Aku pandang Naufal tajam. Sejak bila pulak dia ni pandai sibuk hal aku.
"Bagi la sini Naufal. Dia kasi aku bukannya kau."
Hadiah pemberian Afiq itu aku cuba ambil dari Naufal.
"Tak boleh."
Disebabkan geram, aku terus sepak kaki dia bawah meja. Sempat la jugak dia mendesis.
"Tia, kau dah siap ke kerja Cikgu Zulaikha tu?"
Ifa menjenguk aku di belakang. Nak tiru la tu.
"Belanja aku nasi gepuk Kak Limah nanti."
"Boleh bos. Meh sini aku nak tiru. Cepat cepat takda masa dah ni."
Lepas je kasi buku dekat Ifa, aku pandang Naufal balik.
Dia ni makin lama makin kacak la aduh.
"Kau suka coklat ke?"
Aku bisukan mulut. Tak kuasa nak layan.
"Oi!"
Dia menyiku-nyiku aku. Aku hanya mengangguk malas.
Ferrero Rocher pemberian Afiq tadi Naufal telan. Panas je aku tengok dia ni.
•••
"Tadi saya nampak Naufal makan coklat awak. Awak okey ke?"
Dah agak dah memang akan ada jugak yang nampak adegan tadi.
"Siapa je tak kenal Naufal tu."
Aku jawab malas dan sambung menyuap nasi ayam. Jam tangan aku kerling takut waktu rehat habis.
Sempat lagi ni kalau pergi koperasi ni.
"Afiq, awak masuk kelas dulu, saya nak pergi koperasi kejap."
Afiq hanya mengangguk dan tersenyum manis.
"Ui Tia."
"Apa lagi kau nak Ery?"
Aku teruskan berjalan walaupun diganggu Ery.
Ery yang turut berjalan di sebelah aku jeling.
"Nak pergi mana?"
"Koperasi."
"Nak ikut."
Suka hati kau la. Aku dah tak kuasa nak larang. Makin larang makin menjadi dia ni.
"Milo kotak dua."
Masa pengawas koperasi sedang mengambil pesanan aku, Ery menyempat main kenyit mata dengan salah seorang pelajar.
"Kau memang menggatal tak kira tempat eh?"
Lepas je bayar, aku terus keluar ingin menuju ke kelas.
"Cemburu ke?"
Euw memang tak la aku nak cemburu bagai.
•••
"Pergi kantin dengan orang lain, pergi koperasi dengan orang lain. Masuk kelas dengan orang lain."
Aku dah kerut kening pandang Naufal. Motif bercakap?
"Jadi?"
Naufal pandang aku tajam.
"Boleh tak jangan nak mainkan perasaan orang lain Fatiya. Jangan bagi harapan."
Aku mendesis. Naufal ni dah kenapa?
"Kalau ya pun aku ni bagi harapan dekat diaorang, aku rasa kau tak ada kena mengena pun dengan hal ni."
"Ery dengan Afiq tu kawan aku."
"Sejak bila kau anggap diaorang tu kawan? Sebelum ni mana pernah sebulu."
"Ikut kau la Fatiya. Tapi ingat jangan mainkan perasaan orang."
Lepas je dia kata macam tu, dia terus keluar kelas. Nak merokok la tu. Memang buat hal la Naufal ni. Lagi berapa minit je cikgu nak masuk kelas. Betul-betul buat hal.
Milo kotak yang aku beli tadi, aku suakan satu kepada Afiq. Nak balas balik pemberian coklat mahal dia tadi.
"Jadi ke balik ni makan nasi gepuk?"
Manalah dia dengar khabar ni. Aku rasa Naufal yang dengar perbualan aku dengan Ifa bukannya Afiq.
"Jadi. Jomlah join sekali."
Aku ambil tempat duduk Meera yang entah hilang ke mana. Mungkin mencari si kekasih hati.
"Alang-alang awak ajak ni, apa salahnya kan? Saya pun memang dah lama nak makan nasi gepuk tu."
Aku senyum dengar jawapan Afiq. Comel!
"Minumlah air tu. Nanti cikgu masuk."
"Cikgu tak ada la hari ni. Dia ada mesyuarat."
Aku kerut kening. Afiq ni bukan ketua kelas.
"Tu la, lain kali cuba rajinkan diri pergi galeri sana. Ada senarai cikgu yang tiada untuk waktu tertentu."
Oh okey. Aku tahan malu. Dasar Fatiya pemalas.
YOU ARE READING
Hello Crush
Humor"Dasar perampas!" Perkataan yang paling seorang Fatiya Irdina nak dengar dari mulut si kekasih crushnya. Tapi si crush sikit pun tak kasi dia peluang untuk mengorat, setia sangat dekat si buah hati. Ceh! "Kau tunggu, aku akan buat kau jatuh cinta de...