30- Dating

5.1K 148 32
                                    

SYED memeluk lengan kanan Ain dengan erat dan wajah Hafiz dijeling. Ain pula hanya mampu tersengih kekok. Pipinya masih lagi berbahang.

Hafiz yang duduk di hadapan mereka pula mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Argh. Kenapa dada aku sakit pula?", desis hati Hafiz kemudian dia berdecit perlahan.

Syed memandang Hafiz dengan tajam dan pakaian lelaki itu dibelek dari bawah hingga ke atas berulang kali. Ain yang melihat Syed itu cuba untuk menahan dari tersenyum.

Agak kelakar apabila Syed yang selama ini ego menunjukkan sifat keanak-anakan di hadapan orang lain.

"Hafiz...kan?", Syed mula berbicara.

Hafiz mengangkat sebelah kening dan mengangguk. Hal itu membuatkan Syed terus berdecit.

"Mulut ada kan? Jawab la. Jangan angguk je.", serang Syed selepas berpeluk tubuh manakala Ain pula menepuk bahu Syed.

"Awak. Kenapa cakap macam tu? ", soal Ain dengan dahi berkerut manakala Syed tidak menghiraukan kata-katanya.

Hafiz pula mengempalkan tangannya sebelum berdehem, "Ya. Aku Hafiz. Boyfriend Ain."

"Hah?!"

Mata Syed terbuntang lalu punggung diangkat dari tempat duduk. Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah Hafiz, Ain terus menarik tangannya.

"Awak. Tolonglah jangan gaduh...", pinta Ain dengan wajah kecewa. Syed membalas wajah Ain beberapa saat sebelum memalingkan muka.

Arghh! Emo!

Syed menarik tangannya daripada pegangan Ain kemudian telunjuk jari dihala ke arah Hafiz.

"Mujur ada bini aku. Kalau tak, dah habis muka kau aku tumbuk! Lagi satu, Ain tu bini aku! Boyfriend? Huh? Kau tak layak la! ", jerit Syed dengan amarah sebelum meninggalkan ruang tamu itu. Kakinya turut dihentak dan rahang diketap dengan kuat. Pintu bilik dihempas sekuat hati.

Ain tersentak dan dia hanya mampu melihat Syed meninggalkan mereka. Dia ingin menghalang dan memujuknya namun tetamu tidak harus dibiarkan.

Seketika dia mengeluh panjang lalu Hafiz yang terkebil-kebil dilihat. Sengihan kekok diberikan.

"Maaf, Hafiz. Selama ni Ain tak bagitahu pasal benda ni dekat Hafiz.... Ain cuma tak nak ingat pasal suami Ain lagi... ", jelas Ain sambil menundukkan pandangan serta jari dimainkan.

Hafiz pula cuba untuk memproses ayat-ayat Ain di dalam kepalanya.

"Tak nak ingat? Maknanya,diorang bergaduh?", desis hati Hafiz.

Hafiz berdehem dan leher belakang diurut.

"Takpe... Hafiz yang kacau Ain tanpa usul periksa. Rupa-rupanya, Ain dah jadi isteri orang.....", dia mengerling Ain sekilas dan pandangan teralih ke meja yang berada di hadapannya.

"....mungkin Hafiz ada peluang lagi.", gumamnya.

"Ha?", Ain mengangkat kedua-dua keningnya kerana suara Hafiz sangat perlahan dan sukar didengari.

Hafiz menggeleng sambil tersenyum lebar.

"Tak de apa.", dia bangun dari duduk dan baju dilibas perlahan untuk membuang habuk. Kepala ditundukkan dan dia tersenyum sinis. Wajah Ain yang beriak polos dilihat.

"Esok Hafiz datang jenguk Ain lagi."

Ain beriak hairan, "Kenapa?"

Hafiz pura-pura terkejut dan dahi ditepuk.

" Eh? Takkan Ain lupa kot... Hari tu kan Ain minta tolong Hafiz uruskan kebun belakang rumah ni? ", soal Hafiz.

Ain terdiam seketika.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now