Part 35

2.2K 129 24
                                    

Andrea perlahan-lahan membuka matanya. Perit dirasakan di kepalanya serta beberapa anggota tubuh yang lain. Matanya dikelip perlahan, cuba membiasakan cahaya malap yang masuk ke dalam retinanya.

"Ugh.."

Apabila pandangan matanya semakin jelas, dia melihat sekeliling. Berkerut keningnya apabila melihat sekita bilik yang tertutup yang hanya diterangi mentol lampu yang malap serta berhabuk itu. Dimana dia?

Dia melihat badannya, masih tersarung dengan pakaian semalam cuma kakinya sahaja yang tidak memakai kasut. Dia cuba mengingati apa yang berlaku semalam.

"Apa semua ni.."

Otaknya dipaksa mengingati semula perkara yang berlaku semalam. Apa yang dia dapat ingat hanyalah ketika lampu terpadam, tangannya ditarik lembut ke suatu tempat. Dia hanya mengikut kerana Archer memberitahunya bahawa dia ada sesuatu penting untuk ditunjukkan. Dan selepas itu, semuanya gelap.

"Archer?" Keningnya berkerut. Tak. Tak mungkin dia yang lakukan semua ini.

Andrea menggelengkan kepalanya pantas. Tak. Dia tak percaya. Tak mungkin Archer yang lakukan semua ini. Sangat mustahil!

Andrea pantas berdiri lalu berlari ke arah pintu kayu itu. Tombol yang agak berkarat itu cuba dibuka namun tidak boleh. Ia dikunci dari luar.

"Shit. Help! Anyone yang kat luar! Tolong!" Pintu kayu itu diketuk kuat. Tak cukup dengan itu, kakinya menendang pintu itu.

"Tolong!"

"Woi! Diam sikit! Aku nak tidur pun tak senang!"

Perlakuan Andrea terus terhenti. Telinga dirapatkan ke pintu kayu itu. Jelas kedengaran seorang lelaki sedang merungut. Walapun bahasa asing, dia masih mengenal bahasa itu dengan jelas serta memahaminya.

Bahasa Rusia. Bahasa keluarga ayahnya..

Andrea terus kembali ke tempat asalnya. Dia mengeluh. Sekeliling bilik itu dipandang.

Tiada tingkap.

Dinding serta siling adalah simen.

Pintu kayu jati yang dikunci di dari luar.

Mentol lampu yang hanya perlu dihidupkan dengan menarik tali.

Dia pasti orang yang menculiknya ini licik orangnya. Dan dia pasti penculik itu sudah merancang kemas penculikan ini. Bilik ini.. sukar untuk ditembusi.

"Papa.. mama.. atuk.."

Andrea memeluk lututnya. 5 tahun lepas dia diculik dan sekarang, perkara itu berulang kembali. Tak mustahil kali ini ramai nyawa yang akan terlibat sama. Malah lebih teruk.

"Archer.."

Nama itu terlintas di fikirannya. Tak! Mustahil! Lelaki itu sangat melindunginya! Mana mungkin dia sanggup menculiknya!

Tangannya cuba meraba rantai leher pemberian Archer di majlis hari lahirnya tetapi kosong. Rantai lehernya hilang! Dia masih ingat, dia memakai rantai itu sebelum ke majlis! Ada seseorang mengambilnya!

"Jangan hilang. Tolonglah!"

Tangannya cuba meraba subangnya namun sama, kosong! Subang itu pemberian papanya yang mengandungi penjejak! Tak mungkin penculik tahu taktik papa!

"Tenang, Andrea. Kau dah biasa. Tenang. Kita fikir jalannya."

Jarinya menguis gaun merah itu. Cuba memimirkan sesuatu tindakan. Matanya melilau ke arah sekeliling. Tak ada apa melainkan kerusi kayu.

Tiba-tiba matanya terhenti ke arah mentol. Lantas dia berdiri. Mentol terang itu diperhati.

"Mentol.. mentol.. hurm.. ada petunjuk tak agaknya?" Tali itu ditarik dan serta merta bilik itu gelap tanpa cahaya. Sangat gelap sehingga dia sendiri pun takut. Pantas tali itu ditarik kembali.

My Hero, Mr. Bad Boy [C]Where stories live. Discover now