13 : Amboi Amboi

142 16 1
                                    

"Oi nak pergi mana?"

Ifa yang tarik beg aku buat aku berhenti nak berjalan.

"Korang balik je la dulu. Cakap dekat abang aku, aku balik sendiri."

Ifa dengan Jaja dah buat muka pelik. Ah lantak korang la.

Dari jauh aku dah nampak Afiq senyum sambil melambai arah aku.

Baru je nak melangkah, ada satu tangan tarik baju aku.

"Korang nak apa lagi?"

"Kau tu nak pergi mana? Pagar arah sini."

Aku jeling Naufal yang sibuk tarik beg aku.

"Sibuk la kau."

"Amboi amboi. Dah Fatiya kau nak pergi mana ni? Asal tak ikut Jaja dengan Ifa. Selalu korang ni belangkas kembar tiga."

Lawak sangat la tu?

Lawak jugak la lagi-lagi keluar dari mulut Naufal.

"Hm awak? Tak nak balik ke?"

Ameera yang entah dari mana datang terus ganggu hubungan romantik kami.

Dasar kamu si perampas.

"Eh jom jom."

Terus Naufal buat aku ni macam tak wujud depan mata dia. Patah hati aku.

"Ir? Awak okey tak ni?"

Aku terus toleh pandang Afiq. Tak ada jodoh dengan Naufal, Afiq kan ada. Kacak pulak tu.

Nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan?

"Tak ada apa la. Ni kenapa awak nak jumpa saya ni?"

"Okey sebenarnya..."

•••

Aku abaikan Ilya yang pandang aku pelik. Aku masih golek-golek atas katil ni.

"Ya Allah kau ni kenapa Tia? Rimas la."

Aku sengih-sengih pandang Ilya. Bahagia betul!

"Baru dapat bekal dari Naufal dah angau teruk macam ni? Belum dapat hati lagi."

Sengihan aku terus terhenti. Dasar kau Ilya. Adik durhaka!

"Tia! Kami datang ni. Bukalah pintu!"

Ilya dah buat muka redha bila dengar suara Ifa. Kalau ada Ifa, mesti ada Jaja.

Ilya terus buka pintu dengan muka malas. Nasib kau la adik dapat jiran macam ni.

"Eh Ilya? Kenapa bawak bantal keluar ni?"

"Harini Jumaat."

"Oh lupa. Kitorang tumpang tidur sini ya Ilya."

Aku dah malas nak layan Jaja dengan drama palsunya.

Ilya pun dah faham kalau Jumaat dengan Sabtu budak dua orang ni memang tidur sini.

Kalau diaorang tak tidur, memang pelik!

"Fuh tadi aku ternampak Naufal datang rumah kau. Buat apa tuuu?"

Aku jeling Ifa. Peh mata dia, nampak sesaja!

"Tadi kat kelas, aku saje cakap yang aku macam nak demam kat Afiq. Tak sangka pulak dia yang kasi bubur."

Telinga kuali betul si Naufal ni. Ah tak apa la, asalkan aku bahagia.

"Serius la? Habis Meera tu tau tak?"

"Mana la aku tau. Dia kasi bubur pastu terus blah."

Aku dah peluk bantal busuk aku yang berbau wangi. Heh Ilham la ni pergi campak bantal tu masuk mesin basuh.

Peh nasib tak hancur.

"Sejak bila kau minat Naufal?"

"Entah."

"Afiq macam mana?"

"Entah."

"Dah la Ifa. Baik kau cakap dengan aku ni. Sendu betul aku rasa tengok member aku dah bahagia. Bila la nak ada orang yang tiba-tiba melutut kat aku, cakap 'I love you Jaja. Dah lama saya simpan perasaan ni.' hm."

"Tiber."

Hello CrushWhere stories live. Discover now