42 | Emosi

6.3K 607 21
                                    

Isi ikan dicubit sedikit sebelum disuap ke dalam mulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Isi ikan dicubit sedikit sebelum disuap ke dalam mulut. Suasana hutan yang malap dan dingin membuatkan mereka memeluk tubuh.

"Kau bosan ke?" Soal Ayden.

"Taklah, tak bosan. Seronok sangat!" Marwah membalas dengan nada sinis sambil menjeling Wais.

Ada ke patut tanya bosan ke tidak? Tak akanlah lelaki itu tak boleh fikir. Lihat sahaja situasi mereka kini, pukul 12 pagi baru nak jamah makan malam.

Saling memandang antara satu sama lain. Alih-alih muka yang sama sahaja. Perkara yang sangat membosankan!

"Tanya pun emosi." Sampuk Farhad selamba.

Membesar mata Ayden mendengar kata-kata Farhad. Perlahan-lahan wajah Marwah dipandang. Mujur sahaja telinga wanita itu ditutup oleh tudung, jika tidak pasti nampak asap kemarahan yang keluar.

"Kau apa masalah hah?" Marwah memandang Farhad tidak puas hati.

"Tak adalah, dari beberapa hari lepas muka kau macam tu. Senyumlah sikit, kita masih selamat kot." Farhad mengendurkan suara sedikit apabila wajah Marwah sudah bertukar berkerut.

"Senyum? Kau ingat kita ni tengah buat percutian ke apa?"

"Suka hati je nak suruh orang senyum, ingat aku ni tak ada perasaanlah?"

Farhad hanya diam mendengar bebelan Marwah. Suasana kembali sepi. Zara sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk selepas meratah ikan.

Selesai sahaja makan, Marwah mengutip sisa-sisa yang tumpah. Baru  sahaja dia mahu berlalu, kata-kata Farhad membuatkan dirinya terhenti.

"Kau datang bulankan?" Teka Farhad yakin.

Biasanya Zara akan berkelakuan dingin dan kuat marah begini jika isterinya datang bulan. Bibir dicebik, pasti tekaannya betul.

Buk!

Tumbukan padu Marwah singgah tepat di perut Farhad. Terduduk lelaki itu dibuatnya. Zara yang tadinya mengantuk terus segar lalu tubuh suaminya ditarik berdiri dengan segera.

"Husband ni kenapa tanya soalan macam tu? Sensitive!" Marah Zara.

Memang wajar pun Farhad ditumbuk. Dari tadi dia duk kata semua orang emosi.

"Nasib kau dah kahwin, kalau tak memang aku patah-patahkan tulang badan kau." Farhad dijeling sebelum Marwah berlalu ke dalam pondok.

Ayden ketawa kuat sambil memegang perutnya. Wajah Farhad sekarang pucat tak usah dikata selepas ditumbuk.

"Hahahaha! Bodohlah Had!" Gelak Ayden.

"Diamlah." Farhad melepaskan dengusan kasar.

"Tu lah... aku dah kata jangan tanya soalan macam tu, kau degil. Kan dah mendapat sebiji!" Kutuk Ayden sebelum gelakannya semakin kuat.

"Mana aku tahu. Selalu Zara macam tu kot!"

Ayden masih dengan sisa gelaknya. Sempat tubuh Marwah yang berjalan ke arah pondok dipandang sebelum dirinya tersenyum sendiri.

***

"Kau okey ke tidur atas lantai tu?" Soal Zara.

Pondok Ayden hanya ada tilam single. Jadi tak akanlah Marwah nak beri Zara tidur di atas lantai dengan keadaan hamil begitu.

"Okey je." Marwah membalas sambil tangannya merapikan rambut sebelum kepala dibaringkan di atas beg.

Para lelaki pula tidur diluar. Mereka membawa sleeping bag. Semuanya seperti sudah dirancang, hutan ini lengkap dengan keperluan asas.

Pandai Ayden memilih tempat persembunyiannya. Ikhlas Marwah memuji.

"Cantik rantai, berapa harga?" Soal Zara dengan aura mak-mak sebaik sahaja rantai Marwah menyapa pandangannya.

"Ouh rantai ni, arwah abah saya bagi. Harga tak pastilah."

Panggilan antara dia dan Zara turut diubah memandangkan Zara tua 5 tahun darinya.

"First time aku tengok loket rantai berbentuk segiempat macam tu. Unik!" Puji Zara. Mata wanita itu tidak lepas dari memandang rantainya.

Seketika keduanya diam. Zara yang tadi mengantuk tiba-tiba segar.

"Macam mana rasa punya ayah dan ibu?"

Marwah tersentak. Soalan dari Zara membuatkan dirinya kaku.

"Bahagia dan rasa disayangi." Ringkas Marwah membalas.

Mata Marwah memandang Zara yang sedang mengusap perutnya. Masih kempis namun jika ditekap, lekukan ke depan itu sudah ada.

"Aku terfikir, macam mana aku nak jaga bayi ni sedangkan aku tak pernah rasa kasih sayang ibu bapa."

"Macam mana aku nak didik anak ni kalau aku pun tidak dididik oleh orang tua."

Marwah hanya senyap mendengar luahan Zara. Kadangkala kita rasa ujian yang menimpa diri sangatlah perit sehingga kita lupa diluar sana masih ramai manusia yang diuji dengan ujian yang lebih perit.

Kerana itu belajarlah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Tidak kira dari segi apa pun, bersyukurlah.

"Saya harap akak kuat dan tabah. Kita sama-sama anak yatim, tapi walau sesakit mana pun rasa ni percayalah, Allah akan gantikan sesuatu dengan yang lebih baik dan membahagiakan."

"Mungkin bukan sekarang tetapi nanti..."

Zara mengemam bibir dari menangis. Sudah lama dia tidak meluahkan rasa ini. Berjumpa dengan Farhad pun jarang-jarang sekali.

"Bila semuanya sudah berakhir."

Perlahan-lahan mata kedua wanita itu berkedip-kedip sebelum keduanya hanyut dibuai mimpi. Lena dari dunia yang menyakitkan.

"Bila semuanya sudah berakhir."

***

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now