4 | Agama Islam

10.1K 776 46
                                    

Tangan laju menekan keyboard di laptop, segala maklumat yang didapati akan membantu negara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tangan laju menekan keyboard di laptop, segala maklumat yang didapati akan membantu negara.

"Kita tak banyak masa Red, cepat." Gesa Kapten Hanif.

Di sini, tiada sesiapa yang mengetahui namanya, hanya Red. Kerana identiti harus dirahsiakan, pihak atasan juga menghormati permintaannya untuk menyembunyikan identiti dirinya.

Try and error, itulah kerja yang disembunyi. Tiada siapa yang tahu pekerjaan rahsianya.

"Sabarlah Kapten, ingat saya ni robot ke?" Marwah mendengus kasar.

Sudahlah dia terpaksa bekerja di bawah unit polis secara sembunyi dan paksaan. Ya, paksaan dari abah dan ibu.

"Kalau perompak tu dapat godam sistem kita, habis kita Red. Cepat!"

***

"Penat?" Soal Hazril sambil menghulurkan sebuah tin minuman.

"Penat lah Ril, tahu kan kerja Awa ni kene guna otak. Esok pagi kene mengajar pula, nak layan perangai budak-budak." Marwah mengeluh, huluran tin minuman dari Hazril diambil.

"Kalau kita dah kahwin, Awa berhenti dari kerja bahaya tu ya? Ril boleh tanggung Awa." Hazril mengambil tempat dan duduk berhadapan dengan Marwah.

Pelajar yang lalu-lalang di University itu hanya mencebik melihat pensyarah handsome mereka duduk bersama seorang gadis.

Marwah membesarkan mata memandang sekumpulan pelajar, terus sahaja pelajar tersebut berlari.

Tahu takut, ada hati nak ushar tunang kita. Mata kembali memandang Hazril dihadapannya.

"Ini kerja Awa Ril, walau Awa tak minat mereka akan tetap paksa Awa buat."

Kalau sahaja Marleeq tidak ajarnya cara menggodam, pasti sekarang hidupnya bahagia menjadi seorang guru tadika.

"Ril faham, tak apa nanti bila Awa dah jadi isteri Ril, Ril akan bagitahu abah dengan ibu. Kalau dorang paksa juga, Ril nangis."

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now