Pregnancy Journey
3 months
Andrea merenung wajah Archer yang khusyuk membaca tulisan yang terpapar pada skrin komputer. Entah kenapa wajah suaminya itu kelihatan sangat kacak dan... melazatkan. Adakah hormonnya semakin meningkat atau memang wajah Archer yang semakin berubah?
Dia mengusap perutnya yang masih kecil. Alahannya pada kali ini agak teruk juga walaupun masih berada pada trimester pertama. Pagi tadi, 3 kali dia muntah teruk sehingga badannya menjadi sangat lemah. Terpaksa dia menangguhkan semua mesyuaratnya dan berehat di rumah.
Entah apa yang merasuknya, waktu makan tengah hari dia terus memecut keretanya ke pejabat Archer. Dan sekarang, dia berada di atas sofa. Merenung wajah tampan Archer sambil menelan buah-buahan selepas dipaksa oleh suaminya itu.
"Sayang..."
"Hmm?" Archer terus memberikan sepenuh perhatiannya kepada Andrea. Dia memandang wajah cemberut isterinya. Tentu Andrea bosan kerana terpaksa menunggunya menghabiskan kerja. Itulah, suruh balik dia tak nak. Nak juga tenung wajahnya ini.
"Bosan..."
"I told you balik rumah, rehat and tengok tv."
"Bosan jugak kalau duduk rumah sorang-sorang." Andrea mencebik. Dia bingkas berdiri dan kakinya melangkah ke meja Archer.
"Kalau macam tu, sweetheart tidur dulu. Nanti bila sayang dah habis kerja, I will wake you up, okay? Lepas tu, kita balik." Balas Archer. Matanya merenung susuk tubuh Andrea yang lenggok berjalan ke arahnya.
Archer mengundurkan sedikit kerusi ke belakang, memberikan ruang supaya Andrea dapat duduk di atas ribanya. Andrea segera melabuhkan punggungnya di atas riba Archer, tempat kegemarannya. Tangannya melingkar di leher Archer dan wajahnya disembam pada tengkuk Archer.
Haruman tubuh suaminya menusuk ke dalam rongga hidungnya.
"Take a rest and... don't disturb me, okay?" Kata Archer. Tangan kanannya melingkar pada pinggang Andrea dan mengusap-usap perut Andrea manakala tangan kirinya meneruskan kerjanya kembali.
Dengan adanya Andrea di atas ribanya, dia tak rasa yang dia dapat melakukan kerja dengan aman.
Andrea memejamkan matanya. Bauan Archer sangat menarik perhatiannya. Entah kenapa, nafsunya semakin membuak-buak apabila membau haruman Archer. Rasa seperti mahu...
Archer memejamkan matanya. Tangan kanannya mencengkam pinggang Andrea.
"Sweetheart..."
Andrea melepaskan gigitannya. Hidunya digeselkan pada leher Archer ."Hmm?"
"Don't disturb me. You are pregnant, sweetie. You, better stop before something happens." Kata Archer lembut. Kandungan Andrea masih lemah dan dia tidak mahu membahayakan nyawa bayi dalam kandungan Andrea itu.
Tapi dengan keadaan Andrea yang sentiasa mengancam, kadang-kadang dia tewas juga kepada godaan Andrea.
"I am, not." Balas Andrea perlahan. Bibirnya mencium perlahan leher Archer.
"Sweetie, sayang ada meeting sekejap lagi. Stop now."
"No. Your smell, hmm..." Leher Archer digigit sekali lagi.
YOU ARE READING
My Hero, Mr. Bad Boy [C]
Novela JuvenilDia kasar.. Dia ganas.. Dia misteri.. Aku benci dia! Tapi.. Dia baik.. Dia lembut.. Dia romantik.. Yang paling penting.. dia hero aku.. "By hook or by crook, you'll love me soon, dear. Just prepare your heart and soul and I'll give you everything." ...