6 : Singa Jadian

146 20 2
                                    

Aku pandang Farisy. Ni dah kenapa muka sedih macam mati bini?

"Dah kenapa dia tu?"

Aku bisik kat Ilham tanya perihal si adik. Pelik sungguh. Layan lagu jiwang pulak tu.

Er jap Jaja ada buat sesuatu ke kat Farisy ni?

"Mana aku tau."

Aku masih pandang si adik. Jawapan si abang langsung tak membantu.

Ilya yang baru sahaja sampai bersama ayam goreng kegemarannya aku tarik.

"Apa kau ni? Aku nak ambik remote la."

"Farisy tu kenapa?"

Terus dia pandang si bongsu.

"Dia dalam dilema. Ada sorang ni syok kat dia. Tapi tahu je la dia. Cinta mati betul kat Jaja. Perempuan tu sumpah cantik gila. Tu yang dilema."

Aku pandang Farisy.

"Kau pun kuat berdrama! Ha sudah la. Tukar lagu cepat! Aku tak suka lagu jiwang."

Aku terus lempar kusyen ke Farisy.

"Sibuk ah kau Tia."

•••

"Er Naufal."

Dia yang tengah sibuk menyalin jawapan dekat papan putih tu pandang aku sekejap.

"Apa?"

"Pinjam pen boleh? Dakwat habis la."

Dia campak pen dia kat aku.

"Ingat kau tu pinjam. Nanti kena pulangkan balik. Dengan dakwat-dakwat sekali kau pulangkan."

Hotak!

"Apa lagi tu Fatiya? Awak memang suka bersembang ke dalam kelas saya?"

Aku tersengih memandang cikgu garang tu. Nasib mood marah dia tak sampai lagi. Kalau tak habis aku.

"Naufal, pinjam pembaris boleh?"

Aku bisik-bisik mintak pembaris dari dia.

"Kau bawak apa je pergi sekolah?"

Dia campak pembaris ke meja aku. Dah la pembaris besi. Kuat la bunyi dia tu, masha Allah.

Aku curi-curi pandang Cikgu Zamri. Kot la dah berubah jadi singa jadian.

Alhamdulillah bila nampak dia masih dalam keadaan normal.

Aduh.

Aku pandang jiran sebelah yang sibuk menyalin itu.

"Er pinjam pemadam wei. Garisan aku senget la."

"Serius la Fatiya? Meh jap kotak pensil kau."

Dia terus rampas kotak pensil aku.

"Kau bawak pen dengan pensil sebatang je?!"

Kelas yang memang dah sunyi terus jadi makin sunyi.

Tanpa sedar, Cikgu Zamri dah ada depan meja aku dengan Naufal.

Er habis aku!

•••

"Aku tak tau la, kalau aku dengan kau je mesti aku kena sekali. Hari tu kena berdiri dalam kelas. Ni pulak jadi sukarelawan perpustakaan ni."

Naufal yang tengah membebel di sebelah aku jeling.

"Bersyukur la. Sejuk apa kat sini."

Aircond library sejuk dia sungguh mendamaikan.

Sebab tu la bila orang lain buat nilam, aku pergi tidur.

Dia yang tengah sibuk semak pinjaman buku-buku aku pandang sekejap.

"Kau tak merokok pulak hari ni?"

"Aku merokok bila stress je."

Oh begitu.

"Dah okey dengan awek?"

Muka dia terus berubah ceria. Pergh kuat betul penangan si Cantik tu.

"Kau dengan budak kurus tu kenapa eh? Kau pernah reject dia ke macam mana?"

"Siapa? Ery?"

"Ha budak kurus tu la."

Budak kurus kahkahkah. Kau tak tau betapa struggle nya seorang Fahriey pergi gim hari-hari untuk membina badan.

Masih jugak kurus kat mata Naufal kahkahkah.

"Tu ex aku."

"Wah laku jugak kau ni."

Aku campak kamus tebal nakharom tu kat atas meja tanda protes. Tapi tu la malang tidak berbau, boleh pulak terkena tangan dia.

"Sakit sial!"

Er aku garu kepala.

"Wei jari kau dah bengkok!"

Lepas je aku angkat kamus tu dari tangan dia, dia terus jeling aku.

"Mende bengkok?"

Ish nak gurau pun tak boleh. Ye la pergi gurau dengan si Cantik kau tu.

Hello CrushWhere stories live. Discover now