29- Boyfriend

4.6K 158 35
                                    

AIN melepaskan keluhan berat sebelum mengelap wajahnya yang basah menggunakan tuala. Dia yang telah memakai baju tidur besar terus duduk bersila di atas katil.

"Haish."

Dia mendongak dan wajah Syed yang sedang tersenyum lebar dijeling. Syed pula masih lagi berdiri di hadapan Ain sambil memegang sebuah bantal.

"Awak dapat mana bantal tuuuu?", soal Ain dengan geram. Tanpa membuang masa, Syed mengambil tempat di sebelah Ain. Dagu ditongkat dengan kedua-dua lengannya yang berada di atas bantal.

"Dekat ruang tamu.", jawab Syed dan dahi Ain makin berkerut.

"Sejak bila saya letak bant--"

"ARGH!", jerit Ain dengan mata yang membuntang manakala Syed melepaskan tawa kecil.

"Kenapa Sayang makin comel ni,ha?", soal Syed sebelum mengemaskan lagi pelukannya. Ain memincingkan matanya dan tuala ditekapkan pada wajah Syed.

Dia menolak tangan Syed dan terus melangkah jauh dari suaminya itu.

"Erghh. Aku hampir nak peluk dia tadi.", desis hati Ain sehingga pipinya berbahang. Kaki dihentak perlahan dan wajah ditekup dengan tangan.

Syed pula terkebil-kebil setelah mengalihkan tuala dari wajahnya. Badannya dibaringkan seketika kemudian dia mengiring ke arah Ain yang melangkah ke kerusi kayu.

"Boleh....Abang tanya?", tanya Syed dengan berhati-hati dan riak serius ditayangkan. Ain menggetap rahang dan pandangan dialihkan ke arah lain. Perasaan gementar mula menyerang dirinya.

"Kenapa Sayang lari, eah?", soal Syed lagi tanpa mendengar balasan Ain.

Jari Ain yang bermain dengan kuku terhenti. Air liur yang pahit cuba ditelan dan degupan jantungnya mula berdetak laju. Namun begitu, dia masih lagi tidak menjawab pertanyaan itu.

"Kenapa tak minta izin Abang?"

Syed kembali duduk dan wajah Ain dilihat dengan pandangan kosong.

"Kenapa Sayang sekali pun tak fikirkan perasaan Abang?"

Hati Ain berhenti berdegup seketika. Dengan pantas, Ain memandang Syed dengan riak terkejut. Mulutnya terbuka sedikit untuk membalas persoalan Syed namun dia terhenti.

Fikirannya mula terimbas kejadian-kejadian lama. Kemudian, Ain tersenyum lemah dan kepala digelengkan perlahan. Dia menyorokkan tangannya yang digenggam erat.

"M-Maafkan...saya.", gumam Ain dan Syed mengeluh. Permukaan katil ditepuk oleh Syed dan isyarat mata diberikan.

Ain menuju ke Syed dengan hati yang berat. Dalam hatinya, dia ingin menjerit sekuat-kuatnya. Dia ingin membangkang kata-kata Syed tetapi dia amat penat untuk menimbulkan pergaduhan di malam hari.

Dengan perlahan, dia baring ke atas katil bersebelahan Syed. Suaminya itu juga turut berbaring dan tapak tangan kirinya dipegang.

"Abang maafkan Sayang. Lain kali jangan buat Abang risau." , jelas Syed dan dia memeluk badan Ain dengan ketat. Ain hanya mendiamkan diri.

Ain kembali termenung dan belakang tapak tangan Syed diusap perlahan.

"Awak yang lukakan hati saya... Sebab tu saya lari... Saya tak nak hati saya makin hancur. Sebab tu, saya minta awak ceraikan saya.", ujar Ain dan kepalanya digerakkan sedikit untuk mengintai wajah Syed.

Ain menembak bahawa Syed sudah tidur setelah melihat mata Syed yang terpejam erat.

"Perasaan awak? Dah tu, perasaan saya ni macam mana pula? Saya ni patung je ke bagi awak?"

Mata Ain mula bergenang.

"Kenapa awak datang sini? Kenapa tak biarkan saya bersendirian? "

Ain menggenggam cadar katil dengan kuat dan bibir diketap.

" Saya bencikan awak...", bisiknya sebelum memejamkan matanya.

Syed membuka matanya dan dinding kayu dilihat dengan lama. Dia sememangnya telah mendengar luahan Ain itu namun dia tidak mampu membalas apa-apa.

Dia berjanji bahawa mulai saat itu, dia akan mendapatkan hati Ain kembali.














KEESOKANNYA,

Syed termengah-mengah di hadapan Ain yang berada di hadapan pintu utama. Dia terus berlari pantas setelah mendapati bahawa kelibat Ain tiada di sisinya.

Kepalanya yang berpusing-pusing setelah bangun dari tidur dihiraukan. Ain pula terkebil-kebil apabila Syed memegang kedua-dua bahu Ain.

"Sayang pergi mana?!", soal Syed dengan mata yang terbuntang.

"Pergi beli bahan masak...?", balas Ain dengan kening terangkat. Dahi Syed terus berkerut kerana Ain tidak memegang apa-apa langsung.

"Sayang tipu Abang? Sayang tak pegang apa-apa pun.", cebik Syed manakala Ain menggaru kepalanya yang dilapik dengan tudung.

"Aaa....", Ain mengalihkan pandangan apabila Syed menatapnya dengan tajam.  Kemudian, Ain tersengih dan Syed diheret masuk ke dalam rumah.

"Biar saya jelaskan. Macam ni-"

PIN PIN!

Ain terus menggigit bibirnya dan dahi ditampar perlahan. Dahi Syed berkerut apabila mendengar suara lelaki memberi salam di luar rumah.

" Awak jangan cari masalah. Pura-pura tak nampak je.", ujar Ain sebelum melangkah kembali ke arah pintu. Syed pula mendengus namun kaki mengikuti langkah Ain.

"Waalaikumussalam Hafiz.", jawab Ain dan senyuman diberikan. Hafiz mendongak ke atas dan bahan masakan diangkat sambil tersengih.

"Ni haa.", ucap Hafiz.

"Semua ada dah. Lain kali call je Hafiz. Jangan keluar rumah pagi-pagi. Bahaya." ,sambungnya dan senyuman yang lebar terus mati.

Ain pula mengerutkan dahinya dan lengan kanannya yang dipegang oleh seseorang dilihat. Pandangan diangkat.

Syed mengalihkan pandangan dari Ain dan pegangan dieratkan. Rahang diketap menahan geram kerana kemunculan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya cukup mencabar dirinya.

"Siapa...ni?", soal Hafiz dengan riak terkejut sambil melihat Syed dari bawah ke atas.

Rambut serabai,baju yang tidak kemas dan seluar pendek.

Wajah Ain yang memaparkan riak bersalah telah membuat dirinya berasa seperti seorang yang bodoh.

"Suami Ain.", balas Ain.

Riak wajah Hafiz menunjukkan dia betul-betul kecewa manakala Syed tersenyum sinis.

Syed rasa bangga kerana Ain mengenalkannya kepada lelaki itu sebagai seorang suami.

Tiba-tiba, muncul satu mentol yang bercahaya di atas kepala Syed. Dia ingin mengenakan lelaki itu sepuas-puasnya.  Syed berdehem dan riak sedih ditayangkan.

"Sayang...Lelaki ni siapa?", soal Syed dengan innocent. Hafiz menggetap rahangnya dan penumbuk dikepal.

"Ka--", Ain tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana dipotong oleh Hafiz.

"Boyfriend.", Hafiz mewakili diri untuk menjawab.

Mata Syed terbuntang, "HAH?!"

"Aik? Kenapa aku rasa macam aku yang kena tipu ni?", bisik hati Syed.

Bahu Ain tersentak apabila Syed menarik bahunya untuk memandang ke arahnya.

"Sayang? Betul ke? Ni boyfriend Sayang? Eh! Mana boleh! Sayang tu isteri Abang! ", tanya Syed bertubi-tubi dengan nada tak puas hati.

Ain pula semakin bingung kerana perubahan sikap Syed itu. Setahu dirinya, Syed tidak akan bertindak melulu seperti ini.

Dan...

Air mata yang keluar dari mata Syed dilihat dengan mata terbuntang.

"Syed?!"

Syed takkan menangis depan orang lain!

Ni bukan Syed!





Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now