Aku menarik beg beroda empat aku berwarna merah jambu. Rasanya, semua dah lengkap. Hairdryer, charger, makeup, shoes, dress, baju, toileteries, hmm.. perfect!
"Andrea! Tak siap lagi ke?! Kita dah lewat ni!"
"Kejap!"
Aku segera mencapai bagasi aku serta beg kecil yang mengandungi segala alat kelengkapan utama aku. Selesai menyiapkan sentuhan akhir, aku keluar dari bilik itu.
"Kau ni lama betul bersiap! Nasib baik aku ni sabar orangnya. Dah, jom pergi. Mama dan Andrew dah gerak dulu." Kata Ell. Sabar lah sangat..
Bakar roti pun kau tak boleh tungu..
"Hehe, sorrylah. Aku excited. Nasib baik aku dah makan awal-awal." Kami menggunakan lif. Dengan nak usung bagasi dari tingkat 3 ni kemudian pakai tangga pulak, letih la!
Jari Ell menekan butang 'G'. "Suka hati kau. Asalkan tak ada nanti yang merengek lapar. Lepastu mula lah nak curi makanan aku."
"Alah, apa salahnya kau berkongsi makanan dengan aku. Kau ni ibarat peti ais aku. Segala jenis makanan kau ada."
"Haa memang. Memang aku peti ais semua orang. Nak buat simpan mayat pun boleh."
Aku ketawa kecil. Fakta okay. Setiap kali travel, Ell akan bawa satu beg khas untuk makanan sahaja. Dan dalam bas, dia akan menguyah dan tido. Tak ada kerja lainnya. Dua benda itu sahaja.
Apabila lif tiba di tingkat bawah, kami seiring keluar dari lif.
"Kenapa cik muda tak panggil saya untuk angkat beg? Kan dah menyusahkan cik muda." Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang pembantu rumah. Terkejut aku tiba-tiba mendengar bahasa melayu yang agak pelat itu.
"Lah, tak menyusahkan pun. Beg ni kan ada empat roda. Relax lah. Lif ada."
Beli beg dah serbaguna buat apa nak suruh orang angkat? Beg sendiri, angkat sendirilah. Lainlah kalau kita perlu buat kerja lain atau dah nak cepat sangat masa tu.
"Ish cik muda ni. Ini, saya bekalkan makanan untuk cik muda dan cik Ell. Makanlah ketika dalam perjalanan." Aku menyambut huluran daripada pembantu rumah itu.
"Terima kasih iya buk. Aku jamin makanan kamu ini sedap banget! Makasih ya!" Kata Ell dengan bahasa Indonesia. Amboi, mentang-mentang bibik ni dari Indo.
Bibik itu hanya tersenyum membalas kata-kata Ell.
Nak jadi shy-shy ape pulak ni. Bukannya aku tak tahu yang Ell ni kalau datang sini memang pergi dapur. Katanya best membawang dengan pembantu-pembantu rumah ni. Aku tak tahulah berapa banyak pekerja kat sini dia dah membawang sekali.
"Terima kasih. Nanti kami makan. Saya pergi dulu."
Aku menarik bagasi keluar dari rumah. Kelihatan Matt sudah bersedia bersama dengan kenderaan yang bakal kami naiki. Matt mengambil bagasi aku untuk diletakkan di dalam bonet bersama bagasi Ell. Kami berdua masuk ke dalam kereta.
"Wooho! Aku tak sabar nak enjoy!"
"Kau ni macam tak pernah pergi bercuti."
"Bercuti orang tanggung. Mana tak happy!" Balas Ell dengan riang. Tapi betul apa, makan orang belanja, bercuti orang tanggung, bukankah itu satu kebahagian juga?
Jimat duit!
"Sukahati awaklah cik Elly Brian oi."
Matt memulakan perjalanannya ke sekolah. Kami akan berkumpul disekolah dan diberikan sedikit taklimat sebelum memulakan perjalan. Perjalan dari sekolah ke resort itu memakan masa selama 4 jam menaiki bas dan 1 jam menaiki feri. Kira-kira petang jugaklah sampai tu sebab sekarang pun dah pukul 9.
YOU ARE READING
My Hero, Mr. Bad Boy [C]
Teen FictionDia kasar.. Dia ganas.. Dia misteri.. Aku benci dia! Tapi.. Dia baik.. Dia lembut.. Dia romantik.. Yang paling penting.. dia hero aku.. "By hook or by crook, you'll love me soon, dear. Just prepare your heart and soul and I'll give you everything." ...