Argh malu! Aku malu!
"Jangan tegur aku."
Farisy yang baru hendak buka mulut, tertutup semula mulutnya. Sambil tu, matanya melirik arah Jaja.
Bila terkantoi pandang anak dara orang, mulalah mulutnya bertanyakan soal si kakak.
"Dia bocor kat sekolah. Tak sempat nak bersorak mission completed, dan kena tegur dengan mamat kacak hm."
Aku terus jeling Jaja. Mulut dia sumpah tak boleh bawak bincang.
"Alah bocor je ke? Aku ingat jatuh longkang ke apa."
Aku pandang Farisy persis kucing jantan pandang si musuh.
"Kau boleh la cakap macam tu. Cuba kau kat tempat aku."
"Wei Tia, rileks sikit boleh? Dah lepas kan?"
Aku pandang pulak si Ilham yang tengah memandu.
"Berhenti. Aku nak turun. Aku balik naik grab."
"Wooo Tia, boleh rilek tak?"
Aku pandang Ilya malas. Alah gurau sikit je.
"Macam dia seorang je period."
"Bistu kau pun period jugak ke Farisy?"
Ifa buat muka tak percaya. Jaja dah ketuk kepala Ifa. Waktu macam ni, boleh pulak dia loya buruk.
Kalau aku, aku dah lempang dah si Ifa ni.
•••
Jangan tegur pasal semalam. Jangan tegur pasal semalam. Jangan tegur pasal semalam. Fuhhhhhh.
Lepas je aku tiup kiri kanan, terus aku melangkah masuk.
Baru sahaja aku nak duduk, jiran sebelah dah tegur. Aku cuba kawal air muka.
"Nak kertas."
Aku kerut kening. Semalam dah mintak. Harini pun mintak lagi ke?
"Mintak orang lain."
"Kedekut."
Ah kisah apa aku.
"Naufal, pasal semalam tu-"
"Lek la, rahsia kau selamat kat aku."
Aku pandang dia. Cuba cari point lain.
"Apa kau merepek? Aku cakap pasal semalam yang kau pinjam kertas aku tu. Bila nak pulangkan? Kau pinjam je tau. Kena pulangkan balik."
Naufal dah pandang aku tak percaya.
"Kau ni biar betul? Kedekut kau ni memang lain dari lain."
Aku angkat bahu malas nak menjawab bila nampak Cikgu Amri dah melangkah masuk ke kelas.
"Jangan jadi macam semalam sudah."
Aku jeling si jiran sebelah. Dia aku nampak sedang senyum sinis. Kau ingat kau kacak sangat ke?
Okey memang kacak pun.
•••
"Nah."
Dia campak dua test pad ke meja aku. Dua test pad. Bukan dua helaian test pad.
"Kau kenapa buat muka macam tu?"
Aku masih pandang dua test pad yang ada atas meja tu.
"Tak, aku tak faham."
"Test pad. Kau jugak yang kata, aku pinjam je. Ni aku pulangkan la balik."
Aku terus pandang dia yang tengah duduk bersandar lagak seorang ketua.
"Kenapa sampai dua?"
"Aku pinjam berapa?"
"Memang la kau pinjam dua-"
"Tu aku dah pulangkan balik."
Aku terus geleng kepala bila dia dah cucuk earphone ke telinga. Dah la bawak benda haram ke sekolah. Aku report Cikgu Amri karang.
Baru dua hari pindah dah kena gantung sekolah.
"Oi!"
Aku jeling jiran sebelah. Tak boleh tengok aku senang ke?
"Apa?"
"Kat mana tempat yang pelajar dengan cikgu jarang lalu?"
"Belakang dewan. Siapa je nak lalu situ kan?"
"Kalau cikgu tanya aku, cakap aku pergi tandas sakit perut."
Dia yang tengah simpan semula earphonenya aku pandang pelik sebelum mengangguk. Apa-apa je la budak baru.
•••
"Perut dah okey Naufal?"
Dia hanya menggangguk bila ditanya cikgu.
Aku pandang dia sekilas sebelum pandang ke depan semula.
"Kau cakap apa kat cikgu tadi?"
Aku kerut kening bila terhidu sesuatu.
"Kau isap rokok?"
"Normal la lelaki isap rokok."
"Penggemar rokok ke?"
"Cita-cita jadi polis ke masa kecik-kecik?"
Aku pandang dia sekejap. Baru sahaja nak buka mulut, ada suara lain bersuara.
"Kamu berdua ni dari semalam lagi. Sampai ke hari ni ke nak berkenalan?"
"Cikgu, bukan salah diorang bising tu. Saya yang campak lipas mainan kat diorang."
Aku dengan Naufal serentak pandang Ery. Mana datang pulak lipas mainan?
"Oh kamu ni nak jadi hero ke? Selamatkan si kekasih. Begitu Fahriey?"
Ery pandang aku lantas kenyit mata. Lelaki ni mental betul.
"Peminat kau ke tu?"
"Euw no!"
"Jangan memilih. Karang andartu sampai ke tua."
Banyak bunyi pulak si jiran ni.
YOU ARE READING
Hello Crush
Humor"Dasar perampas!" Perkataan yang paling seorang Fatiya Irdina nak dengar dari mulut si kekasih crushnya. Tapi si crush sikit pun tak kasi dia peluang untuk mengorat, setia sangat dekat si buah hati. Ceh! "Kau tunggu, aku akan buat kau jatuh cinta de...