Jaket kalis peluru dipakai, pisau diselitkan ditepi kasut bootnya, beg berisi laptop dicapai. Terlihat semua Pasukan Elit yang terlibat pada malam ini lengkap berpakaian kebal.
"Ingat plan kita, gagal atau nyawa rakyat." Tegas suara Kapten Hanif mengetuai pasukan pada malam ini.
Marwah menarik nafas sebelum dihembus kuat, jujur dia juga berdebar. Lihat sahaja hampir seratus orang Pasukan Elit menyertai mereka malam ini untuk menyerbu gudang utama OH.
Semua mula berkumpul, Salman mengetuai bacaan doa pada serbuan kali ini.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Bismillahilladzi La Yadhurru Ma'asmihi Syai'un fil Ardhi wa Laa fis Sama'i wa Huwas Sami'ul 'Alim."
"Dengan menyebut nama Allah yang bersama nama-Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui."
Selesai membaca sebanyak tujuh kali, pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka mula bergerak menuju destinasi. Marwah dan Aqira naik berasingan dan dijaga rapi oleh dua anggota Elit.
Masing-masing mula memakai earbuds pada telinga. Marwah dan Aqira mula membuka laptop.
"Kau hack bahagian bawah bangunan, aku hack bahagian atas."
Marwah mengangguk mendengar arahan Aqira, tidak lama selepas itu laptop mereka mula mengeluarkan tulisan berwarna hijau sebelum cctv berjaya digodam.
Awa akan cari siapa pembunuh Ril, bisik hati Marwah.
***
"Kenapa kau pakai topeng ni Ayden?" Soal Farhad pelik. Biasanya Ayden pakai topeng kalau ada misi sahaja.
"Affendi call katanya nak bantuan aku, jadi aku anggap ini misi lah."
Farhad mengangguk. Tiba-tiba kolar bajunya ditarik oleh Ayden. Membulat mata Farhad.
"Woi-woi! Kau dah kenapa?"
"Kau dengan Zara ada apa-apa kan?" Terkaku Farhad mendengar soalan Ayden. Mereka kantoi kah?
"Tak payah buat muka terkejut, aku nampak wallpaper dekat handphone Zara je okey." Ayden memandang Farhad sinis sebelum melepaskan cengkaman di kolar baju Farhad.
"Tuan Ran tu dah lama nak Zara, jaga elok-elok lah bro." Sempat Ayden menepuk bahu Farhad beberapa kali sebelum mengikuti kelibat Affendi ke tingkat atas.
Farhad hanya menghantar langkah Ayden, jujur Ayden sahabat yang sangat menyenangkan sepanjang dia berada di dalam OH. Lelaki itu langsung tidak berkira.
"Aku harap kau akan terus hidup Ayden." Senyuman terukir di bibir Farhad, ingin sekali dia menarik Ayden keluar dari OH.
***
Wajah Affendi dipandang, entah hal apa yang memerlukan bantuannya. Kerusi mewah didekati lalu butang blazer dibuka dan punggung dilabuhkan.
Di sini semua ahli harus berpakaian formal, kerana ini gudang utama yang mengumpulkan mereka di bawah Organisasi Hitam. Tempat Tuan Ran bukanlah di sini, lelaki itu berpindah-randah. Muncul bila perlu. Entah berapa banyak tempat Tuan Ran dalam dunia ini.
Affendi melemparkan sampul berwarna coklat kepada Ayden dengan riak wajah dingin. Pantas Ayden mengambil sampul itu lalu dibuka.
"Abdul Malik dan Siti Arwa."
Ayden memandang gambar itu, ya gambar Ustaz Malik dan Puan Arwa sedang senyum, nampak gaya seperti gambar raya kerana mengenakan baju kurung dan baju melayu sama warna.
"Function?" Soal Ayden sambil matanya tajam memandang Affendi.
"Tuan Ran arahkan kau untuk bunuh Malik malam ni juga."
Ayden tersenyum, sinis. Lelaki tu tak faham bahasa, dah cakap nak tarik diri tak bagi pula. Sial punya Ran! Panas betul hati dia tatkala ini.
"Lelaki tu cakap dengan aku, dia bagi last date sampai 1 Syawal. Ini belum 1 Syawal, bebal."
"Jadi, apa masalah? Sebelum ni, kalau aku suruh, kau terus buat. Sekarang apa masalahnya?" Soal Affendi tidak puas hati.
"Aku kata aku tak nak, jadi aku tak nak." Gambar Ustaz Malik dan Puan Arwa dimasukkan semula dalam sampul coklat lalu dilempar ke arah Affendi.
"Kau kenapa Ayden? Kau bukan macam ni, semua yang aku suruh kau kene turut."
"Aku tak nak." Gigi diketap kuat.
"Kau dah jatuh sayang dengan dua orang bodoh tu? Hey, kau sedar tak? Kau tu pembunuh Ayden, beratus nyawa kau ambil macam malaikat, layak ke kau nak duduk dengan dia orang? Sedar tempat kau Ayden, sedar misi kita apa. Hanya dapatkan cip dan bunuh Malik." Hasutan Affendi sikit pun tidak membuat dirinya terhasut.
"Aku tak nak."
Affendi sudah mula berdiri, diseluk poket seluar lalu handphone dicapai. Nombor Xen dicari. Kalau Ayden tak mahu tak apa, Xen dan Zara ada untuk lakukan semua itu.
"Xen, bunuh Malik malam ni atas arahan Tuan Ran." Terus talian diputuskan.
Membulat mata Ayden mendengar kata-kata Affendi, terus tubuh Affendi didekati dan tumbukan dilayangkan.
"Kau ni siallah Affendi!" Affendi pula mengambil peluang menumbuk wajah Ayden.
"Kau lagi sial! Kau tak tahu ke Tuan Ran akan marahkan aku kalau Malik tak dibunuh malam ni! Kau sial Ayden! Kau belot!"
Tubuh Affendi ditolak ke lantai, lalu tubuh Affendi ditindih, tumbukan bertalu-talu diberikan bersama tengkingan.
"Aku sial?! Korang semua yang sial! Memang aku belot, ada masalah ke sial?! Pergi mampuslah!" Tekak Affendi dicengkam kuat.
Pernafasan Affendi mula tidak sekata, wajahnya mula membiru. Ayden semakin menggila mencengkam leher Affendi.
"Kau bodoh ke?!" Muncul Farhad dan terus menolak Ayden namun sia-sia kerana Ayden mengeraskan tubuhnya.
"Biar aku bunuh jantan sial ni Had!" Cengkaman di leher Affendi masih tidak terlepas.
"Kita diserang pihak polis Ayden, berhentilah bodoh!"
Sebaik sahaja mendengar perkatan polis keluar dari mulut Farhad, terus cengkaman di leher Affendi dilepaskan.
"Uhuk! Uhuk!" Affendi mula mencari nafas, Farhad sempat menghulurkan sebotol air mineral kepada Affendi.
Ayden pantas berlari ke hadapan pintu, di fikirannya hanya pulang untuk memberhentikan Xen dan selamatkan Ustaz Malik. Sebaik sahaja pintu dibuka, sepucuk pistol tepat-tepat hinggap di dahinya.
"Jangan bergerak!" Tegas suara Jean.
YOU ARE READING
Thriller : Wais Ayden ✓
Mystery / ThrillerSeries 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang bl...