"Eh Ain.Awalnya datang.",tegur Candy yang berada di kaunter Cafe itu.Ain tersengih kekok dan pandangan Syed ke arahnya cuba diabaikan.
"Aaa...",alasan cuba dicari.
"Haa sudah.Takkan aku nak cakap yang aku lari dari suami aku sendiri? Eh.Tapi Akak Candy tak tahu yang aku dah kahwin.Alahai.",desis hatinya.
Tiba-tiba,dia terfikir satu alasan yang boleh dipakai.
"..Ain saje je datang awal.Bosan duduk kat rumah.Lagipun Ain tak tahu nak buat apa.",kepala yang berlapik tudung digaru.
Candy tergelak ."Okey...jarang Akak jumpa orang yang macam ni."
"Hehe.Em..Ain masuk dapur dulu lah ye,Kak.",jari telunjuknya menunding ke arah dapur.
Candy tersenyum manis lalu mengangguk perlahan.Ain terus memusingkan badannya menghadap dapur,mata dipejamkan dan bibir digigit.
"Gosh.Jangan tegur aku,Syed.",gumam Ain sebelum memegang tombol pintu dapur.
"Ain!",panggil Candy membuatkan dia terhenti.Dia terus memusingkan badannya kembali dan keningnya terangkat.
"Sini jap.",senyuman terukir di bibir Candy.Hati Ain terus berdegup pantas namun dia tetap juga melangkah ke arah Candy.
"Y-ya? Kenapa Kak?",dia mengerling sekilas ke arah Syed.
"Eh? Mana Syed?",desis hatinya lagi.Tempat duduk Syed dipandang lama sebelum Candy menegurnya.
"Ni...Tadi ada seorang mamat ni nak jumpa Ain.Tapi Akak cakap lah yang Ain tak masuk kerja lagi.Lepas tu,dia cakap dia nak tunggu.",terang Candy dengan panjang lebar kemudian kepala terjenguk ke hadapan sambil mencari seseorang.
"Aikk.Tadi dia ada kat situ.",tempat duduk Syed ditunjuk.Air liur Ain terus terasa lekat di kerongkong.
"Ke dia dah balik?",kepala Candy senget ke kanan dan bibirnya terjuih.
"Kak."
Mata Candy terus membulat dan senyuman terukir lalu jari telunjuknya menunding ke belakang Ain.
"Tu dia.",kata Candy dan kepala Ain terus terpusing.
Syed tersenyum sinis manakala Ain terkaku.
RAMBUT diraup kasar dan Syed terus memeluk tubuhnya lalu Ain dilihat dengan tajam.Mereka duduk menghadap antara satu sama lain tetapi dihalang oleh meja kayu.
"Aku dah agak.",Syed memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.
Ain cuba untuk berani memandang ke arah Syed tetapi dia tidak dapat menahan debaran apabila mereka berbalas pandangan.Pandangan terus dialihkan lalu jari dimainkan perlahan.
"Aku memang dah tahu yang kau akan lari dari aku.Tapi...",dahi Syed terus berkerut.
"Aku tak sangka yang kau akan minta tolong Muiz walaupun aku dah larang banyak kali.",kepala digelengkan kemudian Syed tergelak sinis.Sanggup Ain mempedulikan larangan dia?
"Ain...kau betul-betul cintakan Muiz?",kening Syed terangkat setelah dia menongkatkan dagunya.
"Aku--"
Tiba-tiba,telefon pintar Ain yang berada di atas meja berbunyi.Percakapan Ain juga terhenti.Nama yang terpapar cukup membuatkan dia kehilangan nafas.
"Muiz...",bisiknya perlahan sebelum dia mengangkat kepalanya untuk melihat reaksi Syed.
Gulp!
Pandangan yang cukup tajam membuatkan dia menggeletar hebat dan telefon pintar yang masih berbunyi itu cuba dicapai.Namun,tangan kanan Syed lebih pantas merampas telefon dia sebelum menjawab panggilan itu.
Matanya terbuntang apabila suara Muiz yang memanggilnya 'Sayang' dapat didengari walhal Syed tidak membuka pembesar suara.Baru sahaja dia hendak merampas kembali,tangannya ditahan oleh Syed dan isyarat diam diberi.
"Ain Sayang.Aku lupa nak pulang baju yang kau tertinggal masa pergi rumah aku tu.",jelas Muiz tetapi Syed sahaja yang dapat mendengarnya manakala dahi Ain berkerut apabila Syed menjelingnya dengan tajam.
Syed tidak membalas.
"Pastu,kau nak suruh aku U-turn balik ke?",tanya Muiz pula dan Syed masih lagi tidak membalas.
"Sayang...?Ain??Baby?Honey?",panggil Muiz bertubi-tubi apabila pertanyaannya tidak dibalas.Telefon pintar itu terus digenggam kuat oleh Syed.
Ain terkejut kemudian dia melepaskan pegangan Syed dan telefonnya terus ditarik dengan kasar.Dia menjauhi Syed dengan segera setelah menjeling suaminya itu.
"Sayang...?",suara Muiz masih kedengaran.Ain mengawal nafasnya dek geram akan Syed yang cuba menghancurkan telefonnya.
"Sudahlah,gila.",tegas Ain terhadap Muiz tetapi gelak kecil terlepas daripada Muiz.
"Wrong timing?",tanya Muiz dengan sengihan.
"Hmm.",gumam Ain sambil memejamkan matanya dan badan terus disandar pada pintu dapur Cafe itu selepas dia meninggalkan Syed tanpa mengatakan apa-apa.
"HAHAHA.Sorry.But Syed ke yang jawab call aku tadi?",Muiz tergelak kecil.
"Ya...huh.Stress sia.",kepala diurut perlahan.Sengihan Muiz semakin melebar apabila dia mendengar keluhan Ain.
"Ponteng kerja je lah.Lepas tu,kita pergi jalan-jalan.",hasut Muiz.
"Cara bangang macam ni memang tak membantu.",mata terus dijulingkan ke atas.
"Aduh kau ni.Sampai hati eah.Cakap aku ni tak membantu.Merajuklah.",Muiz menahan gelak.
"Haish.Ye lah.Kau SANGAT membantu aku.Thank you.",panggilan terus ditamatkan.
"Wey Ai--",Muiz menahan geram akibat tingkah laku Ain yang menamatkan panggilan mereka.
"Muiz ni sekali tak bongok memang tak sah.",gumam Ain sambil menggelengkan kepalanya lalu dia terus melangkah masuk ke dapur.
Manakala Syed menggempalkan tangannya dengan erat sebelum menumbuk meja makan Cafe itu.Pandangan daripada pelanggan lain diabaikan lalu dia berdiri dan menuju keluar dari Cafe itu dengan dahi yang berkerut.
Kebetulan seorang lagi pekerja perempuan Cafe sedang berlari ke arah pintu.Mata Syed membulat apabila perempuan itu melanggarnya sehingga dia berganjak ke belakang.
"Eh! Maaf Abang! Saya tak sengaja.Saya nak cepat.",ucap perempuan itu sambil menundukkan kepalanya beberapa kali.
"Hm.",Syed menggumam dan menjeling sekilas perempuan itu.
"Farra!",panggil Candy yang terlihat kejadian tersebut.Farra Farisha terus mengangkat kepalanya dan Syed dilihat dengan mulut yang ternganga.
"OMG!Hensem gile Abang ni!",desis hati Farra.
"Excuse me.",ujar Syed dengan mendatar.Dia juga hanya mempamerkan riak menyampah sebelum meninggalkan Farra yang masih lagi terkebil-kebil.
Kelibat Syed yang semakin menjauh dilihat dan senyuman yang lebar terukir.Farra tersengih dan jari digigit halus.
"Crush ehek."
YOU ARE READING
Chubby 2 [COMPLETED]
RandomSambungan CHUBBY "Ain...aku tak kisah pun kalau kau kurus ke tak.Kau tak perlu bersusah payah kuruskan badan kau.",Syed mengusap rambut Ain perlahan. Ain tersenyum sambil menepis tangan Syed. "Iya...kau memang tak kisah.Tapi aku kisah." "...Sayang."...