Series 1
Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya.
Dia bukan sesiapa,
Dia tiada agama,
Dia dahagakan manusia,
Untuk jatuh ke tangannya.
***
"Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar.
Butang bl...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Selamat hari raya abah. Marwah minta maaf kalau ada buat abah sendu ke sentap." Seloroh Marwah lalu tergelak.
"Amboi!" Ustaz Malik membuat muka geram.
"Abah halal makan minum Marwah tau. Tak boleh simpan-simpan, tak baik." Jari telunjuk di goyang kanan dan kiri.
"Nak minta maaf ke nak ceramah ni? Cepatlah, aku lapar ni.. " Rungut Ayden yang berada dibelakang Marwah.
"Sibuklah!"
"Abah maafkan Marwah ya? Segala salah silap Marwah dari besar, sekarang dan akan datang. Marwah sayang abah." Tubuhnya di tarik ke pelukan abah.
"Abah maafkan semua. Selamat hari raya juga anak abah. Abah pun sayang Marwah." Belakang badan Marwah diusap.
Pelukan dilepaskan. Ustaz Malik hanya memandang Marwah tanda apa. Anak daranya memuncungkan mulut ke arah duit raya yang berada di poket baju melayu.
"Laju aja ya?" Satu sampul di beri. Tersenyum Marwah sebelum beralih ke arah Puan Arwa.
Tangan Puan Arwa dicapai.
"Ibu tersayang. Marwah minta maaf dan Marwah sayang sangat dekat ibu. Jadi ibu maafkanlah Marwah dan beri Marwah duit raya."
"Eh, ini tak ikhlas anakku." Puan Arwa menggeleng sambil menayangkan wajah bongkak.
"Cis! Beraninya si ibu tidak mahu memaafkan si anak."
Ustaz Malik hanya menggeleng. Drama queen mula dah drama seposen di pagi raya.
"Ustaz." Ayden melutut di depan Ustaz Malik.
Tangan Ustaz Malik di pegang lalu di genggam. Wajah memandang Ustaz Malik. Lama rasanya tidak raya dan bermaaf-maafan seperti situasi kini.
"Selamat hari raya Usyaz. Saya minta maaf kalau saya degil. Tak faham bahasa. Banyak mulut, lawan cakap Ustaz. Ustaz ajar saya banyak benda. Dari saya bertatih sampai saya boleh berlari."
Ayden memberhentinya ucapannya seketika. Wajah Ustaz Malik di pandang sekali lagi.
"Saya.. sayang Ustaz macam saya sayang ayah saya. Boleh saya peluk Ustaz macam mana Marwah peluk Ustaz?" Pinta Ayden segan.
Ustaz Malik tersenyum. Terus tubuh Wais di tarik lalu di peluk erat. Dia tidak tahu agenda Wais apa, tetapi dari mata anak ini jelas terlihat rasa sarat yang di tanggung.
"Ustaz maafkan. Wais tak ada salah pun dengan Ustaz. Ustaz sayang Wais macam anak sendiri. Terus berjuang di jalan yang benar. Ustaz sentiasa ada untuk tolong kamu. Selamat hari raya juga Wais."
Lama pelukan itu, sehingga Malik terasa bahunya basah. Tahulah dia bahawa Wais sedang menangis. Bahu anak teruna itu di tepuk-tepuk.
"Ustaz ada. Dah-dah jangan nangis." Pujuk Malik.
"Cium kaki ibu dulu."
"Tak mau lah Marwah!"
Tak habis-habis lagi drama seposen dua ketul ni. Malik hanya menggelengkan kepala.
***
Riuh rumah Ustaz Malik dan Puan Arwa apabila jiran-jiran mula beraya. Marwah yang tadinya bertudung lilit kini sudah tukar kepada tudung sarung.
"Basuh pinggan ke cik kak?" Ayden menyandarkan tubuh ke dinding. Gelas dicapai lalu bekas air berisi air oren di tolak ke atas.
"Taklah. Tengah memancing. Dahlah besar ikan ni!" Sengaja Marwah menguatkan suara. Betul-betul sindir.
Ayden membawa gelas berisi air oren ke mulutnya lalu di minum sehingga habis.
"Eh dugung!" Marwah sengaja membuat reaksi terkejut apabila wajah Ayden menyapa pandangannya.
"Kurang ajar." Ayden memutarkan mata ke atas. Gelas di cuci sebaik sahaja Marwah beralih ke tepi.
Marwah hanya mencebik. Dalam hati sudah di kutuk-kutuk Wais.