21-Punca

3.8K 103 0
                                    

"Nanti....Abang balik."

Nazatul terpinga-pinga apabila Syed menamatkan panggilannya.Dia melepaskan keluhan sebelum meletakkan telefonnya di atas katil.

Kemudian,dia menyandarkan badannya pada penghadang katil dengan kaki yang melunjur.Rambutnya disisir dan perutnya diusap dengan tangan kiri.

"Anak....."

Matanya mula bergenang apabila dia terimbas kembali kejadian yang perit akibat kecuaian dirinya sendiri.



Tiga minggu yang lepas.

"Farra,jom keluar.",ajak Nazatul setelah menekapkan telefon pada telinganya.Kedengaran Farra merengek.

"Alaaaa.Aku malas lah nak keluar."

Nazatul berdecit geram,"Jom lah teman aku.Aku bosan ni."

Farra menongkat dagunya di atas meja sebelum menghembuskan nafas.

"Laki kau mana? Kenapa tak suruh dia teman?",soal Farra dengan serius.

"Laki aku kerja lagi.Dia tak boleh balik malam ni.",balas Nazatul sambil menekan punat remote beberapa kali.

"Ouhh.Laki kau bagi ke kau keluar petang-petang ni?"

Nazatul tersenyum sinis,"Mestilah bagi.Lagipun berani ke dia nak marah aku?"

Dia tergelak sinis sambil melibas rambutnya.Farra sempat mencebik sebelum ketukan pintu mengalihkan perhatiannya.

Dia terdiam seketika kemudian gerangan yang membuka pintu biliknya dilihat dengan bingung.Gerangan itu menyilangkan tangan pada dada dan menyandarkan badannya pada dinding.

Dahi Farra berkerut kerana gerangan itu hanya mendiamkan diri.Dia kemudian kembali fokus terhadap Nazatul dan gerangan itu diabaikan.

"Ye.Dia takkan beraninya.Tapi wey.Kenapa kau tak pernah tunjuk gambar suami kau dekat aku eah?"

Farra menyelesakan kedudukannya dengan bersila di atas kerusi.Kerja menulisnya yang tergendala diletak ke tepi.

Nazatul tersengih sinis lalu rambut ditarik satu per satu dengan perlahan.

"Biarlah rahsia.Kalau ada masa,aku kenalkan dia dekat kau.Pastikan yang kau takkan tergoda.",gurau Nazatul sebelum melepaskan tawanya.Farra beriak geli dan badannya menggigil.

"Eiii tolong lah.Aku tak ingin pun nak rampas suami kau.Entah entah...suami kau buruk kan? Hahahahahaha.",gurau Farra kembali disertakan dengan gelak.

Nazatul mencebik lalu nafas dilepaskan dengan perasaan meluat.

"So,kau nak teman aku tak?",soal Nazatul dengan nada serius dan Farra tersengih.

"Iya...Aku teman."

"Good.Dah lah,aku nak pergi bersiap dulu.Nanti aku ambil kau.",pamit Nazatul sebelum berdiri dari sofa.Kemudian,dia menapak ke arah biliknya sambil tersenyum.

"Okey.",sahut Farra lalu panggilan ditamatkan.Dahinya berkerut apabila gerangan tadi masih lagi melihat ke arahnya.

"Abang nak apa?",tanya Farra dengan kening terangkat.Gerangan itu menggaru kening kirinya yang tidak gatal sebelum berdehem perlahan.

"Abang...baru je nak ajak Adik keluar tapi-- nampak gayanya...Adik busy kan?",tanya Abang Farra dengan perasaan ragu-ragu.

"Ha ah.Kawan Adik suruh Adik teman dia.",jawab Farra sambil berjalan ke almari pakaiannya.Blouse dan seluar jeans dicapai olehnya lalu badan dipalingkan ke arah Abangnya iaitu Faris Aiman.

"Ke....Abang nak ikut Adik?"

Kening Faris terangkat dan badannya tidak lagi bersandar pada dinding.

"Kawan Adik tak marah kalau Abang ikut?",soalan dibalas dengan soalan.

Farra tersengih sambil menggelengkan kepalanya,"Tak lah.Dia takkan marah."

"Ouh okey."

Faris mengemam bibir seketika sebelum melihat ke arah Farra yang sedang berjalan ke bilik air.

"Adik."

Kaki Farra terus berhenti melangkah dan Faris dilihat dengan pelik.

"Apa?",soal Farra.

"Siapa...kawan Adik tu?"

Farra terus memandang ke arah Faris dengan riak geram.

"Nak tanya tu je? Eiii.",rungut Farra lalu dia masuk ke dalam bilik air.Selepas pintu ditutup,dia menjerit dari dalam bilik air.

"Nama kawan Adik tu, Naza!"

Faris terus melakarkan senyuman dan menggumam.

"Nazatul Asyikin?"

PIN! PIN!

Nazatul mengeluh dan pintu rumah Farra dilihat dengan geram.

"Lama betul dia bersiap.Ish.",gumam Nazatul.

Tangannya memeluk stereng kereta,kepala juga diletakkan ke atas stereng dan jarinya mengetuk dashboard dengan perlahan beberapa kali.

Perbuatannya terhenti apabila seorang lelaki yang sangat dia kenal berdiri di hadapan keretanya.Lelaki itu seperti menunggu sesuatu sambil bermain telefon.

Dahi Nazatul berkerut dan pandangan dialihkan kepada cermin kereta belah kanannya yang diketuk oleh Farra.

Setelah cermin kereta itu dibuka,Farra terus menjerit.

"Wey Naza! Sorry aku lambat!",mohon Farra dengan riak bersalah.Nazatul mencebik dan badan disandar pada kerusi kereta.

"Hm."

Farra pula mengerling Faris lalu wajah Nazatul dipandang dengan sengihan.

"Naza....",panggilnya dengan nada lembut.

"Apa?"

Farra menggaru kepalanya yang berlapik tudung,"Aku lupa nak bagitahu yang aku ajak Abang aku sekali."

Nazatul terus menjeling Farra dan decitan halus kedengaran.

"Aduihh kau ni Farra.Kau tahu tak yang Abang kau tu suk--"

Kata-kata Nazatul terhenti apabila suatu suara menyampuk perbualan mereka.

"Adik,naik kereta Abang je lah eah?",soal Faris yang berada di sebelah Farra.

Nazatul menggigit bibirnya dengan geram.

"Sejak bila dia ada kat sini pulakk?",bisik hatinya.

"Okay! Naza,jom lah.Naik kereta Abang aku.Kau tinggal je kereta kau kat rumah aku.Nanti balik kau ambik lah.",pujuk Farra sambil mempamerkan riak comel.

"Tapi..."

"Naza tak sudi naik dengan Abang eah?",potong Faris.

"Eh tak tak.",jawab Nazatul dengan laju.Faris tersenyum apabila melihat reaksi Nazatul.

"Dah tu.Jom lah.",ajak Faris.

Nazatul pula tersengih kekok dan kepala diangguk dengan perlahan.

"Okey...Naza nak parking kereta jap."

Faris terus menapak ke arah keretanya dan tempat pemandu diduduki olehnya.Enjin kereta dan aircond dihidupkan.

Setelah Nazatul mematikan enjin keretanya,dia terus mendapatkan Farra dan lengan kawannya itu dicubit.

"Arkk! Sakit...",aduh Farra dengan bibir yang dicebikkan.Nazatul memincingkan matanya.

"Yang kau tak bagitahu awal-awal tu kenapa?"

Farra tersengih,"Aku lupa..Halah Naza..Kesianlah dekat Abang aku tu.Dia bosan dekat rumah.Lagipun parents aku tak de...Diorang keluar."

"Kau--"

Bunyi hon kereta menghentikan perbualan mereka lalu mereka terus melangkah ke kereta Faris.Farra duduk di sebelah Faris manakala Nazatul duduk di belakang sambil memeluk tubuh.

Faria mengerling sekilas wajah Nazatul pada cermin hadapan kereta itu sebelum dia menahan senyuman daripada terlakar.

Chubby 2  [COMPLETED]Where stories live. Discover now