Kata-kata Naufal petang tadi masih terngiang-ngiang. Tanpa sedar, aku tersenyum.
"Kau kenapa?"
Ilham yang baru sahaja duduk aku pandang sambil tersenyum.
"Tak ada apa."
Aku masih tersenyum.
"Macam angau."
Ilham baling bantal dekat aku.
"Memang angau pun."
Ilya menyampuk.
"Buat jela homework kau tu."
Aku campak bantal yang dibaling Ilham tadi ke Ilya. Telefon yang berdering aku pandang. Aku senyum lagi.
Aku terus angkat panggilan itu selepas berlari masuk bilik.
"Buat apa tu?"
Suara macho itu buat aku makin tersenyum.
"Tak ada buat apa. Kenapa call?"
"Free ke esok?"
Aku berfikir kejap.
"Free je. Kenapa?"
"Aku ingat nak tengok wayang. Lama tak tengok."
Oh. Jadi?
"Jom Fatiya."
Eh?
"Kau ajak aku ke ni?"
"Kau nak tengok wayang dengan aku tak?"
Senyuman aku terukir semula. Fuh.
"Meera?"
"Aku ajak kau Fatiya."
Makin melebar senyuman aku. Tapi-
"Aku serba salah la Naufal."
Tapi dia tetap boyfriend orang.
"Esok pukul 10 pagi aku datang jemput kau."
Lepas dia kata begitu dia terus matikan panggilan.
•••
"Naufal."
Dia pandang aku sekejap sebelum fokus kembali pada pemanduannya.
"Kau gaduh dengan Meera ke?" sambung aku lagi.
"Tak. Aku okay je dengan dia."
Terangkat kening aku. Kalau okay, kenapa nak tengok wayang dengan aku? Malas pulak aku nak masuk campur.
Whatsapp yang baru masuk itu menarik minat aku.
Tia kan? Ni I Adha. Cousin Ipal
Dari mana Adha dapat nombor aku? Tangan ligat membina ayat.
Yes saya Tia. Boleh Tia tau Adha dapat nombor ni dari mana?
Nombor Adha itu aku save.
I terdengar masa Tia bagi nombor dekat makngah. Sorry ya btw hi Tia
Aku mengangguk faham. Tapi agak tak sopan juga cara dia ni.
Hi Adha
Aku pandang Naufal di sebelah. Agak agak dia tau tak sepupu dia ni tengah chat aku.
Tia busy ke? Sorry ya kalau I ganggu cuti Tia
Aku senyum memandang chat Adha itu. Kelakar!
No laa, Adha tak ganggu Tia pun
"Busy nampak. Chat Afiq ke? Ke sibuk chat Ery?"
Naufal di sebelah menegur. Aku pandang dia sebelum pandang kiri kanan. Oh dah sampai.
"Adha."
"Hah?"
"Aku chat Adha."
Aku terus keluar dari kereta. Naufal juga turut keluar dan kami mula memasuki Aeon. Tiket pukul 12.30, sekarang baru 10.30 masih awal.
"Kenapa chat dia? Jap mana dapat nombor dia?"
"Rahsia."
Aku terus lari tinggalkan dia. Dia yang memanggil nama aku buat aku ketawa kecil.
•••
Aku dengan Naufal saling berpandangan. Dia angkat kening sambil buat muka berlagak.
"Kau rasa kau boleh kalahkan aku ke?"
High scorenya aku pandang. Sungguh aku pantang dicabar. Aku terus masukkan token dan mula membaling bola dengan pantas.
Setakat 55 point tu celah gigi aku je!
Naufal di sebelah dah buat muka terkejut bila dia pandang skor aku.
"Kau biar betul Fatiya?"
"Tu la lain kali jangan cabar aku."
Aku angkat kening sambil berpeluk tubuh. Dan Naufal tiba-tiba mula mengambil gambar aku.
"Naufal! Kau buat apa ni?!"
Geram!
Dia masih dengan aktiviti bergambarnya. Ada yang gambar berdua, gambar aku sorang, video aku pun ada!
"Jom makan. Lapar."
Aku hanya mengikuti Naufal sebab dia yang kena belanja. Dia yang bertaruh, dia yang kalah.
Noob betul.
YOU ARE READING
Hello Crush
Humor"Dasar perampas!" Perkataan yang paling seorang Fatiya Irdina nak dengar dari mulut si kekasih crushnya. Tapi si crush sikit pun tak kasi dia peluang untuk mengorat, setia sangat dekat si buah hati. Ceh! "Kau tunggu, aku akan buat kau jatuh cinta de...