BEBERAPA hari kemudian,
" Sayang ! "
Ain tersentak dan kepala diangkat. Wajah Syed yang beriak serius itu dilihat dan tangannya menggenggam kemas sebatang mop.
" Haa sudah. ", desis hati Ain lalu hujung bibir digigit dan sengihan diberi. Syed pun terus berjalan ke arah Ain sambil memincingkan matanya.
" Kan Abang dah kata ? Sayang rehat je. Biar Abang buat semua kerja ni. ", tegur Syed dan mop itu dirampas.
Ain pula memegang sisi bajunya dengan erat dan pandangan dialihkan.
" Err... Tapi awak tak sihat, kan? Jadi, saya nak tolong awak. Awak mesti penat sebab awak yang kena hadap morning sickness tu. ", balas Ain dengan nada risau.
Siapa sahaja yang tak risau kalau suaminya itu asyik muntah-muntah dan badannya selalu lemah?
" Abang dah sihat ni. Semalam je Abang sakit. Jangan fikir pasal Abang, fikir pasal kandungan Sayang ni. ", ujar Syed sebelum tangannya menyentuh perut Ain dengan lembut.
Ain yang tidak menjangkakan hal itu terus melompat ke arah belakang. Mujur sahaja Syed sempat menahan dirinya daripada tergelincir.
" Eh, Sayang. Bahaya la ! ", sergah Syed dengan tegas dan dahinya berkerut hebat. Hampir gugur jantungnya setelah melihat reaksi Ain itu.
Mata Ain terus berkedip-kedip, "S-Sorry. Saya cuma terkejut. "
Syed mengeluh kemudian dia menarik badan Ain rapat ke arahnya. Ain pula menahan tangannya pada dada Syed. Mukanya mula berasa panas dan berbahang.
" Takkan la Sayang tak biasa lagi ? Dulu, kita okey je. Abang kan selalu pegang Sayang. Semua anggota badan Sayang, Abang dah pegang. Kenapa nak malu lagi ? ", usik Syed dan Ain yang sedang malu dilihat.
Ain hanya mampu mendiamkan diri sambil menundukkan pandangannya.
" Arggh. Syed ni jujur sangat la ! ", bisik hatinya sebelum mengigit bibirnya menahan malu.
" Sayang. ", panggil Syed dengan nada bisikan tetapi Ain tidak mahu menyahut. Syed semakin tersenyum sinis sebelum mulutnya dirapatkan di telinga isterinya.
Dia berbisik, " Sayang pandang apa tu? Ke malam ni Sayang nak Ab-- "
Mata Ain terbuntang lalu tangannya menekup mulut Syed dengan cepat. Dia mencarut berbakul-bakul di dalam hatinya.
" Awak ! Sudah la ! ", bisik Ain kembali. Tanpa membuang masa, badan Syed ditolak dan dia berjalan laju ke ruang tamu. Kedua-dua pipinya yang berbahang ditekup dengan tangannya.
Jantungnya juga tidak berhenti berdegup dengan pantas.
Ya. Dia yakin.
Dia jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Syed Afiq Daniel lagi !
AIN cuba menumpukan perhatian pada drama yang disiarkan di televisyen itu tetapi Syed yang setia merenungnya cukup mengganggu dirinya.
"Haih. Awak nak apa ? ", tanya Ain dan fikirannya kembali teringat kejadian pagi tadi. Pipinya terus menjadi merah.
Arghh! Nyah kau !
Syed masih mendiamkan diri dan wajah Ain diteliti dengan lebih jelas. Dia masih fikirkan satu perkara. Dia pasti perkara itu akan membuatkan Ain jadi sensitif.
"Awak... ", tegur Ain dan akhirnya dia berani untuk membalas pandangan Syed.
Suaminya tersenyum nipis. Tangan Ain ditarik lalu digenggam dengan erat.
"Sayang-- "
Ain mengangkat kedua-dua keningnya, memberi tanda untuk Syed menyambung.
" Besok kita balik rumah kita, eah? ", soal Syed dengan berhati-hati lalu Ain terdiam.
"Sayang jangan fikir bukan-bukan tau. Abang tahu yang Sayang nak duduk dekat sini je, tapi family kita dekat sana mesti risaukan kita. ", terang Syed seakan-akan memujuk hati Ain untuk pulang ke rumah mereka. Ada beberapa hal yang perlu dia selesaikan di sana.
Ain menarik tangannya daripada pegangan Syed sebelum mengeluh.
"Kita boleh je kan telefon diorang? ", dia memberi alasan.
Syed tersengih kekok, "Diorang mesti tak percaya punya. Halah. Jomla, Sayang. Kalau duduk dekat sana, ada yang boleh tengokkan Sayang bila Abang kerja. "
Dahi Ain berkerut dan kepalanya digelengkan.
"Saya taknak. ", ujar Ain dengan keputusan yang muktamad dan dia terus bangun dari duduknya.
Namun begitu, pendiriannya menjadi lemah apabila Syed meneruskan kata-katanya.
Dia terhenti lalu Syed yang sedang tersenyum nipis dilihat.
WAJAH Nazatul yang lesu dipandang oleh Ain yang berada di dalam kereta Syed. Dia berasa kasihan tetapi dia tidak boleh melakukan apa-apa.
Syed sudah bertekad.
Keningnya bertaut apabila melihat seorang lelaki yang berada di sisi Nazatul itu. Kemudian, pandangannya teralih pada pintu kereta yang sedang dibuka.
Syed yang berbaju melayu hitam mencabut songkok dan diletakkan di tempat duduk belakang.
Dia membetulkan kedudukannya dan brek ditarik. Kemudian, dia membalas pandangan Ain disertakan dengan senyuman.
" Haihhh. Makin lama, makin sayang ni. ", desis hatinya dan dia terus menahan tawanya apabila mata Ain terbuntang.
" A-Awak ! ", jerit Ain dan wajahnya ditekup menahan malu. Sempat dia mengintai Syed di celah-celah jarinya.
Kepala digelengkan dengan laju dan nafas ditarik dengan perlahan. Syed tersenyum sinis sambil membuka lagi butang baju melayu nya.
" Apa ? ", soal Syed dengan riak selamba.
" Kenapa buat macam tu ?! "
Syed diam seketika.
" Abang nak goda Sayang. ", balas Syed tanpa berselindung lalu dia terus pandu keretanya ke jalan raya.
Ain yang terkejut tidak dapat membalas kata-kata suaminya itu. Tanpa mengeluarkan bunyi, dia terus menjauhi Syed dengan mendekatkan dirinya pada pintu kereta.
Syed pula tersenyum lebar, " Kita pergi rumah Ma terus la eah ? "
Ain terus cemberut dan Syed dipandang tajam.
" Kenapa tak pergi rumah Ibu dulu ? Kan dekat je. ", ujarnya.
" Abang dah bagitahu family kita yang kita dah balik. Lepas tu, Ibu suruh kita berkumpul dekat rumah Ma je. Alang-alang, Ibu nak pergi try sate gerai depan simpang empat tu. ", jelas Syed.
Ain pun terus bingung.
" Eh. Kenapa Ibu tak bagitahu saya je ? "
Syed menjeling sekilas wajah Ain , " Sayang kan tukar nombor. Macam mana Ibu nak contact Sayang, haaa. "
Ain terus terdiam dan tangan digenggam. Perasaan bersalah semakin terasa. Syed yang faham pula cuba menenangkan Ain.
" Takpe. Bukan salah Sayang pun. Ni semua salah Abang. "
Sunyi.
" Arghhh. Kau dah maafkan dia, Ain ! Lupakan je silap dia ! ", jerit hati Ain.
Tanpa berfikir panjang, tangan kiri Syed dipegang lalu hujung bibir digigit.
" Boleh tak... Kalau awak jangan ungkit silap awak ? ", tanya Ain sambil tersenyum.
" Tapi Abang- "
Genggaman dieratkan dan senyuman semakin melebar.
" Saya dah maafkan awak. "
Mulut Syed ternganga sedikit dan pandangannya terus dialihkan pada jalan raya. Perasaan sebak cuba ditepis dan rahang diketap kuat.
YOU ARE READING
Chubby 2 [COMPLETED]
RandomSambungan CHUBBY "Ain...aku tak kisah pun kalau kau kurus ke tak.Kau tak perlu bersusah payah kuruskan badan kau.",Syed mengusap rambut Ain perlahan. Ain tersenyum sambil menepis tangan Syed. "Iya...kau memang tak kisah.Tapi aku kisah." "...Sayang."...