Series 1
Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya.
Dia bukan sesiapa,
Dia tiada agama,
Dia dahagakan manusia,
Untuk jatuh ke tangannya.
***
"Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar.
Butang bl...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Ilusi - iamNEETA ]
Marwah melarikan mata sebaik sahaja mata mereka bertembung. Pengakuan Wais semalam membuatkan dirinya tidak senang.
Dia hanya menganggap Ayden seperti Marleeq. Hanya abang, tidak lebih dari itu dan dia tak suka bila rasa itu membuatkan mereka berdua jadi janggal.
"Aku dengan Ayden nak masuk hutan jap, cari kayu api lagi. Kau orang berdua duduk sini diam-diam. Kalau ada sesuatu yang curiga, jerit je." Pesan Farhad.
"Ceh, ayat yang sama je kau ulang-ulang dari minggu lepas."
Ayden mencebik. Setiap kali mereka masuk hutan, pasti Farhad akan berpesan begitu sampai boleh hafal.
"Ni pesanan untuk beringatlah. Kau tahu apa? Tak ada bini diam sudah." Mata menjeling sahabatnya.
Cemburulah tuh!
"Nanti aku kahwin, kau sabar jelah."
Farhad hanya memberi pandangan mengejek. Tubuh Zara didekati lalui dahi isterinya dicium. Memang rutin dia begitu setiap kali mereka nak masuk hutan.
"Aku dengan Ayden gerak dulu. Sebelum malam, kami balik."
Zara dan Marwah sama-sama mengangguk. Tanpa sedar, tubuh Ayden merapat ke arah Marwah.
"Jaga diri." Lembut suara Ayden.
Marwah hanya memandang tanpa reaksi. Sebaik sahaja tubuh Farhad dan Ayden hilang dari pandangan, Marwah melepaskan keluhan.