Series 1
Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya.
Dia bukan sesiapa,
Dia tiada agama,
Dia dahagakan manusia,
Untuk jatuh ke tangannya.
***
"Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar.
Butang bl...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Kamu kemana semalam Wais?" Soalan Ustaz Malik dibiarkan sepi tanpa jawapan.
"Wais?"
"Saya tertidur." Jawapan Ayden membuatkan Ustaz Malik mengangguk.
Fikiran Ayden masih memikirkan tentang semalam. Apa dia mula percaya sedikit demi sedikit tentang Tuhan. Dia Wais Ayden percaya akan kewujudan Tuhan? Kelakar.
Tapi, Ya. Kini dia percaya.
"Berbual apa lagi tu? Dah nak buka puasa dah ni." Tegur Puan Arwa sambil mendekati mereka.
Lemang yang sudah siap dibakar, dibawa masuk ke dalam rumah. Sengaja Ayden membiarkan Ustaz Malik dan Puan Arwa berbual mesra.
Jalannya terhenti apabila Marwah berada dihadapannya.
"Boleh tepi tak?" Halau Marwah.
"Aik? Aku yang lalu dulu, kau lah tepi. Tak pun ada baiknya kau tolong aku bawa lemang ni, nah." Lemang kini beralih tangan.
Marwah yang tidak bersedia kalut-kalut memegang lemang itu. Mata memandang Wais, lalu jelingan diberikan. Terus tubuh Marwah hilang ke dapur.
"Marwah marwah. Kalau kau tahu itu aku, apa agaknya kau rasa?" Bisiknya sendiri.
Gelak tawa Ustaz Malik dan Puan Arwa menyapa gegendang telinganya. Bahagia, dia seolah punya keluarga yang bahagia.
Walaupun hakikatnya tidak.
***
Malam itu mereka keluar bersama ke pasar malam selepas sahaja selesai solat isyak.
"Tahun ni tema apa abah?" Soal Marwah teruja.
"Kita pakai warna merah nak?" Cadang Puan Arwa.
Ayden hanya diam mendengar perbualan keluarga itu. Dia? Hanya diam mendengar. Sedar diri bahawa dia hanya menumpang di dalam keluarga itu.
"Wais, tak nak turun ke?" Soal Ustaz Malik yang sedang mencabut kunci kereta.
Ayden segera mengangguk, kenapalah dia boleh terleka. Pintu dibuka lalu pasar malam yang dilihat meriah itu dituju. Ini lah pasar malam yang dia tinggalkan Marwah semalam.
Malam ini malam raya, jadi memang sesak pasar malam. Ayden hanya mengikuti langkah Puan Arwa, Ustaz Malik dan Marwah.
"Abah, sini bah!" Baju melayu yang tergantung diambil oleh Puan Arwa lalu dipadankan ke tubuh Ustaz Malik.
"Wais, awak pakai saiz apa?" Soal Marwah yang sedang membelek baju melayu.
"Saiz L."
"Besarnya. Tu lah makan banyak, kan dah gemuk." Kutuk Marwah depan-depan.
Takbir raya yang bergema menandakan harini 1 Syawal. Hari perayaan buat umat islam. Hari umat islam bersuka ria.
Ayden tersenyum memandang baju melayunya. Sudah siap digosok oleh Marwah semalam. Senyuman terukir di bibir seketika sebelum tuala pantas dicapai.
Niat mandi raya sudah di ajar oleh Ustaz Malik semalam. Pagi ini dia rasa segar malah semangat. Kali terakhir menyambut hari raya ketika umurnya lima tahun.
Sewaktu ibu dan ayahnya masih hidup.
Selesai sahaja mandi, baju melayu terus disarungkan ke tubuh. Rambut yang sudah di lap dengan tuala, disikat. Songkok dipakai kemas.
"Selamat hari raya ibu, ayah." Ucapnya sendirian.
"Wais akan cuba jadi hebat."
"Hebat macam ibu dan ayah."
Cermin dihadapan jelas memantulkan raut wajahnya. Ayden tersenyum lebar namun tidak lama. Senyuman mula pudar. Mutiara jernih yang di tahan gugur mengalir di pipinya.
"Tsk..tsk.." Esakannya terkeluar sekali lagi.
"Wais rindu ibu.. ayah.."
"Wais tak hebat."
"Wais jahat."
Suara si ibu menjerit memanggil si anak. Si ayah pula sibuk memasangpelita.
"Wais! Jangan lari nanti jatuh!" Laung Puan Yasmeen.
"Wais hebat ibu, jangan risau!" Kanak-kanak lelaki itu berlari riang.
Yasir hanya tersenyum, teruja betul anaknya nak main bunga api. Sebatang bunga api diberi kepada Wais.
"Sini ayah tolong."
Sebaik sahaja bunga api itu mula menyala. Wais berlari dengan girang kehulur-hilir. Yasmeen hanya menggelengkan kepala, bertuah punya anak.
"Anak awak la tu."
Yasir membulatkan mata. Dia pula yang kena. Bahu Yasmeen ditarik lalu dipeluk.
"Anak kita. Wais Ayden yang hebat." Yasir memandang isterinya. Begitu juga Yasmeen memandang suaminya.
Mereka yakin suatu hari nanti Wais akan membesar dengan hebat.