38 | Rahsia

6.6K 591 15
                                    

Ayden membuka mata sebaik sahaja terasa kenderaan yang dinaiki berhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayden membuka mata sebaik sahaja terasa kenderaan yang dinaiki berhenti. Farhad yang sedang meregangkan tangan disebelah dipandang.

"Kita kat mana?"

"Petronas. Aku nak rehat jap, tak boleh dah nak terus jalan."

Ayden mengangguk. Kepala dipalingkan ke belakang. Marwah yang sedang mamai dipandang. Kuat sangat ke hentakkan dia sampai Marwah pengsan sampai malam.

"Kita dekat mana ni?" Soal Marwah dibelakang sambil memerhati sekeliling.

"Kelantan." Jawab Zara selamba menghirup kuah meggi cup.

"Ha?!" Terjerit Marwah. Mata wanita itu ralit melihat kiri dan kanan.

"Wais! Awak ni gila ke apa? Abah dan ibu saya baru meninggal! Kita buat apa dekat sini?"

Ayden menarik nafas sebelum dihembus perlahan. Dia harus berterus-terang.

"Keluar, aku terang semua dekat luar."

Marwah cepat-cepat membuka pintu kereta manakala Ayden membuka pintu lambat-lambat. Fikirannya masih memikirkan reaksi Marwah nanti.

"Aku pergi beli maggi cup. Kau nak jenis apa?"

"Apa-apa je." Jawab Marwah. Dalam otaknya macam-macam perkara yang difikir.

Bayangkan pagi tadi mereka bahagia. Petangnya dikhabarkan berita sedih dan tidak sempat rasa sedih itu hilang, malamnya dia sudah berada di Kelantan.

Apa yang terjadi pun dia tidak tahu. Pening! Memandangkan Wais masih tidak muncul, Marwah mengambil keputusan untuk ke tandas. Muka dicuci, mulut juga dikomor.

"Kau pergi tandas rupanya." Tegur Wais.

"Hmm..." Balas Marwah malas. Huluran maggie cup disambut.

"Duduk dekat tepi ni, aku jelaskan semua dekat kau."

Marwah dan Ayden masing-masing melabuhkan punggung. Maggie yang panas ditiup terlebih dahulu sebelum makan.

"Aku Wais Ayden. Aku bukan penternak lembu yang macam kau dan arwah sangkakan."

Marwah masih diam menerima. Itu tidak menjadi isu sangat kerana dirinya juga melakukan dua kerja dalam satu masa.

"Aku ada misi. Aku datang jumpa arwah bukan untuk belajar agama. Aku... Aku bukan islam."

Perlahan-lahan dahi Marwah berkerut. Gila! Jadi lelaki di depannya ini beragama apa? Bahkan saat arwah abah dikebumikan, Waislah yang menawarkan diri untuk membantu.

"Jadi, awak kafir?" Marwah menyoal dengan mata tajam memandang Wais.

"Tak, aku bukan kafir. Ibu ayah aku orang islam tapi aku tak percayakan islam. Aku...murtad."

Marwah mula berdiri. Gila. Sangat gila! Jadi selama ini dia solat berimamkan Wais? Dia mendengar Wais mengaji bersama arwah abah, dia mendengar Wais menjadi imam di masjid. Gila!

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now