18 : Kau Partner Aku

102 10 2
                                    

"Nak pergi mana?"

"Tempat Afiq."

"Kenapa?"

"Nak bincang pasal kerja English tu la."

Aku masih ligat mengemas kotak pensil yang diselerakkan oleh Jaja sebentar tadi. Apa masalah entah perempuan tu.

"Apahal?"

"Hah?"

Aku pandang dia pelik.

"Kau partner aku."

Naufal yang sedang duduk bersahaja buat aku jeling dia.

"Dengar tak Fatiya?"

"Malas nak dengar."

Aku terus duduk sebelah Afiq selepas halau si kekasih Naufal.

Baru sahaja nak mulakan perbincangan, Naufal dah muncul depan mata sekali pakej cekak pinggang.

"Apa?"

Aku jeling dia. Marah la tu aku halau si buah hati.

"Sini."

Dia tarik lengan baju aku suruh berdiri. Apa ek masalah dia?

"Aku sibuk la Naufal. Tak ada masa nak bergurau."

Naufal masih tak lepas lengan baju aku. Ish dia ni kenapa?

"Siapa kata aku bergurau? Kau tu partner aku."

Aku buat muka pelik.

"Bila pulak aku jadi partner kau?"

Naufal tak menjawab, malah dia kemaskan barang-barang aku dan tarik aku balik ke tempat duduk kami.

"Hello?"

"Hello."

Aku geram. Naufal ni kenapa? Aku tanya taknak jawab. Aku hello berjawab pulak.

"Kau gaduh dengan Meera ke?"

Dia geleng kepala.

"Jangan partner dengan orang lain."

Bisikannya buat aku terdiam. Dia terus bangun dan keluar kelas. Meera yang ikut dia keluar kelas, aku pandang malas.

"Wei Naufal tu kenapa?"

Ifa dengan Jaja buat aku kembali ke dunia nyata. Di sebelah mereka ada Afiq. Aku hanya angkat bahu. Naufal pelik.

"Sorry tau Afiq."

"Takpe Ir."

Dia senyum.

•••

Aku pandang jiran sebelah. Takut pulak nak tegur bila nampak muka garang dia. Sah baru lepas bergaduh dengan Meera.

"Sabtu ni kau free tak?"

Naufal pandang aku. Aku hanya mengangguk.

"Nanti aku ambik kau."

"Hah?"

Aku dah angkat kening. Kenapa dia pelik sangat ek harini?

"Mak aku nak jumpa kau."

Aku pandang dia terkejut. Sumpah terkejut.

"Asal pulak?!"

Tanpa sedar aku terjerit. Lah ni semua salah Naufal.

"Chill la sikit Fatiya."

"Kenapa aku? Kenapa bukan Meera?"

Aku masih tak puas hati. Aku pandang Meera yang memang tengah pandang kami dari jauh.

Cemburu la tu. Mana taknya, Naufal sekarang tengah mendagu pandang aku.

"Maksu aku tunang."

Jadi? Sangat tidak menjawab soalan.

"Ish. Aku nak kenalkan kau dekat family aku."

Aku ternganga. Weh! Apa ni!

"Aku bukan girlfriend kau Naufal!"

Naufal hanya senyum. Weh!

Aku terus bangun nak pergi ke tandas. Stress betul layan Naufal.

Sampai saja dekat pintu kelas, Meera yang tengah menghalang jalan pandang aku tajam.

"Tepi sikit."

Meera masih tak berganjak. Lah apa masalah pulak perempuan ni?

Meera tiba-tiba datang mendekati aku. 1, 2, 3 tup!

"Meera!"

"Tia!"

Aku tergamam.

"Wei Tia, kau gila ke?"

Ashraf si kaki tidur pandang aku tajam.

"Meera okey?"

Naufal terus selamatkan si buah hati yang dah selamat jatuh dalam longkang.

"Sakit."

Meera yang tengah kesakitan itu aku pandang. Dia tunjuk kaki dia yang sakit itu pada Naufal.

"Apa masalah kau Tia main tolak anak orang."

Aku pandang Aina. Sekarang aku faham. Meera nak fitnah aku, konon aku yang tolak dia sampai masuk longkang padahal dia sendiri yang langgar badan aku.

"Okay sorry. Aku nak pergi tandas, dia tu yang halang."

Tak sempat diaorang nak balas, aku dah terus berjalan ke tandas.

Meera gila.

Hello CrushWhere stories live. Discover now