"WAH!"
Syed melihat satu per satu lauk yang telah dimasak oleh Ain. Air liur ditelan setelah hidungnya menangkap bauan masakan tersebut.
Lehernya yang dibasahi dengan air dilap menggunakan tuala sambil melangkah ke arah meja makan. Ain yang sedang menyusun pinggan pula memusingkan kepalanya dan senyuman terlakar di bibir.
Tangan Ain mencapai tuala Syed kemudian dia mengelap rambut suaminya itu sambil menjijitkan kakinya. Syed melepaskan tawa sebelum memeluk pinggang Ain dengan erat.
"Eh?"
Ain terkedu dan mata coklat Syed dilihat lama. Syed pun mengenyitkan matanya sehingga badannya ditolak perlahan oleh Ain.
Pipi Ain mula membahang dan degupan jantung menjadi tidak tentu arah.
"Haish. Syed ni !", desis hatinya. Dia cuba menenangkan jantungnya sambil meletakkan nasi ke pinggan Syed.
"Dah lama Abang tak rasa masakan Sayang.", Syed memulakan perbualan setelah duduk di atas kerusi berhampiran isterinya.
Ain berdehem kemudian dia turut duduk di atas kerusi.
"Memang la. Awak kan selalu makan masakan orang lain.", balas Ain sambil mencedok lauk untuk Syed.
Wajah Ain dipandang oleh Syed dan keluhan dilepaskan. Syed membetulkan kedudukannya supaya dapat menahan kemarahannya.
"Boleh tak jangan mention Naza?", soal Syed dengan dahi yang berkerut. Ain pula menggenggam tangan kirinya selepas menundukkan wajahnya.
"Saya tak sebut nama dia pun...", gumam Ain kemudian nasi digaul dengan perlahan. Syed berdecit dan dia terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
Ain mengintai sedikit wajah Syed lalu isi ikan dicubit dan digigit dengan perlahan. Pada masa yang sama, dia termenung jauh memikirkan keadaan Nazatul.
Sihat ke dia? Dah bersalin ke?
Mesti... Anak dia comel kan?
Ain tersenyum nipis sambil mencubit lagi isi ikan goreng.
Anak Naza dan Sy--
"Auch!", aduh Ain dan jarinya ditarik laju. Isi jarinya pada bahagian kuku yang telah tercucuk tulang ikan dilihat.
Bibir diketap menahan kesakitan. Baru sahaja dia ingin menghisap darah yang mengalir pada jarinya, Syed telah menahan tangannya lalu jari itu dimasukkan ke dalam mulut Syed.
Matanya membuntang dan pipinya kembali bertukar warna lagi. Jarinya cuba ditarik dari pegangan Syed namun pandangan tajam diberikan oleh suaminya itu. Dia terus menundukkan kepalanya.
Setelah beberapa saat, Syed meniup jarinya sambil mengurut perlahan. Dahi Syed pula makin berkerut.
Ain yang masih lagi tertanya-tanya cuba mengeluarkan kata-kata. Namun begitu, mulutnya kembali tertutup dan bibirnya digigit.
"Apa?"
Ain terus membalas pandangan Syed dengan kening terangkat, "Hah?"
Syed masih lagi memandang tajam ke arah Ain.
"Sayang nak cakap apa?", soal Syed dengan nada rendah.
"Ouh...", Ain memandang ke arah lain seketika kemudian wajah Syed dilihat.
"Anak awak dengan Naza sihat?"
Sunyi.
Mereka berbalas pandangan tanpa berbicara. Kemudian, Syed menjilat bibirnya yang kering dan dia menggerakkan punggungnya agar dirinya selesa.
YOU ARE READING
Chubby 2 [COMPLETED]
RandomSambungan CHUBBY "Ain...aku tak kisah pun kalau kau kurus ke tak.Kau tak perlu bersusah payah kuruskan badan kau.",Syed mengusap rambut Ain perlahan. Ain tersenyum sambil menepis tangan Syed. "Iya...kau memang tak kisah.Tapi aku kisah." "...Sayang."...