Aku jeling Afiq. Kurang asam betul dia boleh tipu aku. Dia yang tengah ketawa kuat itu aku tendang perlahan kakinya. Geram!
"Dah cukup."
Afiq tersengih tengok aku sambil mengangkat tangannya tanda mengalah.
Dia boleh tipu aku kata ada air liur basi dekat pipi?! Aku pulak pergi percaya gitu je. Kan dah kantoi aku tak mandi.
Harini seperti rutin pagi biasa, aku dengan Afiq berjogging. Jam di tangan aku kerling, 9.30 pagi.
Aku dengan Afiq yang tengah berehat santai di kerusi selepas puas berjogging hanya menikmati keindahan pagi dan melihat orang ramai melakukan aktiviti mereka.
Well sabtu kan.
"Lepas ni ada plan nak buat apa-apa ke?"
Afiq tanya aku lepas lama kami berdiam diri.
"Tak tau la."
Aku mengangkat bahu seraya menggeleng kepala.
"Nak keluar tak?"
Aku pandang dia yang segak bertopi hitam.
"Sekarang pun kita dah keluar."
Afiq ketawa lepas. Satu je nak cakap, kacak! Aku terus buka telefon apabila bunyi notifikasi masuk.
Naufal : Jangan lupa petang nanti
Aku terus tepuk dahi. Nasib dia ingatkan, kalau tak mati aku kena dengar dia membebel.
"Kenapa Ir?"
Aku pandang Afiq di sebelah.
"Sorry tau Afiq. Saya lupa saya ada plan harini."
"Oh kalau macam tu tak apa la. Nanti bila free kita boleh keluar."
Aku balas senyuman ikhlas Afiq. Aku pandang depan semula bila tak tau nak borak apa.
"Fatiya."
Aku pandang Afiq sebelum pandang Naufal yang tiba-tiba muncul. Er hawt teruks Naufal pagi ni.
"Rajin korang keluar sekarang."
Afiq senyum sinis sebelum menjawab soalan Naufal.
"Dia single, aku single. Tak salah pun. Bukannya aku keluar dengan girlfriend kau."
Muka tegang Naufal aku pandang. Naufal pandang aku sekejap.
"Yakin dia single?"
Afiq pula pandang aku bila Naufal tanya macam tu.
•••
"Datang dengan siapa?"
Aku yang baru sahaja sampai terus pandang Naufal yang segak berbaju biru.
"Abang aku."
"Ikut aku jap jumpa umi."
Aku terus setuju. Aku datang sini pun memang niat nak jumpa umi bukan Naufal.
Tapi handsome betul dia petang ni.
"Terima kasih datang Tia."
Aku hanya tayang sengih sambil sambut huluran tangan umi Naufal.
"Umi rindu kau."
Naufal di sebelah menyampuk.
"Fatiya dah makan?"
Aku geleng kepala.
"Dia baru datang umi. Umi sambung la sembang. Ipal teman Fatiya makan."
Lepas je dia kata begitu, dia terus tarik lengan baju aku bawa ke bahagian makanan.
"Amboi Ipal laju je. Girlfriend ke?"
Teguran itu buat langkah kami terhenti. Aku pandang empunya suara, lelaki berbaju kurung. Eh?
Aku pandang Naufal. Siapa pulak lelaki pakai baju kurung ni. Siap panggil Naufal Ipal pulak tu.
"Ayang! Terkejut Ipal."
A- apa? Ayang?! Aku terus pandang Naufal balik. Naufal curang dengan Meera? Curang dengan lelaki. Lelaki pakai baju kurung pulak tu.
"Ayang, kenalkan ni Fatiya. Sayang, ni sepupu saya, Adha."
Mata aku terbuntang.
"Sayang?"
"Sayang?"
Aku dengan Adha serentak bersuara.
"Kenapa? Oh lupa. Ayang, ni girlfriend Ipal, Fatiya."
Aku pandang Naufal. Dia bukan setakat kenalkan aku sebagai kekasih dia dekat mak dia. Dekat sepupu dia pun sama.
"Kitorang gerak dulu. Fatiya lapar."
Dia tarik lengan aku. Aku pandang Adha sekejap sebelum pandang Naufal semula.
"Kau nak makan apa?"
Aku pandang semua makanan depan mata. Sedapnya bau!
"Sayang, nak makan apa?"
Terus aku pandang Naufal tak percaya. Aku pandang sekeliling mana tau ada keluarga dia. Tapi yang ada cuma budak budak yang sibuk bermain lari-lari.
"Nak makan apa Fatiya? Cendol ke laksa? Ke kau nak makan nasi? Ke kau nak semua."
Dia yang sedang tersenyum buat aku pelik. Naufal kenapa?
"Cendol jela."
Naufal terus ambilkan aku cendol dan tarik lengan aku ke arah meja.
"Nah, makan slow-slow."
"Naufal, Meera tak datang?"
Naufal yang ralit bermain telefon menggeleng kepala.
"Aku tak ajak dia."
Aku pandang dia sambil makan cendol. Sedap betul.
"Kenapa?"
"Em?"
Dia terus tutup telefon dan pandang aku dengan mata redupnya. Ya Allah kuatkan la hatiku.
"Kenapa tak ajak dia?"
Aku ulang balik soalan lepas dia em kan aku.
"Sebab aku tak nak dia datang."
Aku hanya mengangguk. Gaduh la tu.
"Aku nak kau yang datang."
"Hah?"
"Aku nak kau."
YOU ARE READING
Hello Crush
فكاهة"Dasar perampas!" Perkataan yang paling seorang Fatiya Irdina nak dengar dari mulut si kekasih crushnya. Tapi si crush sikit pun tak kasi dia peluang untuk mengorat, setia sangat dekat si buah hati. Ceh! "Kau tunggu, aku akan buat kau jatuh cinta de...