Part 31

2.1K 113 6
                                    

"Kau yakin ke ni, Andrea? Bahaya tau tak."

"Ni sebahagian dari rancangan. Nak tak nak aku kena ikut."

Aku menyikat rambut panjang aku. Pagi ini aku keluar sebagai diri aku yang sebenarnya. Aku dengar pagi ini ada aktiviti tepi pantai. Ada aktiviti menunggang kuda, bola tampar dan sebagainya. Nak mandi manda pon boleh.

Asalkan tak pakai baju menyeksa!

"Tapi aku risau la..."

"Tak apa. Kat sini ramai orang jadi sukar untuk nak mulakan serangan. Lagipun aku tak rasa mereka akan serang aku depan-depan."

Aku membetulkan solekan tipis di muka. Pagi ini aku hanya mengenakan dress putih. Sesuai dengan keadaan tepi pantai.

"Hmm iyalah. Dah itu arahan Andrew, aku ikutkan ajelah. Ni kau nak ikut buat apa-apa aktiviti?"

"Aku nak naik kuda. Teringin hehe."

"Dah tau na naik kuda yang kau pakai dress tu kenapa minah oi? Kau ni memang nak sangat baju kat terselak ke? Biar semua nampak free show?"

"Minah oi aku pakai seluarlah!" Aku segera mengangkat dress aku untuk menunjukkan legging paras bawah lutut aku. Aku dah bersedia dari awal okey!

Ell menjulingkan matanya ke atas. "Dah siap? Jom keluar."

Aku mengenakan topi pantai sebagai pelindung muka aku. Sekarang ni panas tapi tak adalah terik sangat sebab dah nak dekat musim tengkujuh. Nasib keadaan laut okay lagi.

Ceemin mata hitam dipakaikan di mata. "Jom. Aku dah vogue ni."

"Kau nak pakai seluar kau kat kepala pun suka hati. Aku tak kisah."

"Dengki cakap."

Aku melibaskan rambut aku sebelum keluar dari bilik itu. Okay, pagi ni aku jadi Andrea yang vogue!

Aku dan Ell berjalan beriringan menuju ke pantai. Jam baru menginjak pukul 9 jadi cuaca sekarang agak terik. Tapi tak dinafikan sudah ramai tetamu berada di birai pantai.

"Weh! Andrea ada kat sinilah weh!"

"Cantik sia jumpa dia depan-depan!"

"Aku nak bergambar dengan dia! Bukan senang nak berjumpa dengan dia weh!"

Aku berdehem seketika sebelum berjalan dengan tenang. Rasa macam artis pulak bila diorang kata macam tu. Well, memang betul pun aku jarang tonjolkan diri aku di khalayak ramai. Majlis pun, kadang-kadang sahaja aku ikut. Lagipun aku bukannya orang penting. Jadi, aku hanya aktif di media sosial sahaja.

"Kan dah cakap, ramai akan perhatikan kau." Kata Ell ala-ala berbisik.

"Tak apa, abaikan mereka. Fokus kita, tarik perhatian 'tikus-tikus' tu dulu." Aku membetulkan cermin mata hitam aku. Silau.

"Eh Andrea? Aku tak tahu pula kau kat sini."

Aku dan Ell berpaling menghadap suara itu. Ah, Josh. Nampaknya pergerakan aku agak terbatas. Aku hanya membalas pertanyaan Josh itu dengan senyuman.

"Btw Ell, mana Ryana?"

"Kau dah kenapa cari dia?" Ell pandang Josh pelik. Kenapa tiba-tiba sahaja pagi ni Josh cari Ryana?

"Dia terjatuhkan klip rambut dia kat tempat semalam. Nasib aku ingat klip rambut tu milik dia. Dia kat mana?" Tanya Josh sambil menunjukkan klip rambut yang dhiasi dengan manik kecil.

Semalam aku ada pakai klip rambut ke?

"Dia dalam bilik. Demam kena angin sejuk. Biasalah, sensitive sikit jadi macam tu. Pasal klip tu, biar aku pass kat dia. Nanti balik aku bagi. Tak naklah ganggu dia rehat sekarang." Ell mencipta alasan.

My Hero, Mr. Bad Boy [C]Where stories live. Discover now