43 | Rakit

6.2K 632 64
                                    

Seminggu mereka di dalam hutan ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seminggu mereka di dalam hutan ini. Makan makanan yang sama, menghadap muka yang sama. Ayden dan Farhad yang tidak berbaju dipandang sekilas.

"Hari ini kami akan mempersembahkan model rakit kami!" Beritahu Farhad bangga.

Ya, disebabkan bosan yang melanda. Mereka adakan pertandingan membina rakit. Jurinya pula Marwah dan Zara.

"Mempersilakan peserta pertama, Farhad Umar! Bersama rakit buatannya."

Farhad menolak hidung sendiri menggunakan ibu jari. Wajah riaknya tidak usah dikata. Sempat lelaki itu berjalan dengan gaya model sambil mengheret rakitnya ke arah sungai.

"Wife tolong bagi markah extra okey?" Mata sempat dikenyit ke arah isterinya. Zara pula pantas menekup muka malu.

"Memang kalahlah kau Ayden! Rakit pun buruk!" Kutuk Farhad kuat.

Marwah menongkat dagu memandang Farhad dan Ayden. Sekejap baik, sekejap bergaduh. Siapa yang emosi pun dia tidak tahu.

"Marwah, kau check rakit tu kukuh ke tak." Pinta Zara selaku ketua juri.

Farhad sempat mengalu-alukan tangan ke arah rakitnya.

"Ini rakit FarhadUmarians, diperbuat daripada buluh." Farhad cuba berbasa-basi untuk memperkenalkan rakit miliknya.

"Masalahnya, rakit memang diperbuat daripada buluh." Mendatar Marwah membalas.

Air liur ditelan kelat oleh Farhad. Cis! Ayden dan Zara sudah gelak dibelakang. Apa ke bodohnya rakan dia sorang tu?

"Bodoh simpan Had!" Laung Ayden sambil menekan perut. Kelakar sangat.

"Engkau diamlah!" Balas Farhad.

Tuk!

Membulat mata Farhad apabila rakit buatannya terpatah dua akibat ketukan batu besar oleh Marwah. Wajah Marwah dan rakit dilihat bersilih ganti.

"Ra...kit aku."

"Tak kukuh." Selamba Marwah berkata.

"Tak terlalu berat dan tak terlalu ringan." Komen Marwah lagi.

Mata Farhad pula tidak lepas dari memandang rakitnya yang sudah terbelah dua. Dari pagi dia dan Ayden mencari buluh, namun akhirnya...

"Isk! Isk!" Esak Farhad dan berlari mendapatkan Zara.

"Rakit aku Zara..." Adu Farhad sambil wajah ditekup ke dalam bahu isterinya.

Marwah hanya mengangkat bahu. Ayden pula mengelap air mata akibat terlalu banyak gelak.

"Shuu... Kan nak check husband punya rakit kukuh ke tidak." Pujuk Zara.

"Tapi janganlah bagi patah. Aku cari dengan Ayden dari pagi sampai malam buluh tu semua."

Marwah menghampiri Farhad, muka toya ditayang. Tadi riak bukan main, sekarang menangis bagai nak rak.

"Sorrylah, mana aku tahu. Tengok gaya tadi macam kukuh, rupanya hampeh."

Farhad masih berdiam diri. Hati hensemnya terasa tau! Tubuh Zara masih tidak dilepaskan.

"Hahahahaha!" Gelakan Ayden semakin kuat menarik perhatian semua.

"Bapak buruk doh kau menangis!"

Air mata disapu pantas oleh Farhad. Pelukan dilepaskan.

"Man..mana ada aku nangis!"

"Tch, menangis teresak-esak kata tak menangis." Sinis Marwah.

"Zara... Tengok dua beruk ni."

Zara yang malas layan hanya angguk-anggukkan kepala sahaja. Karang, menangis balik memang pening!

"Kau jangan nak suka sangat Wais, sini bawa rakit kau."

Gulp! Terhenti terus gelakan Ayden. Rakitku, tolonglah kukuh ya? Sempat Ayden menepuk rakitnya sebelum meletakkan di atas permukaan air sungai.

"Rakit berjenama Aydenians."

"Jangan nak tiru nama rakit akulah!" Laung Farhad.

"Pergilah mampos!" Balas Ayden semula.

Sempat Ayden menangkap suara Farhad yang kembali mengadu kepada Zara.

Tuk!

Batu yang dihentak tidak mematahkan rakit milik Ayden. Keluhan lega terlepas.

"Okey kukuh. Buluh pun sesuai. Sekarang cuba naik." Pinta Marwah sambil memandang ke arah Ayden.

"Na...naik?" Pucat wajah Ayden menyoal.

"Haa, naik. Kenalah cuba pula, nak tengok okey ke tidak."

Cuak muka Ayden memandang Marwah. Rakitnya pula dipandang. Dia nak naik rakit ni?

"Tak perlu kot... Kuat dah kan?" Dalih Ayden.

"Ayden takut naik rakit! Dia tak suka terapung atas air!" Jeritan Farhad membuatkan Marwah tersenyum sinis.

"Takut air ke?"

"Mana ada!" Nafi Ayden sambil melarikan mata.

"Kalau tak takut, ha naiklah."

"Sekarang?"

"Ya, sekarang!" Tegas Marwah menyuruh.

Kaki memanjat ke atas rakit, perlahan-lahan dirinya duduk bersila. Untuk 2 minit pertama Ayden masih okey.

Sebaik sahaja Marwah menolaknya sedikit ke tengah sungai, wajah Ayden mula berubah.

"Weyh Marwah! Tarik rakit ni!" Cemas Ayden.

"Hahahahaha!" Kini gelakan Farhad pula kuat.

Ayden menghiraukan gelakan Farhad. Sekarang dia nak turun. Difikirannya bermacam-macam spekulasi.

Bagaimana jika ada buaya?

Anaconda?

"Bye!" Sengaja Marwah mengusik dengan melambai tangan.

"Marwah! Jangan macam ni!"

Tiba-tiba Ayden ternampak benda terapung sedang menghampirinya. Sebaik sahaja warna hijau menghiasi benda terapung tersebut terus Ayden menjerit.

"Buaya! Buaya! Marwah!"

"Had tolong! Zara tolong aku, sumpah tolong!"

***

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now