Ery di meja sebelah aku pandang geram. Dia ni kalau sehari tak sibuk hal aku memang tak boleh ke?
"Memang berjodoh kita ni agaknya Tia."
Aku jeling dia lagi. Nak cakap pasal jodoh konon. Tu sebelah tu awek yang mana pulak?
"Tak payah layan Tia."
Jaja yang sedang menyuap nasi sempat memberi pesanan. Memang tak kuasa nak layan pun.
Nasi gepuk Kak Limah ni memang agak laris sebab dia jual depan sekolah. Siap buka warung lagi tu. Sedap pun sedap.
Memang ramai la pelanggan dia ni. Makan pun ramai, bungkus pun ramai. Alhamdulillah rezeki dia.
"Awak memang suka makan nasi gepuk ke?"
Afiq yang tengah kepedasan tu aku pandang. Kesian. Tak tahan pedas rupanya.
"Haah sejak dia mula sekolah sini lagi."
Ilham dihujung meja aku jeling. Sibuk.
Ya, adik-beradik aku semua ada tengah makan nasi gepuk sekarang, kecuali Kak Fara la.
Macam mana nak balik kalau diaorang tinggalkan aku.
Aku terus bangun nak basuh tangan. Karang kering pulak tangan ni.
"Memang tak boleh berpisah dengan Afiq tu ke?"
Naufal yang tiba-tiba muncul sebelah hampir buat aku menjerit. Dari mana entah datang.
"Apa kau ni? Tepi sikit."
"Fatiya."
Dia yang setia mengikuti aku itu aku jeling sekejap.
"Apa lagi Naufal?"
Aku menjawab malas.
"Kau bercinta dengan Afiq ke?"
Malas aku nak layan soalan dia.
•••
"Bila mak boleh ambil balik telefon tu Tia?"
Aku sengih. Mak dah bagi balik telefon aku minggu lepas sebab akhir-akhir ni ramai cikgu bagi rujukan online.
Nak tak nak, mak kena pulangkan balik telefon. Lagi-lagi ramai cikgu buat group whatsapp. Senang untuk mereka beri tugasan.
"Tia, kawan kau datang."
Ilham yang baru pulang bermain badminton aku pandang. Siapa pulak yang datang waktu macam ni.
Aku terus intai manusia yang datang waktu malam yakni waktu berehat.
"Kenapa?"
Aku peluk tubuh sambil pandang dia di hadapan.
"Nah."
Hulurannya aku sambut.
"Ganti coklat tadi. Aku balik dulu."
Aku cuba tahan senyum. Naufal, Naufal.
•••
Sejak-sejak Jaja dengan Farisy dah bercinta ni, Jaja dengan Ifa dah jarang-jarang datang sini.
Malu katanya. Ifa tu memang la tak malu tapi dah dipaksa Jaja, ikut je la kawan tu.
Tapi tiap-tiap pagi Sabtu memang wajib keluar jogging!
"Memang tak boleh kawal ke muka mengantuk kau tu?"
Ifa tegur aku. Aku terus tumbuk perlahan perut dia, sibuk.
Nak mengata aku la tu.
"Fatiya."
Aktiviti regangan aku terhenti dengar satu suara. Macam kenal.
"Naufal?"
Naufal ni memang jodoh aku ke macam mana?
"Betul la kau Fatiya. Ingatkan kau ada kembar."
Ni mesti nak mengutuk aku.
"La Naufal ke ni? Jarang-jarang ya nampak kau pagi-pagi ni."
Aku senyum sinis. Sebelum dia mulakan kutukan, baik aku mula dulu.
Naufal jeling aku. Dah mengaku kalah ke member?
Aku tahan geram melihat diaorang bertiga pergi tinggalkan aku dengan Naufal berduaan.
Farisy tu nampak sangat terpaksa mukanya. Dia kan sayang aku tapi bila dah dipaksa kekasih hati, tak akan nak cakap tidak.
Fuh sabar Tia. Balik nanti kau sembur la diaorang puas puas.
"Kau dah kenapa Fatiya?"
"Meera mana? Selalu berkepit macam tak ada hari esok."
Aku ubah topik. Yela macam pelik pulak Meera tu tak ada.
"Cemburu?"
Dia senyum sinis. Aku dah terkebil-kebil tengok perubahan watak dia.
Sejak bila dia pandai macam ni?
YOU ARE READING
Hello Crush
Humor"Dasar perampas!" Perkataan yang paling seorang Fatiya Irdina nak dengar dari mulut si kekasih crushnya. Tapi si crush sikit pun tak kasi dia peluang untuk mengorat, setia sangat dekat si buah hati. Ceh! "Kau tunggu, aku akan buat kau jatuh cinta de...