Marwah memandang langit malam itu yang dipenuhi bintang. Harini dia tidur di luar kerana itu pilihannya. Biarlah Zara dan Farhad tidur bersama, kesian juga seminggu mereka tidur asing.
Ayden pula sudah lelap. Ditengah-tengah mereka meletakkan sebatang pokok tumbang, entah mana Ayden dan Farhad kutip.
Jadi memang Ayden tak akan nampak tubuhnya yang berbalut sleeping bag. Perlahan keluhan dilepaskan.
Ibu...
Abah...
Marwah rindu. Semuanya terlalu cepat, kehilangan kedua ibu bapa. Bertukar status anak yatim piatu. Diculik tanpa sebab.
Mata masih setia memandang bintang-bintang terang di atas. Bunyi air sungai mengalir juga menenangkan.
Hati ini masih sakit. Andai sahaja abangnya masih ada, ingin sekali tubuh itu dipeluk. Sehingga kini Marleeq hilang entah kemana sejak beberapa tahun yang lalu.
"Uhuk!" Bunyi batuk membuatkan Marwah tersentak.
Lupa pula Ayden demam kerana kejadian petang semalam. Ingatkan buaya, rupanya hanya pokok yang tumbang. Takut sampaikan demam.
"Marwah?" Suara serak itu menyapa.
"Apa?"
"Kau tak tidur lagi? Dah malam ni. Uhuk-uhuk."
Bicara Ayden diselangi batuk. Ayden keluar dari sleeping bag lalu cerek diambil. Air dari sungai dicedok sedikit sebelum digantungkan di atas bara kayu api.
Marwah hanya memerhati. Barangkali lelaki itu terlalu sejuk. Terbit rasa kesian. Tubuh Ayden yang sedang duduk di atas batang kayu dihampiri.
"Kau sejuk sangat ke?"
Ayden hanya membalas anggukan dengan wajah pucatnya. Sempat Marwah lihat lelaki itu menggosok tapak tangan sebelum meniupnya.
"Kenapa kau tak tidur lagi?" Soal Ayden pula.
"Tak boleh tidur."
Ayden mengangguk. Seketika cerek yang sudah berbunyi diangkat ke tepi. Dua paket air milo dibancuh.
"Nah." Hulur Ayden. Marwah hanya meyambut.
Pondok milik Ayden memang lengkap dengan barang dapur seperti pinggan, cawan, cerek, kuali dan banyak lagi. Cuma dapur gas, kipas semua tu tak adalah.
"Kenapa kau tak boleh tidur? Kau fikir apa?" Cawan dibawa ke bibir lalu dihirup milo panas itu.
Marwah masih memegang secawan milo panas sambil memandang ke arah sungai.
"Sedih?" Tekaan Ayden membuat Marwah tersentak hebat.
Perlahan wajah wanita itu menunduk. Air milo dikacau-kacau sebelum dihirup.
"Cuma teringatkan arwah abah dan ibu." Beritahu Marwah.
"Aku pun teringatkan mereka. Rindu sangat! Tapi Allah lebih sayang mereka." Mata Ayden turut memandang air sungai.
Suasana dingin malam itu membuatkan keduanya menggosok tapak tangan. Air milo yang tadinya panas, sekejap sahaja menjadi suam.
"Apa reaksi Marleeq jika suatu hari nanti dia pulang dan cari abah dan ibu?"
Terdiam Ayden mendengar soalan Marwah. Ya, Ustaz Malik pernah cerita punca Marleeq dihalau. Nafas dihela lemah.
"Kau tak cari abang kau?"
"Tak jumpa. Aku dah cari lama tapi hampa. Habuk pun tak dapat."
Hacker pastilah pandai menyorokkan diri di mana sahaja. Jadi tak mustahil kalau Marleeq tidak dijumpai oleh Marwah.
"Marwah." Panggil Ayden.
"Kau pernah terfikir untuk ada keluarga?"
"Keluarga? Kan aku dah ada sebelum ni..." Polos balasan Marwah membuatkan Ayden tergelak.
"Bukan keluarga tu maksud aku. Keluarga sendiri, ada suami dan anak."
Marwah terdiam. Kali terakhir dia fikir pasal benda ni sewaktu arwah Hazril masih ada. Semenjak arwah pergi, tak pernah langsung terlintas dikepalanya untuk mencari pengganti.
"Dengan Hazril dahulu, mungkin ya." Marwah membalas ringkas.
Ayden mengangguk tanda mengerti. Wajah Marwah dipandang lama sebelum mata mereka bertembung membuatkan Ayden laju mengalihkan pandangan memandang air sungai.
"Kenapa kau tanya? Dah jumpa seseorang ya?" Usik Marwah.
"Siapa orangnya? Nanti kena kebas, melepas!"
Marwah tergelak kecil. Sedikit sebanyak dia mula selesa semula untuk berbual begini bersama Wais.
"Tak ada yang nak kebas."
"Kenapa pula?"
Kening Marwah berkerut. Confident juga mamat ni.
"Sebab dia dalam hutan."
"Dia tentera darat ke?"
Ayden berdecit apabila Marwah masih tidak faham. Jujur, dia malu sebenarnya kerana perasaan manusia bila-bila masa sahaja boleh berubah.
"Dia dalam hutan dan hanya ada empat orang sahaja."
Marwah mengangguk faham. Seketika wajahnya berubah. Dalam hutan dan hanya ada empat orang sahaja?
Farhad, Zara, Wais dan dia. Perlahan-lahan Marwah mengangkat muka memandang Ayden. Takkanlah Wais suka Zar...
"Bukan isteri orang ya."
Terasa jantung di pam laju. Darah gemuruhnya mula meremangkan seluruh badan.
"Jangan cakap orang tu ak..."
"Ya, kau." Pintas Ayden.
***
Ayden dah maju! Pandai mengayat dah sekarang.
YOU ARE READING
Thriller : Wais Ayden ✓
Mystery / ThrillerSeries 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang bl...