Ayden dan Farhan mula memakai jaket kalis peluru. Semua alatan diletakkan di dalam beg kalis air. Sebentar lagi mereka akan menyelam.
"Pakai ni."
Earbud waterproof diberi kepada Farhad. Lelaki itu pantas memakainya. Sarung tangan hitam tidak lupa dipakai. Zara yang sedang bersandar menggigit buah epal.
"Sedapnya! Tak tahu pun serbuk asam ni boleh makan dengan buah epal juga." Teruja Zara.
"Tu lah, awak tak tahu. Tak apa kejap lagi saya potong buah epal hijau pula."
Farhad hanya memandang isterinya yang sedang seronok menonton movie di laptop milik Fara. Ayden kata wanita itu bisa dipercayai.
"Ada lebih kurang sejam lagi sebelum kita gerak."
Beritahu Ayden. Jaket kalis peluru diejas mengikut bentuk badannya sebelum baju t-shirt berwarna hitam dipakai.
"Zara, jangan makan banyak sangat. Masam, nanti baby sakit lidah." Tegur Farhad.
Fara mengerutkan dahi. Baby sakit lidah? Buat pertama kali dia dengar. Sepanjang jadi doktor tak ada pula dia belajar benda macam tu.
"Bodoh tu simpan. Anak kau tu lidah pun belum ada. Buat malu je Fara tengok."
"Kau diamlah!" Farhad memberi jelingan kepada Ayden sebelum duduk di sebelah Zara. Epal yang sudah dipotong dan diambil lalu digigit.
"Zara, kau dah bagitahu Zeera yang aku dengan Farhad dah nak gerak?"
"Dah. Dia orang akan menyusul 10 minit lepas kau dengan Farhad gerak."
Ayden mengangguk. Hari itu telah tiba, Organisasi Hitam akan hancur. Ayden tersenyum sinis.
"Cukup percayakan aku. Aku akan datang."
Marwah hanya memandang sepi dan mengangguk.
Dia akan datang. Mata ini akan melihat kematian Tuan Ran dengan keadaan yang sama seperti keadaan arwah Ustaz Malik dan Puan Arwa mati.
Mati dijilat api.
Pistol diselit di tepi pinggang. Pisau lipat pula diselit ke dalam stokin. Mata dipejam.
Semua di situ mula menadah tangan sebaik sahaja melihat Ayden menadah tangan. Hari ini, semuanya bakal berakhir dengan izin Allah.
***
"Kita tak tahu gudang di pulau tu macam mana."
"Aku tak boleh jamin kita akan balik dengan keadaan macam mana. Hidup atau mati."
Bicara Kapten Hanif membuatkan mereka semua fokus mendengar. Masing-masing memakai pakaian kebal bersama senjata.
Kali ini, tentera darat Elit dan tentera laut Elit akan ikut sama. Sebaik sahaja berita ini sampai ke pendengaran pihak atasan, mereka setuju untuk membantu dengan meramaikan lagi anggota Elit.
"Kita tak tahu berapa ramai ahli yang mereka ada. TL Elit akan ambil bahagian kepung sekeliling pulau. Pastikan tak ada satu pun ahli mereka yang lari atau terlepas."
"Roger Kapten!"
"TD Elit akan masuk ke dalam, serbu serentak bersama PD dan team Kapten Aiman. PD akan cuba selamatkan Red, yang lain akan cover."
"Roger Kapten!"
Kapten Hanif mengeluh membuang rasa gementar. Mereka tidak mahu gagal. Jadikan ini yang terakhir. Satu persatu wajah anak buahnya dipandang.
"Semua tolong peka dengan arahan. Jangan ada yang leka. Aku tak nak kejadian haritu berulang. Maruah keluarga dalam tangan kita, nyawa rakyat dalam tangan kita."
Semua di situ mula menadah tangan. Salman ketuai bacaan doa kali ini seperti biasa.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Bismillahilladzi La Yadhurru Ma'asmihi Syai'un fil Ardhi wa Laa fis Sama'i wa Huwas Sami'ul 'Alim."
"Dengan menyebut nama Allah yang bersama nama-Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui."
Selesai membaca sebanyak tujuh kali, semua mengaminkan doa. Mereka akan bergerak dengan tiga kenderaan. Semua mula memasuki kenderaan.
Zeera mula membuka laptop, titik hijau yang menyala di pandang. Email dari kakaknya dibalas. Dengan bacaan bismillah, ketiga jenis kenderaan itu mula bergerak.
Organisasi Hitam, kumpulan pembunuh upahan yang menjadi bualan rakyat dan menjadi mimpi ngeri rakyat setiap kali ada kematian ngeri.
Hari ini, mereka akan hancur.
***
Ayden dan Farhad memakai pakaian renang. Gas yang berada di belakang membuatkan pergerakan mereka agak terbatas.
"Kau ready?" Soal Ayden kepada Farhad sambil melemparkan senyuman.
"Apa sahaja untuk kau sahabat."
Dush!
Kedua-dua mula menyelam. Mata ligat memandang sekeliling. Jam tangan Ayden menunjukkan cahaya yang berwarna hijau.
Suara Zara di telinga jelas mengatur renangan mereka. Zara kata kiri, mereka ikut kiri. Zara kata kanan, mereka ikut kanan.
Farhad yang menyelam di sebelahnya dipandang. Buruk betul, macam dugung berenang. Tapi tak apa, cukup baguslah Farhad setia mahu menjalankan misi ini bersamanya.
Keindahan pantai diperhati sejenak. Tidak lama kemudian, dari dasar pulau sudah kelihatan. Ayden cuba mengawal senyuman.
Sempat mereka bertukar pandangan sebelum melajukan lagi renangan. Sudah hampir tiba. Mereka mula berenang ke tepi pulau.
Setelah memastikan tiada yang berkawal di situ, tubuh mula keluar dari air. Gas dan topeng dibuka. Rambut yang basah diraup ke belakang.
"Buruk gila kau berenang." Kutuk Ayden sambil membuka baju renang.
"Macam dugung." Sambung Ayden lagi.
"Diamlah bodoh, ingat senang ke nak berenang? Dah lah gas ni berat macam dosa aku."
Pistol yang berada di dalam beg kalis air dikeluarkan.
"M416 huh?" Ejek Farhad. Tidak lama kemudian, Farhad pula mengeluarkan senjatanya dari beg kalis air.
"Tak payah nak berlagaklah. Setakat Groza, recoil gegar buat apa?"
"Diam kau."
Topeng muka dipakai. Tiba-tiba bunyi dari udara membuatkan Ayden dan Farhad tersentak. Pantas kepala mendongak ke atas.
Helicopter berlogo Td Elit. Dari jauh pula kelihatan kapal berlogo TL Elit. Ayden tersenyum apabila ternampak susuk tubuh Kapten Hanif yang berdiri tegak dihadapan kapal.
"Memang hancurlah OH kali ni." Sinis Farhad.
***
Takut ya nak buat story macam ni. Risau salah information, jadi kalau ada yang nampak salah tu tolong tegur saya.
TL Elit - Tentera Laut Elit
TD Elit - Tentera Darat Elit
PD - Police DetectiveHarap awak semua enjoy!
YOU ARE READING
Thriller : Wais Ayden ✓
Tajemnica / ThrillerSeries 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang bl...