Andrea memasuki bangunan megah itu dengan penuh bergaya. Di sisinya ada Alex yang turut segak pemakaiannya.
Kalau Andea tak merungut tentang cara pemakaiannya, dia pasti tak akan pakai segak-segak untuk datang pejabat ni. Tapi itulah, boss ni fashionista orangnya jadi dia turutkan sahaja.
Sepanjang seminggu dia bekerja di situ, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Ramai juga pekerja yang dia kenal, kebanyakannya yang rapat dengan mama memandangkan dia sering datang ke hotel ini.
Dan sepanjang seminggu ini juga dia banyak berurusan dengan pelbagai jenis syarikat. Syarikat pembangunan, syarikat perabot, syarikat arkitek dan designer dan pelbagai lagi. Walaupun hotel ini seperti hotel biasa yang menawarkan khidmat penginapan dan pelbagai khidmat untuk memuaskan hati pelanggan, tapi harga saham hotel ini sangatlah tinggi. Jadi tak hairan jika syarikat perkapalan juga cuba melabur di hotel ini.
Bermula hari kedua dia bekerja, pekerja di penyambut tetamu telah menerima pelbagai jenis bunga dan hadiah untuk diberikan kepada Andrea. Entahlah sama ada itu tetamu atau pekerja dari syarikat lain, tetapi semua ditolak. Dia tak minat untuk memberi harapan.
Tetapi, bila ada coklat.. dia ambil!
Walaupun telah dipesan kepada pekerja disitu, masih ada juga yang berdegil untuk menghantar. Sanggup walaupun sudah diberitahu hadiah ini mungkin diberikan kepada pekerja lain. Ada juga yang meninggalkan nombor telefon serta kad tanda pengenalan tapi sudah semestinya Andrea tidak akan menghubungi nombor itu.
Bukan sombong, tetapi berhati-hati.
Ada ke lelaki yang sanggup perempuan sepertinya. Memang dia lengkap dengan kecantikan rupa paras, kepintaran serta harta yang banyak tetapi, jika tugasnya hanya untuk dijadikan pemuas nafsu.. oh no! Benda yang nak sangat dijauhkan!
Cukuplah sekali..
"So, tell my schedule for today."
"At 10 a.m, you have meeting with COO HayC Holding. He want to discuss tentang projek yang mereka telah hantar and I'm sure you got that email. He decide to meet at the restaurant, jadi mungkin kita akan lunch di sana terus. Pukul 3 kau ada meeting dengan semua unit bahagian pemasaran. Itu sahaja untuk harini?"
"Seriously, meeting dengan jantan tu hari ni?"
Andrea memandang Alex bersama muka berkerutnya. Oh, bila teringat tingkah laki lelaki itu sewaktu kali pertama mereka berjumpa sungguh menggelikan!
"Yes, today. Aku tahu kau tak suka dengan perangai dia tapi nak buat macam mana, hotel ni berkerjasama dengan syarikat itu. Nak tak nak, kau kena hadap. Don't worry, aku ada... walaupun dia sebenarnya nak jumpa kau seorang."
Andrea menggulingkan matanya. Dasar lelaki miang!
"Cik Andrea!"
Langkah mereka terhenti. Andrea berpaling ke arah belakang. Kelihatan seorang pekerja datang bersama bunga ditangannya.
Oh, sekali lagi...
Andrea segera menutup hidungnya.
"Cik, maaf mengganggu tapi ada orang bagi bunga ni pada cik. Dia tinggalkan di kaunter depan tadi."
Alex segera mengambil bunga itu dari tangan pekerja penyambut tetamu itu. Dia tahu, Andrea alah pada debunga. Rasanya Andrea sudah pesan kepada pekerja yang menjaga kaunter itu untuk tidak menerima sebarang bunga jika itu dihantar kepadanya..
"Maaf cik, tetapi saya dah beritahu lelaki itu yang cik ni alah pada bunga tapi dia tetap paksa kami." Kata pekerja perempuan itu dengan ragu-ragu. Bimbang bossnya marah.
YOU ARE READING
My Hero, Mr. Bad Boy [C]
Teen FictionDia kasar.. Dia ganas.. Dia misteri.. Aku benci dia! Tapi.. Dia baik.. Dia lembut.. Dia romantik.. Yang paling penting.. dia hero aku.. "By hook or by crook, you'll love me soon, dear. Just prepare your heart and soul and I'll give you everything." ...