Aku bergolek-golek atas katil dengan hati yang tak senang. Bukan pasal kantoi bercinta tapi pasal duit aku.
Aku bagi duit aku dekat tiga orang tadi supaya diaorang tak buka mulut dekat mak ayah. Itu bukan rasuah.
Duit yang berkurangan dalam dompet aku intai dengan hati yang sebal. Dah lah kena tanggung si Ifa.
Tapi nasib baik Ifa ni jenis tak kuat makan macam aku. Dia makan nugget je waktu rehat. Satu nugget harga tiga kupang.
Dan aku pelik aku beli tiga nugget, tapi kenapa abang kantin yang kacak tu tak bagi balik baki satu kupang?
Aku pandang pintu bilik air yang tertutup. Lambat betul minah ni mandi? Dia memang akan mandi awal dari aku. Katanya nak tolong mak mertua siapkan makan tengahari.
Ifa ni dari tingkatan satu lagi dia minat abang aku. Ilham pula sekarang umur 19 tahun. Beza dua tahun dari kami.
Ilham bukan anak sulung. Kami ada kakak atas dia. Kakak aku sekarang dah bertunang. Umur 22 tahun. Akak Fara Isabella. Mak ayah dulu minat dengan kumpulan search agaknya dulu.
"Wei Tia. Aku nak tanya sikit."
Entah bila minah ni keluar pun aku tak tahu.
"Ilham tu single ke apa? Kalau dia dah berpunya, aku rasa aku nak move on."
Eh aku mimpi ke ni? Apa yang telah rasuk minah ni? Sejak bila pandai move on dengan Ilham?
"Aku pun tak tahu dia single ke apa. Kenapa tiba-tiba?"
Aku pandang muka malu-malu Ifa. Dah kenapa pula minah ni?
"Sebenarnya abang kantin tu minta couple dengan aku."
Oh shit. Aku baru nak usya.
"Serius la? Tapi memang betul lah nak move on ni?"
Selepas dia angguk kepala, dia terus kemas barang-barang dia. Apahal pelik sangat minah ni?
"Nak pergi mana pula ni?"
"Aku rasa aku nak balik. Nak otp dengan Haikal."
Memang betul la Ifa ni nak move on. Tapi kenapa ikut aku balik sekali tadi.
•••
Aku pandang makanan atas meja dengan pandangan kosong. Tiba-tiba mood makan hilang. Bukan bermaksud aku rindu Ifa. Eh tak ada maknanya aku nak rindu budak tu. Esok jumpa juga.
"Mak, tak akan tak boleh Tia pakai telefon Tia kejap?"
Aku pandang mak di hadapan. Aku lupa yang aku tak balas mesej Afiq. Mak pula masih berkeras tak nak bagi telefon aku. Hilang mood nak makan. Eh tak lah tipu je, tadi aku dah balun tiga pinggan. Sedap do mak masak.
"Ish kau ni diam boleh tak?"
Aku jeling Ilham yang sedang sibuk melahap makanan dah macam berapa hari tak makan.
"Am, nak telefon kau kejap."
"Mak tak kasi kau main telefon kan? Tak payah gedik-gedik nak main telefon."
Aku pandang dia tajam. Dah kedekut tu cakap je la. Ni nak beralasan bagai.
"Mak tak tahu. Cepat la."
"Mak! Tia nak pakai telefon ni, boleh ke?"
Bangang punya abang.
Aku benci kau setan!
Argh!"Jangan nak mengada Fatiya. SPM tahun ni."
Ni nak mogok tak nak cakap satu jam ni. Tak dapat chat Afiq! Huwaaa!
YOU ARE READING
Hello Crush
Humor"Dasar perampas!" Perkataan yang paling seorang Fatiya Irdina nak dengar dari mulut si kekasih crushnya. Tapi si crush sikit pun tak kasi dia peluang untuk mengorat, setia sangat dekat si buah hati. Ceh! "Kau tunggu, aku akan buat kau jatuh cinta de...