kain yang hitam. Dia tidak tahu ke mana Archer mahu membawanya.

Badan Andrea dicempung dan Archer menaiki tangga itu perlahan-lahan. Andrea memegang kemas leher Archer. Dia dapat meneka yang Archer membawanya masuk ke dalam sebuah pesawat.

"More surprise?" Tanya Andrea. Siap bertutup mata bagai, pasti Archer ada sediakan sesuatu untuknya.

Haish, suka sangat bagi kejutan. Bilalah dia nak balas balik kejutan Archer ni.

"You will know it soon."

Archer melintasi bahagian kabin kecil, masuk ke ruangan penumpang. Badan kecil Andrea diletakkan di atas sebuah kerusi lembut berwarna hitam.

"You stay at here first. I will come later. Don't try to peek anything!" Kata Archer. Masih ada perkara untuk dia selesaikan sebelum mereka dapat berlepas.

"Nak pergi mana? Duduk sini jelah. Dahla tutup mata orang." Balas Andrea kembali. Sudahla menutup matanya secara tiba-tiba, sekarang ni nak tinggalkan dia? Fikiran Andrea mula diracuni perkara yang negatif

Archer tinggalkan dia dalam pesawat lepastu dia nak keluar dan tinggalkan dia ke? Lepastu, pesawt ni bawa dia ke satu tempat yang dia tak tahu? Kahwin tak sampai seminggu, Archer dah nak buang dia tengah laut ke?

:(

"Sweetheart, I need to settle off our tickets first barulah kita dapat pergi luar negara. Sweetheart tunggu kat sini dulu, then I will come later. Sekejap je. Tunggu tau!"

Archer meninggalkan Andrea di tempat duduk itu. Tak tahu apa yang suami dia mahu lakukan. Semalam, Archer hanya memberitahunya untuk bersiap sebab esok (harini) dia nak bawa pergi jalan-jalan. Dia hanya mengenakan pakaian yang biasa. Di pertengahan jalan, tiba-tiba sahaja Archer menutup matanya dengan kain. Tahu-tahu dan berada di kawasan lapangan terbang.

Suami dia ni nak bawa bersiap sekitar ruang udara negara ni ke? Amboi, maju betul.

Andrea menghayun-hanyukan kakinya. Dia tak mendengar apa-apa melainkan enjin pesawat yang sederhana kuat. Bunyi orang bercakap pun tak.

Beberapa minit kemudian, bunyi tapak kaki berserta suara Archer Mula kedengaran di telinga Andrea.

"Sorry sweetheart for leaving you. Come, let me open your eyes." Archer mengambil tempat di sebelah Andrea. Tangannya merungkai ikatan kain itu lalu membuang kain dari wajah Andrea. Andrea mengerdipkan matanya. Lama sangat bergelap jadi sakit mata.

Andrea memandang wajah Archer yang tersenyum di sebelahnya. Dia dapat menangkap sehelai jaket di tangan suaminya.

"Kita nak pergi mana ni? Why did you bring me here?" Tanya Andrea. Dia sempat menangkap logo kecil pada kerusi itu.

Dia berada di dalam pesawat peribadi Michaelson.

"Honeymoon, sweetheart." Balas Archer dengan tenang.

Andrea terlopong. "Honeymoon?! But, I didn't prepare anything! Baju pun tak kemas! Look, I only wear these cloth! Why you didn't tell me earlier!"

Andrea mula kalut. Honeymoon, tapi mereka hanya sehelai sepinggang! Macam mana suaminya ni boleh tenang sedangkan dia tak berkemas apa-apa pun!

Archer memegang tangan Andrea sebelum dicium perlahan. Dia ketawa kecil melihat muka risau isteri kesayangannya ni. "Sweetheart, relax. You don't need to prepare anything. Sayang dah siapkan semuanya. Our clothes, equipment, food, ticket, everything is done. You just need to follow. I will take you to the moon."

My Hero, Mr. Bad Boy [C]Where stories live. Discover now