25 | Amarah

6.6K 581 15
                                    

Sebaik sahaja mendapat berita daripada Affendi tentang gudang juga Ustaz Malik, Tuan Ran terus melepaskan amarahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja mendapat berita daripada Affendi tentang gudang juga Ustaz Malik, Tuan Ran terus melepaskan amarahnya.

"Sial!" Jerit lelaki itu kuat.

"Semua sial! Kerja senang pun tak boleh buat ke?!"

Farhad, Tasya dan juga Hazril hanya diam memerhati. Tidak berani bersuara ketika Tuan Ran sedang marah. Jujur, Tuan Ran kelihatan sangat lain bila amarah menguasainya.

Habis barang di atas meja, dilempar ke lantai. Almari ditumbuk kuat sehingga menampakkan lekukan. Frame gambar turut dilempar kasar ke lantai sehingga kacanya pecah berderai.

"Malik harus matilah! Dunia ni aku yang punya!" Jelas urat mula timbul di wajah dan lengan Tuan Ran, begitu juga wajah Tuan Ran yang bertukar merah-kemerahan.

Hampir 30 minit lamanya Tuan Ran menjerit, menengking mereka sebelum mereka diarahkan keluar. Sebaik sahaja pintu bilik Tuan Ran ditutup, Farhad, Tasya dan Hazril melepaskan nafas lega.

Mujurlah mereka masih hidup.

"Kau ada call Ayden?" Soal Hazril kepada Farhad.

Farhad hanya menggeleng, situasi tatkala itu hanya bisu sehinggalah terdengar jeritan lelaki kuat. Siapa lagi kalau bukan Affendi?

Affendi ditahan dan dikurung di bawah tanah, semua atas arahan Tuan Ran. Melihat Tasya dan Hazril sudah masuk ke kamar masing-masing pantas telefon dikeluarkan.

Nombor Zara ditekan, pintu ditutup rapat dan dikunci. Tak lama selepas itu terdengar suara isterinya.

"Assalamualaikum?"

"Waalaikummussalam!" Jawab Zara ceria.

"Kau sihat? Aku dengar semalam Affendi bagitahu kau pengsan. Ada apa-apa jadi ke?" Katil di dekati lalu punggung dihenyak ke atas katil.

"Ouh, semalam tu saja je buat pengsan kalau tak Ustaz Malik sekarang dah arwah. Wife sihat, tapi sebenarnya risau."

Farhad menggigit bibir, rindunya isteri dia. Dengar suara Zara kini pun mampu membuatkan matanya terasa hangat.

"Tak sehat kenapa?" Esakan cuba ditahan.

"Husband, jangan nangis.." Suara Zara di dalam talian turut berubah.

Mulut ditekup kuat, menahan esakan. Dia mahu isteri dia, dia sendiri sudah penat dengan kerja ini, situasi begini yang sentiasa dalam bahaya.

"Jangan menangis Farhad, nanti baby ejek sebab dapat baba cengeng."

Bicara Zara berjaya memberhentikan esakannya, baby? Baba? Perasannya kini bercampur, menangis atau atau tertawa?

"Kau mengandung?" Soalnya teruja.

"Ya."

"Zara.. kita keluar dari Organisasi ini ya? Kita tarik diri dari misi ni ya?" Dia sudah tidak tahan.

"Tak boleh Farhad, kita kena habiskan misi ni. Ingat balik janji kita, demi negara, demi keluarga. Jangan putus asa, wife sayang husband. Jaga diri, jaga solat, assalamualaikum."

"Husband pun sayangkan wife, waalaikummussalam."

Panggilan terputus, Farhad kembali menekup wajahnya pada bantal. Misi ini harus di habiskan dengan cepat, nyawa Zara dan anak mereka dalam bahaya selagi misi ini tidak habis.

Kau sahabat yang baik Ayden, tapi tidak aku.

***

"Kau kemana semalam?" Soal Salman tidak sabar-sabar sebaik sahaja melihat wajah Marwah muncul.

"Bagilah Red duduk dulu." Halang Hilman.

Marwah memasuki ruangan pejabat mereka, kerusi dihampiri. Jujur saat melihat wajah Kapten Hanif, jantungnya bagai nak tercabut.

"Terangkan pasal semalam Red." Arah Kapten Hanif.

Nafas ditarik lalu dihembus.

"Lelaki bertopeng tu ugut saya. Kalau saya nak tahu siapa arwah Hazril, ikut dia."

Meja dihentak kuat oleh Kapten Hanif. Jelas mata Kapten Hanif kini berapi kemarahan terhadapnya.

"Kita dalam misi Red! Bukan misi main-main. Kau masih sebok dengan arwah tunang kau. Otak kau dekat mana hah?!"

"Aku dah lama tahu tak sabar dengan kau. Boleh tak kau stop fikir pasal arwah tunang kau?! Dia tu dah matilah!" Tengking Kapten Hanif kuat.

Marwah tersentak, wajah Kapten Hanif dipandang. Dia salah? Reaksi gementarnya bertukar, senyuman sinis diberikan.

"Kapten yang cakap nak bantu saya. Waktu tu saya dibuang kerja. Kapten yang cari saya, Kapten yang janji nak cari pembunuh Hazril tapi mana?!"

Salman, Zeera dan Hilman hanya memerhati, tidak berani untuk masuk campur. Lebih-lebih lagi situasi kini amatlah tegang.

"Kau boleh terima kenyataan tak, tunang kau Hazril tu dah mati!"

Hanif tahu bicaranya kasar. Tetapi, tidak serikkah Red? Jikalau Red menahan lelaki bertopeng semalam, pasti mereka dapat menyoal siasat lelaki itu.

Serangan mereka semalam membawa kerugian besar. Pasukan Elit kebanyakkannya tercedera akibat letupan bom.

Red pula dengan senang hati termakan ugutan lelaki bertopeng itu untuk mendapatkan maklumat siapa pembunuh Hazril. Bodoh sangat!

"Ini misi Red. Bukan tempat untuk kau cari siapa pembunuh Hazril." Kapten Hanif terus berlalu keluar.

Marwah mula menekup wajahnya, dia tahu dia salah tapi Kapten Hanif juga yang menjanjikan perihal itu? Zeera mula menenangkan Red.

"Red, sorry semalam aku tak jaga kau." Ucap Salman perlahan.

Mereka tahu Kapten Hanif pasti sangat tertekan kini, berkali-kali mereka cuba menjatuhkan OH tetapi akhirnya mereka yang gagal dan rugi.

***

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now