Part 27

2.1K 126 3
                                    

Aku merenung siling bilik aku. Tiada apa pun kecuali lampu kecil serta kipas. Nak cuba fokus bilah kipas semasa kipas tu berpusing, kipas tak buka.

"Tapi... aku tak pernah jumpa dia? Adakah dia menipu?"

Comforter ditarik. Sejuk betul. Sekarang ni, kepala aku hanya dipenuhi 'kisah lama' antara pertemuan aku dan Archer.

Jadi, renungan biru yang selalu masuk ke dalam mimpi aku itu adalah Maxwell? Abang Archer? Patutlah mereka mempunyai renungang yang sama...

Ah, entah mengapa aku agak kecewa..

"Wait, tapi waktu aku sedar hanya Nek Nina berada di dalam rumah itu. Tak ada lelaki lain. Atau.. dia tipu aku?"

"Tapi.. macam mana dia tahu Kampung Kelapa Runtuh? Macam mana dia tahu Nek Nina? Tapi.. aku kena selamatkan masa subuh, mungkin aku sampai kat rumah Nek Nina masa pagi. Ha! Kenapa aku pengsan lepas tu? Wait, aku rasa mengantuk masa tu! Ubat tidur? Yes, aku minum air! Tapi, takkanlah dia tahu dia nak selamatkan aku? Macam mana ubat tidur tu boleh ada dalam minuman tu sedangkan dia memandu?"

Argh! Kusutnya!

Aku mengusutkan rambut aku lalu bangun dari tidur. Walaupun jam menginjak angka 3 pagi, aku tidak dapat melelapkam diri.

Macam mana aku boleh tidur selepas tahu siapa yang selamatkan aku 5 tahun lepas? Tambahan pula, adiknya ada kaitan dengan aku?

Adalah penculikan dan penyelamatan aku berkaitan? Bagaimana pula Maxwell boleh meninggal? Adakah ia juga punya kaitan dengan aku? Adakah mereka punyai kaitan dengan segala benda yang berlaku?

Ah, papa dan Andrew! Mereka tahu segalanya! Dari awal hingga akhir, hanya mereka yang kemas memegang rahsia itu!

"Ish! Serabutnya! Ah, aku tak kira! Aku kena tanya juga papa dan Andrew! Kalau mereka tetap berahsia, aku akan selomgkar pejabat papa! Tak kisahla kalau papa nak marah, tapi ini untuk kepentingan aku!"

"Atau.. aku patut bertanya kepada Archer? Nampak seperti dia tahu segalanya. Mungkin dia akan jawab? Kalau aku tanya papa dan Andrew pun, mereka tak akan jawab soalan aku!"

Aku berfikir sejenak. Jap, aku rasa.. aku ada buat sesuatu..

Yas!

Board aku!

"Kat mana eh aku letak? Dah bertahun-bertahun aku tak guna memandangkan aku tak kena apa-apa serangan." Aku menggaru kepalaku. Kat mana eh aku letak board aku?

Kira-kira dah 4 tahun aku tak ambil tahu pasal board tu. Board itu hanya aku sahaja yang tahu.

Board di mana aku menyiasat sendiri hubung kait antara semua ini. Siapa dalang penculikan aku, siapa yang selamatkan aku, siapa yang mengetuai semua ini, siapa yang ada berdendam dengan keluarga aku.. semuanya!

"Aih, mana pulak aku letak ni? Takkanlah dalam stor? Tapi tak pernah pulak aku bawak keluar board tu."

Aku bangun dari katil. Suis lampu aku buka. Biarlah kalau pengawal nampak pun, esok pandai-pandai aku kelentong.

Setiap pelosok bilik aku cari. Dalam laci kecil, dalam laci meja solek, bawah katil, bawah tilam, dalam closet, belakang almari, celah baju.. tapi tak jumpa!

Takkanlah ada orang ambil? Selalunya, maid dan mama aje selalu masuk untuk kemas bilik aku. Nak kata maid, mereka takkan alihkan barang sesuka hati..

Mama!

Takkan mama jumpa? Tapi, aku rasa tempat strategik dah aku sorok! Lagipun, mesti mama aka tanya..

"Ish, mana ni?"

My Hero, Mr. Bad Boy [C]Where stories live. Discover now